Atas faktor apakah manusia bisa jatuh cinta?
Adakah ianya kerana kecantikan, kejujuran, keikhlasan ataupun kekayaan?
Entahlah
Jiwa kosong.
Saiful Islam dalam 'Aku Terima Nikahnya' menyebut bahawa:
" Cinta vs. CINTA
Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatin, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia daripada cinta keliru ini, kerana sekurang-kurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali...juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.
CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia...namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaaan cinta seperti ini. Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'. "
Kehidupan hari ini yang dikelilingi berhala hedonisme telah membentuk satu kebudayaan baru dalam kalangan generasi muda pasca modenisasi.
Hanya yang tabah dan sabar sahaja yang akan mampu merintis jalan pulang.
Antara hak dan batil kini hanya dipisahkan oleh satu garis yang tipis.
Sehinggakan ramai manusia yang terkeliru antara kebenaran ataupun kepalsuan.
Kemudi hati tidak lagi membawa diri pulang ke pangkuan Illahi.
Entahlah.
Jiwa kacau.
( Entri ini tidak menggambarkan keadaan jiwa penulis yang sebenar. Ia hanyalah luahan yang mengisi ruang malam )
3 ulasan:
yang pasti, CINTA ILLAHIlah yang xkan palsu dan kekal abadi, insyaallah..
em...betul3...
sudah terlalu banyak cinta dunia dalam jiwa umat ini...hinggakan cinta dan rindu sebenar pada kehidupan yang bahagia dan kekal abadi selamanya sudah hilang sama sekali...
umpama berdiri menghadap sebuah gunung dan meletakkan sekeping syiling lima sen tepat di depan mata...duit syiling lima sen yang kecil mampu melitupi keindahan dan kebesaran gunung di belakangnya...
lu pikir2la sndiri!
mendalam maksudnya tu. :)
Catat Ulasan