Isnin, Februari 02, 2009

Menyemai plagiarisme.



Robot tidak bernyawa. Apatah lagi beremosi dan berperasaan. Teknologi robotik dicipta untuk membantu memudahkan kita. Kitalah yang memberi 'nyawa' padanya.

Saya bukan robot.

Abaikan perkara di atas. Ia tiada kaitan dengan isi entri kali ini. Anggaplah ia sebagai satu lagi luahan perasaan saya. ok?


Sebenarnya, untuk entri kali ini saya hanya mahu memplagiat. Kesuntukan masa menyebabkan saya tiada ruang waktu untuk menulis. Bersama ini saya sertakan dua buah puisi hebat hasil nukilan penyajak tempatan. Benarkah ketam mengajar anaknya berjalan betul dan penggilap rezeki adalah dua buah puisi tersebut.

Benarkah ketam mengajar anaknya berjalan betul karya Sasterawan Negara Usman Awang meruntun jiwa saya. Mesejnya penuh makna dan sesuai untuk renungan kita semua.


Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?

SEBENARNYA Sang Ketam tidak pernah
menyuruh dan mengajar anaknya berjalan betul
kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya
berjalan, sebagaimana cara nenek moyang kepada
nenek moyangnya, dan cucu cicit kepada cucu
cicitnya berjalan, telah betul dan sempurna.

Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang merasa
hairan dan takjub melihat manusia itu sendiri
yang tidak habis-habis, malah bertambah-tambah
dengan ajaran dan peraturan yang pelbagai
macam, dari doktrin-doktrin, rukun-rukun,
fatwa-fatwa sampailah kepada akta-akta, pekeli-
ling-pekeliling dan memo-memo. Manusia telah
menghabiskan waktunya untuk membuat segala
macam peraturan dan mengawas perlaksanaan
peraturan-peraturan; dari peraturan lalulintas
jalan raya; peraturan datang ke pejabat dan
peraturan berpakaian, sampailah kepada peratur-
an-peraturan bercakap di Parlimen dan di
Mahkamah, peraturan menyekatkan air dan
menggunakan elektrik, serta peraturan menyim-
pan rambut di kepala bagi kepala yang berambut.

Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah bila
melihat manusia yang tidak pernah berjalan betul
itu menghabiskan waktunya dengan mendandan
mukanya, memelihara rambutnya, mengenakan
pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan
dan minum untuk menguruskan badan, menelan
kapsul dan jamu-makjun untuk memperkuatkan
bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengum-
pulkan harta dan ringgit, menentukan jenis darah
dan keturunan serta status dan gelaran, malah
sangat teliti mencukur bulunya di samping
berkelahi dan berbunuhan, menindas dan menipu
sesamanya. Soalnya di sini, siapakah sebenarnya
yang mengajar dan menyuruh anaknya berjalan
betul, Ketam atau Manusia?

Usman Awang
1979


Penggilap rezeki karya Mohd Hashim Osman pula menghantar pesan sinis terhadap anak tempatan atas sikap mereka yang tidak segigih anak jiran dalam mencari rezeki yang halal.



PENGGILAP REZEKI

Di celah-celah pasar kesibukan
sekujur kecil bersalut kemiskinan
melaung perhatian minta didekati
peti kecil tersandang di bahu kerdil
dia bukan pengemis jalanan
tapi menjual perkhidmatan
dia bukan pencopet buruan
tapi menagih pengertian.

Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu!
itulah suara kegigihan
dari gubuk kelaparan pinggir kota
dia merungkai segala rasa malu
dari sepasang kaki ke sepasang kaki
di kulit sepatu, tangan menggilap rezeki
hingga memancar puas pemilik
menyinar ruang persekolahan hari esok
dan pembungkus rezeki buat sehari.
Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu!
dia lebih khuatir pada kulit dan harga
sepatu di kaki orang lain
daripada rabik selipar di kaki sendiri.


Herdik perli adalah simbahan baja
yang menyuburkan ladang perjuangan
si tubuh kecil penggilap sepatu
sebelum malam bertandang.


Waktu-waktunya, dalam diam anak itu
menabung azam mahu jadi imigran
menggali emas di bumi seberang
yang anak-anak sebangsa dan sebayanya
tak pernah kenal berus penggilap
walau untuk sepatu sendiri.

Bukit Tinggi, Sumatera.



2 ulasan:

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

er robot?
nape? mcm ade unsur emosi je dlm entri tu? huhu

Tanpa Nama berkata...

ya, manusia bkn robot..

akan tetapi, manusia bleh disamakan @ dipanggil robot..
bile..
kter hanya mengikut norma kehidupan yg biasa..
berulang kali, tanpa ada peningkatan dlm dr..
tnpa ada perubahan ke arah kebaikan..

seorang manusia yg bkn robot selalu meningkatkan prestasi diri dari hr ke hr..
bkn hanya mengulang rutin harian tanpa sebarang perasaan..

~hanya sebuah pendapat~~
klu salah btolkan yer..=)

all da bez syukri!!

Related Posts with Thumbnails