Ahad, Oktober 19, 2008

Adat teluk timbunan kapal.




Buat seketika, sunyi mengisi ruang kamar. Hari ini hujung minggu. Saya tinggal sendirian di kediaman. Semua rakan kediaman pulang ke rumah. Nasib sang perantau. Tidak dapat pulang selalu. Hilang di mata, di hati jangan.

Peperiksaan semester baru sahaja melabuhkan tirainya. Baru lena tidur saya. Soalan peperiksaan agak mencabar keupayaan pelajar. Berkerut juga memikirkan jawapan. Cacamarba hati ini.Dalam situasi sebegini, saya hanya ada dua kebarangkalian. Keberangkalian pertama, saya lulus dengan cemerlang. Maka, tidur malam bertambah lena. Segala yang dihajati tercapai jua. Kebarangkalian kedua, saya gagal dalam peperiksaan. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Lena malam saya bertukar menjadi mimpi ngeri. Saya mula membayangkan apa kata penaja. Ah, rungsingnya! Perlu mencari alasan bagi sebuah kegagalan. Kegagalan hasil kealpaan dan kelalaian. Indikator pemahaman saya lemah.

Walau apa jua keputusan peperiksaan saya kelak, saya akan pasrah menerimanya.Saya telah melakukan yang terbaik dan kepadaNYA saya bertawakal. Saya harus keluar dari horizon pesimisme ini dan menjengah ke sebuah kehidupan yang lebih baik. Demikianlah ngomelan ringkas saya pada malam ini.

Sudah lama saya bercuti menulis. Ini semua gara-gara kesibukan ciptaan saya sendiri.Tidak berbaloi rasanya menggunakan masa yang kian suntuk untuk melakukan sesuatu yang kurang penting. Hari ini saya mencuri sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu di laman ini. Begini kisahnya. Kebetulan, pada cuti hari raya yang lalu, saya membaca dua kisah tokoh yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Tun Perak dan Sultan Alaudin Riayat Syah. Kita ini kadang-kadang terlupa bahawa satu masa dahulu tanah merdeka ini pernah mempunyai pemimpin-pemimpin yang hebat. Watak kepimpinan mereka ini boleh diekori, wajar ditekuni dan elok dikagumi.



Secara ringkasnya, Tun Perak merupakan bendahara Melaka yang tersohor. Beliau berkhidmat di bawah pemerintahan 4 orang Sultan Melaka. Kebijaksanaan beliau tergambar dalam setiap gerak tindakan. Antaranya, beliau telah mengarahkan bala tentera untuk mengikat jamung sebanyak yang boleh di tepian pantai sewaktu menghadapi kedatangan tentera musuh dari arah laut. Kesannya, tentera musuh berundur ekoran melihat ribuan jamung yang dibakar menerangi gelap malam dan menyangka bahawa bala tentera Melaka sangat ramai. Bendahara juga menjadi seorang penasihat sultan yang baik. Beliau telah membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah empayar yang terkenal di seantero nusantara.

Kisah seterusnya adalah tentang Sultan Alaudin Riayat Syah, sultan ke-6 dalam Kesultanan Melayu Melaka. Nama asal baginda adalah Raja Husain tetapi baginda menggunakan gelaran Sultan Alaudin Riayat Syah. Terdapat pelbagai kisah yang menarik yang dipaparkan mengenai Baginda. Sewaktu kecilnya, Baginda pernah menuntut ilmu tasawuf daripada seorang guru yang terkenal. Turut dipaparkan bersama di dalam novel ini akan sedikit falsafah yang Baginda perolehi sepanjang tempoh pengajian. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaan untuk orang lain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.

Sultan Alaudin menaiki takhta dalam usia yang masih muda, awal 20-an umurnya. Sultan Alaudin terkenal dengan kisahnya menangkap pencuri di malam hari. Keberanian Baginda memang tidak dapat disangkal lagi. Terdapat satu babak dalam novel ini yang agak menarik perhatian saya. Di saat-saat akhir kehidupan Tun Perak, beliau sempat berpesan kepada Sultan Alaudin agar berhati-hati kerana Islam pimpinan Sultan Al-Fatih telah berjaya menawan Kota Konstantinopel. Tun Perak bimbang orang-orang kafir yang baru kehilangan negeri ini akan membalas dendam dengan menakhluk negeri-negeri di nusantara. Ini bermakna, waktu pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah berada di garis masa yang lebih kurang sama dengan kejayaan penawanan Kota Konstatinopel. Negeri yang ada disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W. sebagai barang siapa yang dapat menawan negeri ini adalah sebaik-baik pemerintah dan siapa yang berperang dengan pemerintah ini adalah sebaik-baik askar.


Tempoh pemerintahan Sultan Alaudin hanya sepanjang 11 tahun sahaja. Ekoran hasad dengki, Baginda telah diracun oleh darah dagingnya sendiri. Satu situasi yang mengingatkan saya pada kematian Hang Nadim. Hang Nadim mati dibunuh kerana kebijaksanaannya. Pembesar bimbang Hang Nadim akan merampas kuasa sultan apabila dia besar kelak. Satu situasi yang menggambarkan wujudnya haloba dan iri dalam hati. Kerana kuasa dan harta, manusia sanggup bermusuh dan berbunuhan.


Menghayati karya-karya sejarah sememangnya agak membosankan. Namun, kita tidak bisa melupakan sejarah kerana manusia yang melupakan sejarah itu pasti akan mengulanginya kembali.Maka, ambillah pengajaran daripada sejarah ini. Hidup ini hanya pada 3 waktu. Semalam yang telah berlalu, menjadi sejarah yang tidak biasa diubah. Esok yang masih tidak pasti untuk kita. Hari ini, masa untuk membuktikan kita ini manusia cemerlang.

Adat teluk timbunan kapal. Saya kurang pasti mengapa peribahasa ini saya pilih sebagai tajuk. Peribahasa ini berlegar-legar di fikiran saya sewaktu saya mula menulis tadi. Maka, saya abadikan saja ia sebagai pembuka minda kita semua.

Malam semakin larut. Saya perlu kembali berehat untuk mengumpul tenaga bagi menghadapi hari esok. Sekian.



Di balik runtuhan Kota Melaka, kita dirikan Kota Merdeka!

12 ulasan:

Stabilo Soleh berkata...

sejarah yg ku bnci..
slamat bertemu kmbali....
ngee~~

nice story!!
keep it up..

Stabilo Soleh berkata...

sejarah yg ku bnci..
slamat bertemu kmbali....
ngee~~

nice story!!
keep it up..

Syukri Sapuan berkata...

stabilo:

thnx bro!

manusia dan sejarah x dpt dipisahkan...

view la lagi selalu..

Tanpa Nama berkata...

syuk yg bhasa giler pnye gempak!! wuwuwuw best2!!

Unknown berkata...

ya, sejarah datang lagi
mengintai kehidupan duniawi

kalau bincang fasal sejarah,
akulah orang yang pertama akan menguap...tapi bukan yang pertama terlena! ^^

tapi dgn sejarah kita memahami
dgn sejarah kita bina jati diri
dgn sejarah kita percaya dan meyakini

"Read no history:nothing but biography, for that is life without theory"-Benjamin Disraeli

Ah, ya...syuk bru terima keputusan final exam bukan? Pesanan ana...jgnlah jadikan perkara itu satu alasan untuk kita berputus asa. Masih banyak yang boleh syuk lakukan...banyak lagi jalan yang menjanjikan kejayaan melainkan jalan buntu yg anta temukan.

Keep on trying harder, my brother!
Failed once is not forever!

Jangan biarkan sejarah berulang!!!

Of many things to do...Fiqtarius

Fairosza berkata...

huh..mausia dan sejarah xdpt dipisahkan!agaknya sbb manusia pon ada sejarah..tapi sejarah is quite boring..tapi kita kene tahu sejarah..tapi sometimes sejarah is not interesting at all..tapi ada jugak yg interesting..tapi ada org yg salah tafsir sejarah..tapi why they interprete wrongly..tapi kenapa banyak sgt tapi..tapi aku tak tau apa sbbnya..tapi sape yg tau sbbnya..tapi takpela..it's ok huhu

Tanpa Nama berkata...

aku rase, sejarah BEST!!
banyak pengajaran..

Syukri Sapuan berkata...

dai:
uhuk2..aq malu2 kucing..

fhafays:
ya..saya amat bersetuju dgn kata2 bro itu..terima kasih atas komen yang membina...tindakan yang kita ambil tidak selalunya membawa kebahagiaan tp tanpa sebarang tindakan kita tidak akan bahagia.

thnx bro!

teruskan memberi komen!

fairosza:
ya..aq juga bersetuju

ada:
itu dia komen dari seorang yg terer sejarah...aq x terer sejarah ni..

Tanpa Nama berkata...

em, btol 2..
sejarah mmg borink.. hik3...
tp snany sjrh la yg byk ajar kter..
tp bg spe2 yg hayati sjrh btol2 la...
n im now really aprciating them sooo much, huhu...
pe pn, nice writing my fren..
keep it up...
bravo!!!

mafuzah.mohamed berkata...

Hehehe...

Bahasa yang mantap. tahniah yee!!! =)

Tanpa Nama berkata...

pehh..
ini mcam bahasa buku teks sejarah sekolah menengah
klau ko jadi penulis buku teks sej f5 edisi akan datang pon aku percaya.
majulah syukri utk sejarah!

Tanpa Nama berkata...

bahasa mantap!
boleh publish buku teks sejarah sendiri..hehehe

Related Posts with Thumbnails