Selasa, September 16, 2008

Pabila suria tegak di kepala...

hari ini terasa begitu hangat
terasa bagai hendakku teguk air sejuk itu..


bahang..

memenatkan..

rimas..



oh ya.. barangkali kerana ini bulan Ramadhan...
terkesan daripada lapar & dahaga membuatkanku tidak segar seperti biasa..

ah, biarkan saja... nantikan saja ganjaran pahala yg menantimu pada bulan Ramadhan yg mulia ini....aku bermonolog sendiri...cuba memenangkan hati yg kian tewas digoda nafsu duniawi..


aku baru selesai membaca blog seorang rakan kolejku...mengagumkan...gaya penulisannya persis seorang penulis anekdot sejati...sarat dgn unsur2 humor dan sinis...

aku termangu sendiri..memikirkan kaitan antara sastera & sains...sains pastinya bersifat objektif, ilmiah serta patuh pada hukum logika..

manakala, sastera pula sebaliknya...sastera itu subjektif, imaginatif dan merentasi logik realiti...

tetapi kedua-duanya mempunyai hubungan yg erat..saling melengkapi...dalam sains ada unsur imaginasinya, manakala dalam sastera ada ruang utk sains yg objektif..maka, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan....umpama teori penggunaan otak kiri dan otak kanan..

penat berfikir tengahari begini...kasihan medulla oblongataku dipaksa bekerja keras pada waktu yg tidak produktif ...

eh,nanti dulu!!
benarkah medulla oblongata itu gunanya utk berfikir....

biarkanlah , aku bkn pakar biologi...



(ah, aku tidak pandai menulis anekdot seperti dia!!)


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam sahabatku..
wah, hebat sguh ayat2 dy ye..
power g2..
mmg salute r..
cop2, nk tny, gmbr awk ngn ktupat
2 da latest ke?
wah, lain sguh imej dy skng ye..
rock..
yg awk tulis sal anekdot 2, ttg sape ye?
ad org trase la..
hik3..
em, xtau nk komen pe da..
overall, sy salute r..
truskan usaha anda k..
all da bez..
insyaAllah, ad rzk sy drop lg..
salam, tata!!

Tanpa Nama berkata...

hebat sungguh saudara syuk kita ini berkata2...

tidak sabar untuk menunngu kiriman yang seterusnya!

dan,kalau boleh,kemaskinikan blog tercinta ini sekerap mungin,ok?

Related Posts with Thumbnails