Jumaat, Mei 15, 2009

Galeri: Guru Pembina Negara Bangsa.




Bersempena dengan hari guru yang bakal menjelang tiba, saya tidak mahu tulis entri panjang-panjang yang serius isi kandungannya. Lelah saya memikirkan cara bagi mengolah idea. Maka, di sini saya lampirkan saja gambar-gambar berkaitan yang ada sangkut-paut dengan sambutan hari guru di kolej saya. Tema sambutan hari guru bagi tahun ini adalah ' Guru Pembina Negara Bangsa'. =)







Deskripsi gambar :
Lokasi: Kafe KYUEM
Guru subjek matematik kami sedang memotong kek setelah terkejut dengan gelagat murid-muridnya yang tidak hadir ke kelas. Rupa-rupanya, para pelajarnya yang nakal itu merancang surprise celebretion sempena hari guru di kafe semasa waktu kelas matematik. Perancang utama projek ini dipercayai berada pada kedudukan dua daripada kiri gambar. Surprise celebration ini pastinya tidak akan berjaya tanpa bantuan Mastika Suhaila yang memainkan peranan penting untuk memujuk Cik Aida ke kafe setelah beliau pelik dengan ketidakhadiran kami ke kelas pada hari tersebut. Syabas diucapkan~




Deskripsi gambar:
Sambil menjalankan aktiviti menghabiskan kek yang ada, para pelajar dan Cik Aida berbual, bergosip dan 'memangkah' antara satu sama lain. Antara mangsa yang teruk kena 'pangkah' pada hari tersebut adalah Nadia Zuliqca. Tahniah diucapkan~


Deskripsi gambar:
Pelajar-pelajar lelaki di dalam kelas matematik Cik Aida di ambang kepupusan. Hanya tinggal 4 orang sahaja.



Deskripsi gambar:
Mengambil gambar beramai-ramai sebelum bersurai.



Deskripsi gambar:
Kumpulan Tutorial Cik Susan. Semasa acara pemberian hadiah kepada tutor masing-masing di dewan utama kolej.
Tutorial kami: Sam, Menix, Ubee, Lee, Imrul, Syuk, Azmi, Manirah, Juliza & Mastika Suhaila.




Deskripsi gambar:
Tidak ada kaitan dengan sambutan hari guru kolej.
sekadar gambar hiasan.




Deskripsi gambar:
Sebahagian penerima biasiswa kementerian pelajaran Malaysia merangkap guru-guru masa hadapan.



7 ulasan:

Dai berkata...

slamat ari guru syuk...

THALHAH berkata...

haha...ada jugak sambutan hari guru kat ky..kat intec xdepon..

terkenang hari guru mase kceik2 dlu kat skolah..

lalala~

serai wangi berkata...

beznyer..

em, slamat hari guru cgu syukri..

klu nk surprise tgu jd cgu bertauliah dlu yer, hehe..

=P

izzah berkata...

bukan kau pun kena pangkah ke ari tu? tp mastika kena pangkah lg teruk.. kalau mastika jadi zeti akhtar aziz, currency akan jadi...?

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

selamat hari guru :)

salimah -sally- berkata...

wah sweet giler korang..huhu

Syukri Sapuan berkata...

dai: selamat hari guru dai & guru2 kpm sekalian.


thalhah: tu la intec x best..ky gk yg best..

aq tau, ko mesti terkenangkan cikgu azman nyanyi lagu ape ntah sambil kibarkan bendera sbg markah gaya..hahaha~. ntah ape2 je..

gile rindu kt sakti..

sakti-2003-2007
skkj-1999-2002


serai wangi: trimas2! aisy, lama lagi la kalo gitu..



ku izzah: currency akan depreciate...lalala~ aq hanya ungkapkan balik kata2 korang time ari tu...

aq kna pangkah gk, tp nasib baik la ko cepat2 memback-up..bagus2..buat la selalu ye..


ada: selamat hari guru cikgu ada!



salimah: haha~ sweet ke? bleh la amalkan gk pada guru masing2 pasni..

Related Posts with Thumbnails