Rabu, April 29, 2009

Saya pun melayu.









"Siapa orang Johor kat sini?.ha Syukri !, siapakah nama Tengku Mahkota negeri anda?", soal guru pengajian Malaysia saya di dalam kelas pada suatu pagi.


Tika itu kami sedang membincangkan konsep sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.


"err..Sultan Iskandar.." jawab saya perlahan selepas beberapa sela memikirkan jawapan yang mempunyai unsur logika.


" Sultan Iskandar tu Sultan Johor. Tengku Mahkota orang lain." beliau membuat provokasi.


"err..erm..entahlah, apa ya jawapannya?" saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.



" Tengku Ibrahim" jawab guru saya itu ringkas.



Cerita tamat.



Memori jangka pendek saya ternyata benar-benar tidak dapat dipindahkan ke memori jangka panjang. Saya sebenarnya pernah berjumpa dengan Tengku Mahkota. Tapi tidak ingat pula nama beliau. Petang tadi, setelah sampai ke bilik segera saya membuka laci meja. Mengeluarkan satu lembaran kertas yang sudah di'liminate'.


Tunku Ibrahim Ismail Ibn Sultan Iskandar.


Saya membaca tulisan di lembaran kertas tersebut. Senyum. Tengku Mahkota Johor pernah sampai ke sekolah saya, SM Sains Kota Tinggi, sewaktu majlis perasmian Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-34 pada tahun 2007.



Tunku Ibrahim Ismail merupakan Tengku Mahkota Johor. Ayahandanya, Sultan Iskandar Al-Haj Ibn Almarhum Sultan Ismail merupakan Yang Di-Pertuan Agong yang ke-8.


Baiklah. Sengaja saya paparkan sedikit info mengenai institusi istana di Johor. Raja-Raja Melayu merupakan salah satu ciri politik yang masih ada dalam pemerintahan di Malaysia hari ini. Jelas dalam Perlembagaan Malaysia tentang peranan Yang-Dipertuan Agong & Majlis Raja-Raja Melayu.


Sebenarnya sewaktu kelas pengajian Malaysia saya pagi tadi, saya tergerak untuk membelek-belek bab komposisi etnik di Malaysia.


Dalam bab tersebut diterangkan sejarah, peranan, ekonomi,politik & sosiobudaya setiap etnik utama di negara saya yang tercinta ini.


Semakin kita dewasa, semakin kita mempunyai keinginan yang kuat untuk menyelidiki asal-usul diri. Tentang agama, bangsa, keturuanan dan sebagainya.Bukanlah saya mahu berbicara dalam nada fanatik satu kelompok. Saya rasakan ini fitrah bagi seseorang yang sedang menuju kedewasaan.


Saya sebenarnya tertarik pada perenggan dalam bab sosiobudaya Orang Melayu di Tanah Melayu. Begini tulisannya:


Majoriti orang Melayu tinggal di kampung. Komuniti di dalamnya bercirikan ikatan sosial yang kuat dan kawalan sosial yang ketat. Hanya orang Melayu yang tinggal di bandar nampaknya mempunyai tekanan kawalan sosial agak longgar. Kawalan sosial yang ketat sebenarnya mempunyai implikasi kepada tingkah laku individu. Ianya memastikan pengakuran ke atas nilai dan norma komuniti. Orang-orang Melayu menyukai dan memberikan nilai yang tinggi terhadap konsensus. Seperti orang bukan Melayu, orang Melayu mempunyai sistem famili luasan. Denga erti kata lain, unit famili adalah tidak kecil dan famili merupakan institusi penting untuk keselamatan sosial.


Kesemua orang Melayu beragama Islam, tetapi tidak semua yang beragama Islam merupakan orang Melayu. Agama Islam yang menjadi amalan orang Melayu tidak menyebabkan mereka berfikiran sempit, tiada toleransi, fanatik atau agresif. Umumnya orang Melayu dicirikan sebagai orang yang merendah-diri dan tidak menekankan kehendak mereka ke atas orang lain. Orang Melayu dikatakan sebagai berperangai tidak mudah marah dan dapat menahan diri; perangai panas baran adalah tidak dihormati dan sering diungkap 'kurang ajar'. Sebab itu jarang sekali mereka akan meluahkan perasaan marah atau berterus-terang. Kesannya ialah biasaanya perasaan, sikap, pandangan dan kepercayaan mereka sukar difahami ; justeru selalu disalah mengerti. Kesalahfahaman ini kadang-kadang melampaui hubungan antara perseorangan dan dalam bidang-bidang ekonomi, sosial dan politik.



oh. Begini rupanya buku teks saya mendifinisikan sosiobudaya dalam bentuk ayat yang ringkas. Saya tidak mahulah komen apa-apa. Saya serahkan pada kalian untuk membuat penilaian.



Petang tadi saya tergerak untuk mencari review buku ' Saya pun melayu' ( cover buku seperti yang di atas) tulisan Zaid Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penyalahgunaan ISA. Saya sudah beberapa kali menatap buku tersebut di kedai-kedai buku, namun faktor kewangan yang tidak stabil menyebabkan saya tidak berpeluang memiliknya. Tidak mengapalah. Lain kali kalau ada rezeki, pasti ia milik saya.


Sudahnya saya membaca review di blog individu saja. Setakat ini, ia sudah mencukupi untuk membawa saya menyelusuri sejenak ke lembah sejarah dan galur asal-usul diri saya.


Review buku tersebut.


Kaki sakat

My complete Mastery

M. Bakri Musa



mana satu saya ya?



16 ulasan:

Dai berkata...

pembetulan!!
skrg x semua melayu itu muslim...
waduh...

Syukri Sapuan berkata...

dai: oh, maklumat tu aq salin bulat2 untuk kita semua justifikasikan.

tp Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan antara lain mendefinisikan Melayu sebagai “sesorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Melayu, mengamalkan adat Melayu…


jd bagaimana ya skrg?

THALHAH berkata...

pandai ko tarik perjatian aku
aku pun org johor juga..

haih...aku rasa definisi buku tu ssuai untuk Melayu zaman belum moden je..ini jam definisi tu mcam
kurang 'masuk' - bayangkan gaya encik owl- je...muahaha

takpe..yang penting skali pandang je gambar tu aku dah tau kau kat mana...haha

budak_baek^_^ berkata...

hahahaha...ko yg bju putih tu kan??
budak gonjeng...keh7..
ko ade abg ke??

Syukri Sapuan berkata...

Thalhah: aq sje je nk meningkatkan semangat kejohoran ini. ye la, skrg ni dh jdik warga perak..isk3.

mungkin definisi melayu telah berevolusi? ah. mungkin juga. cara yang bagaimana? hah, yang tu kita x tau ( gaya citer los & faun) ~


budak baek: haah.betul la tu. ada. sorang. kt bangi skrg.

Afeez Aziz berkata...

Ke hadapan Syuk,

hehehe...dah cakap dengan orang yang sangat hebat berbahasa,aku kena bahasa cantik la.

Saya ingin memberi sedikit pandangan tentang tindakan anda menggunakan artikel perlembagaan sebagai salah satu bahas anda.

dalm situasi ini perlembagaan tu artikel tersebut, itu adalah apa yang dikatakan de jure@ in theory atau dimaksudkan dengan secara teorinya memang semua Melayu itu SEPATUTNYA ISLAM tetapi kita kena lihat pada realitinya atau de facto@in practice dimana bukan semua melayu itu Islam. Ada orang melayu sendiri yang tidak boleh mengucap dua kalimah syahadah,bagaimana itu dikira muslim.itu je..heheh

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

sultan iskandar n tengku mahkota, both pon penah datang sekolah aku. haha :)

Dai berkata...

saya setuju dengan afeez. isu murtad yg berleluasa dewasa ini semakin membimbangkan. ada komen dari penulis??

penulis senang dicam. yang berbaju putih??

serai wangi berkata...

anda yg berdiri paling kanan..

Syukri Sapuan berkata...

ada: oh. tahniah2!. Anda Johor sejati. kahum sungguh.



serai wangi: betul3. knape hmpir semua orang meneka dgn betul? padalal kebarangkalian utk betul hanya 1 per 4.


dai: buat masa ni belum ada lagi. tp slalu juga baca isu ni.masih belum dpt titik utama persoalan & isu. lain kali ya?.

afeez: ceh. ko ni ade sje je la afeez. ko plak sgt mahir berbahasa ekonomi.


oh.ok.jadi haruskah ditarik hak keistimewaan bumiputera bg org melayu yg murtad?

lagi satu, frasa "Umumnya orang Melayu dicirikan sebagai orang yang merendah-diri dan tidak menekankan kehendak mereka ke atas orang lain. Orang Melayu dikatakan sebagai berperangai tidak mudah marah dan dapat menahan diri; perangai panas baran adalah tidak dihormati dan sering diungkap 'kurang ajar'. Sebab itu jarang sekali mereka akan meluahkan perasaan marah atau berterus-terang. Kesannya ialah biasaanya perasaan, sikap, pandangan dan kepercayaan mereka sukar difahami ; justeru selalu disalah mengerti."


ada sesiapa mahu komen?

Syukri Sapuan berkata...

pembetulan ejaan.

kahum> kagum

maaf.

Syukri Sapuan berkata...

petang tadi membuat bacaan pantas terhadap buku 7 formula individu cemerlang karya Dr Danial Zainal Abidin.

ada di tulis di dalamnya, kata-kata daripada cat steven@ yusuf islam:

"Budaya dan nilai barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya"

Fikirkanlah!

THALHAH berkata...

tiba2 teringat konvoi TMJ datang ke Bandar penawar...

kanak2 Sakti diarah membonekakan diri di sekoloah sukan...ko ingat lagi tak?

hahaha...aku gelak sendiri

Syukri Sapuan berkata...

thalhah: oh, aq ingat..tp xpe..dpt escape kelas..haha~

THALHAH berkata...

pastu ada satu lagi agenda kanak2 sakti dipaksa bersenam robik kat dataran Penawar...mse tu tak salah aku TMJ nak datang gak....

Syukri Sapuan berkata...

Thalhah: aq rasa bkn tmj la a yg nk dtg.. tu dato azalina, menteri belia & sukan yg datang...tu la yg kita semua kna bersenam-senam riang..menyahut gaya hidup sihat gitu.. haha~

Related Posts with Thumbnails