Sabtu, Januari 03, 2009

Apa sudah jadi dengan RTM ?




Jikalau bukan kerana hebahan media, pasti saya juga tidak mengetahui kewujudan puisi nukilan Dr. Asri Zainul Abidin ini. Heboh diperkatakan, puisi yang dilagukan oleh kopratasa ini tidak mendapat kelulusan RTM untuk disiarkan. kasihan.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, menurut Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.

Balas Dr Asri pula, beliau melahirkan kemusykilannya kenapa liriknya digam.

"Saya hairan mengapa lirik 'Aku Bukan Musuh Harta' digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam," .

"Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,".

Kata-kata Dr Asri ini saya petik daripada beberapa akhbar tempatan untuk anda pertimbangkan kebenarannya.

Sebenarnya, pengharaman lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' di RTM ini sedikitpun tidak menjejaskan kehidupan harian saya. Saya bukan menonton RTM pun. Televisyen di rumah saya masih belum diperbaiki sejak peristiwa banjir 2007. Iyelah, saya ini rakyat marhaen saja. Televisyen baru pun tidak mampu beli.

Jikalau hendak dibandingkan antara saya dengan RTM, terasa kerdilnya diri ini. Saya ini pelajar lepasan SPM yang masih belum matang fikirannya. Darah baru setampuk pinang, umur pun baru setahun jagung. Namun, jika RTM mahu saya tunjukkan lagu yang sepatutnya diharamkan dahulu , saya boleh tunjukkan. Mahu atau tidak?.



Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Dr Asri Zainul Abidin, bekas mufti Perlis.

2 ulasan:

Dai berkata...

hm2.... jarang gak tgk rtm ni haa... tapi bapak ana da bising2... rtm 1 skang siar brita cina... hm... ntahla.. pndapat org mlayu suma salah... org cina nak jaga sgt..

Tanpa Nama berkata...

lagu merepek2 bole pulak tersiar..
biasela.. dunia.. hehe

Related Posts with Thumbnails