Selasa, Oktober 21, 2008

Kalau kita menjadi kayu.


Tika saya mula menulis ini, hujan mula turun rintik-rintik. Walhal sebentar tadi mentari begitu asyik memancarkan hangatnya. Cuaca semakin tidak menentu kebelakangan ini. Saya sendiri kurang mengerti. Biarkanlah. Saya bukannya pakar meteorologi!.

Saya tidak hebat bermadah pujangga. Apatah lagi mengalun puisi. Baru-baru ini, saya menjumpai sebuah sajak yang pada hemat saya agak mendalam maknanya. Ada mesej yang kuat di sebalik rangkap kata. Maka, saya tuliskan kembali di sini untuk dikongsi bersama. Jikalau anda juga tertarik dengan sajak ini, sila tinggalkan komen. Itu sahaja harapan saya!.


.:KALAU KITA MENJADI KAYU:.

Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu atau cendana
wangi dan bernilai tinggi
atau paling tidak
jika terpaksa, cukuplah jadik kayu api
asal punya harga diri.


Tetapi, jika mahu jadi kayu
majal, keras dan padu
seperti cengal, keruing atau meranti
itu juga pilihanmu
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak
kaum sendiri.


Nukilan:
Abdul Rahim Idris
Hadiah Penghargaan
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005






7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

majal, cengal, keruing, meranti mahal juga kamu tahu..

Tanpa Nama berkata...

pnah dengar sajak nih...

Unknown berkata...

cakap fasal pokok-pokok balak ni,
teringat masa sekolah rendah dulu.
rumah sukan kami dinamakan dengan nama-nama kayu...

Merah-Meranti
Biru-Jati
Hijau-Cengal
Kuning-Keruing

walaupun kurang aktif dalam sukan, sayalah orang yang paling kuat bersorak tepi padang!

berbalik kepada sajak yang dikemukakan syuk...ya, ana dpt menangkap sedikit sebanyak apa yang penulis ingin nyatakan...memang ada kait mengait dengan ana. Apa kaitannya, tak perlulah ana jelaskan di sini.

gaharu, cendana atau kayu api?
ana sendiri tak tahu diri ini tergolong dalam kumpulan yg mana.
Tak kisahlah mana-mana pun asalkan diri ini dapat berbakti sebaik mungkin macam kayu api yg membakar diri untuk orang lain.

tapi, tak mungkin ana jadi cengal, keruing atau meranti yang mungkin satu hari nanti mengkhianati kaum sendiri. minta dijauhkan perkara tu. kalau pun ana jd kayu-kayu tu, biarlah pada sifatnya yg kukuh dan padu, agar tabah menjalani kehidupan yg penuh pancaroba ini.

Moga syuk juga seteguh dan sekukuh cengal, keruing dan meranti. Jangan mudah patah semangat ya?

pakar kayu-kayan,
Fiqtarius

Syukri Sapuan berkata...

ada:
oh, aq kurang tahu pasal pepohon..

dai:
sajak ni aq amik dari buku

fhafays:
terima kasih atas komen yg pnjg lebar ini. saya amat menghargainya.
ya semoga kita dapat menjadi seperti cengal, keruing dan meranti, yang teguh dan utuh..

moga kita semua dikuatkan semangat!

Tanpa Nama berkata...

syukr... aku dah 2ka la blog... skang nih aku kat www.dai-lutehydrochloricacid.blogspot.com... hahaha sori la weh...

Tanpa Nama berkata...

saje nk view blog syuk,de mase lebih,

Tanpa Nama berkata...

saje view blog syuk,de mase lebey

Related Posts with Thumbnails