Lalang jalanan masih hijau seperti dahulu.
Meliuk dan melambai longlai.
Padanya ada ketenangan.
Namun, budaya ketimuran barangkali sudah menguning dan tidak semekar dahulu.
Putik-putik baru tidak mampu membina akar padu.
Bagai disembur racun parasit, ianya kini menanti masa untuk menyembah bumi kami.
.
.
.
.
.
Sekadar selingan di awal pagi. Sebenarnya bukan ini tema utama entri kali ini.
.
.
.
.
.
Setiap orang seleranya pasti berbeza.
Saya ada seorang kawan. Beliau gemarkan kuih bakar. Keriangan jelas terpancar di wajahnya apabila beliau menikmati setiap kunyahan kuih tersebut. Biarkanlah beliau dengan kuih bakarnya. Saya tidak mahu mengganggu.
Duduk di dalam kolej di dalam hutan ini kadangkala agak membosankan. Kami tidak ada tempat lain untuk menjamu selera selain daripada kafe dan dewan makan. Bukannya saya tidak mahu bersyukur. Jika hendak dibuat perbandingan, nasib kami pastinya lebih baik berbanding pelarian perang di luar sana.Maka, anggaplah ini sebagai suara rintihan hati saya yang tak terucap. ok?
Akhir-akhir ini, saya kadang-kala mengidam makanan yang pelik-pelik. Tidak perlulah dijelaskan apakah jenis makanan tersebut. Namun, hasrat saya untuk mendapatkan makanan tersebut pastinya sukar untuk dilaksanakan kerana kolej kami ini jauh ke dalam hutan.
Sudahnya, saya biarkan saja perut ini berkeroncong sendiri.
Walaupun dihadapkan dengan dilema ini, saya tidak pernah bercadang untuk melaksanakan Vote Of No Confidence ( V.O.N.C) terhadap exco-exco makanan di kolej saya. Lebih-lebih lagi, ahli exco makanan di kolej saya berdedikasi dan berkaliber orangnya.
Saudara Top sebagai contoh, sering menjadi tempat rujukan saya semasa saya berkira-kira untuk ke dewan makan ataupun tidak.
Situasi 1:
Kemalasan itu menyerang lagi. Lebih-lebih lagi kedudukan dewan makan memerlukan saya menapak jauh. Telefon bimbit di atas meja dicapai. Sistem pesanan ringkas ditaip.
" Top, makan ape mlm ni?"
Beberapa saat berlalu. 1 Message receive.
" ayam msk stew"
From: Top (013-318xxxx)
Saya ke dewan makan dengan segeranya.
Oleh kerana hal-hal seperti ini, saya tidak pernah bercadang untuk V.O.N.C. terhadap mereka. Lagipun bukanlah termasuk dalam portfolia mereka untuk menyediakan makanan-makanan yang pelik untuk saya. Siapalah saya untuk 'demand' lebih-lebih. Saya bukannya cerewet orangnya.
Cuti kolej tidak lama lagi. Saya hanya perlu menunggu beberapa hari lagi untuk mendapatkan makanan yang saya idamkan.
Mengidam. Mengidam. Mengidam.
Pelik. Saya tidak pernah seperti ini.
Saya mengandungkah?
9 ulasan:
isu idam mengidam ni memang kerap terjadi kepada setiap pelajar seperti engko. Hahahaha... biasa la, student. Kena pula kolej tengah hutan. Jadi orang utan la jawabnya. Hehehehe. Jangan marah, nanti kena jual. Ermmmm... I used to be a student jugak, time2 duk dalam dorm without nothing to do, tiba2 teringat masakan emak kat kampung. Apa lagi, masak sendiri la (walaupun peralatan memasak diharamkan). Luckly, aku ada belajar masak dari emak, huh... malam tu, panggil 2-3 orang kawan yang berjiran, ajak makan sama2. Bestnyer... time student, kenangan yang sukar dilupakan. Apa2 hal pun, update la blog selalu. I like to read ur entry sepecially kisah2 student ni. Teringat masa2 lampau. Kekeekekke.. Wassalam.
roxy: terima kasih kerana sudi menyumbangkan komen. Insya Allah blog ini akan dikemaskini sekiranya ada kelapangan. teruskan mengunjungi blog ini!
adoyai.
mengidam laksa kah anda??
haha.
macam mak nenek mengidam.
normal la dok kolej mengidam makan sedap. lagi2 org macam ko dok tngah2 belantara. nak makan sedap2 kawen la cpat2 dgn gadis yang pandai memasak.
hahaha.bernas x
apa2hal pon nti ble2 cuti pnjang datang la umah aku...cuti mid-sem ni ke...boleh makan best2..
piza ada, jus epal ada, bijirin sarapan pagi disediakan...
menu rasmi dr zainal pon ada...lalala~
rindu masakan ibu la tuh..;)
mai la lepak kat bngi ngn abg..nti bwak p mkan best2..:)
mengidam jeruk.. esh..
haih..
mengidam-ngidam ni bahaye ni..
da bpe bln da 2?
hik3..=P
sang penila rama: aisy, bgaimana tuan hamba tahu patik mengidam laksa. tuan hamba ahli numumkah?
thalhah: ha, bernas sekali idea ko tu. aq rasa cm nk usulkan time mesyuarat agung psn..ha3..cuti sekejap je la bro, x sempat nk lepak umah ko kot.
student: hokeh, bleh main angklung lagi
ada: usulkan pada food exco ttg ketiadaan jeruk di kolej..ha3
serai wangi: erm. rasanya dah nk dekat sembilan bulan ni..ha3
bos..senang je nak teka bos mengidam laksa... makanan pe xde kat kolej? hahah... laksa penang paling sedap. Pedas2 masam2... nak? bos ikut ah aku balik penang... aku bawak bos makan kat tepi umah.. xpon aku masak kat bos je... kalau bos tahan pedas la... ^_^
Catat Ulasan