Jumaat, Mei 15, 2009

Tempat jatuh lagikan dikenang...



Sejak beberapa hari ini, kolej saya bagaikan sebuah ketuhar yang sedang membahang. Panasnya melangit!.



Bahangnya bukan terasa pada waktu siang sahaja, malah pada waktu malam pun ada orang mengeluh kepanasan. Tidak dapat tidur tanpa pendingin hawa yang dibuka. Rasanya kalau dihitung-hitung, sudah lama juga bumi ini tidak disirami air hujan.



Syukurlah!. Baru tadi hujan renyai-renyai turun dari awan larat, membasahi sekalian bumi atma. Bebunga di pohon kembali mekar, semekar hati manusia yang sekian lama menanti dingin bumi Tuhan.



Setelah hujan berhenti , saya keluar sebentar daripada kediaman. Saya mahu menghirup udara segar selepas hujan. Aroma rumput yang terpeluwap terasa begitu segar tatkala baunya menyentuh pancaindera.


Sambil berjalan-jalan tanpa tujuan, saya mendongak memerhatikan bulan. Seingat saya, beberapa hari yang lepas bulan purnama ada di langit. Tersenyum dan bersinar semasa saya merenungnya.


Namun, langit tampak gelap malam ini. Bintang-bintang kecil juga hanya berkelip sekali-sekala. Saya tidak nampak bulan di angkasa. Barangkali terlindung dek awan larat yang bergumpal.



Sejak akhir-akhir ini saya sering kali teringat pada sekolah lama saya, sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor. Iyelah,bak kata bidalan lama, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. 5 tahun di hidup di sekolah asrama pastinya banyak meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri ini.



Bayu malam yang dinginnya terasa hingga ke tulang mengingatkan saya pada 'nikmat' tidur di atas tar semasa di asrama dahulu. Pengalaman seisi asrama dikejutkan pada tengah malam untuk roll-call dan berkumpul di dataran asrama ( daratan tersebut dikenali sebagai dataran hicom) pastinya satu peristiwa 'indah' yang sukar untuk dilupakan. Roll-call selalunya diadakan untuk mengesan pelajar-pelajar yang 'hilang', fire-drill atau apa jua sebab atas kehendak warden.



Dengan berlantaikan tar, berbumbungkan langit luas serta bertemankan bayu laut, kami berada dalam keadaan antara jaga dan lena untuk mendengar peringatan yang disampaikan oleh warden. Setiap warga asrama akan mempamerkan wajah yang mamai. Kemudian, sebaik sahaja roll-call tamat, semua orang akan berebut-rebut untuk pulang ke dorm dan menyahut seruan katil yang memanggil. Saya tiba-tiba merindu saat itu.



Apa khabar ya warden-warden saya itu?. Warden yang sangat rajin membuat roll-call tersebut. Encik Abd Aziz, Encik Azman, Encik Nazri, Encik Helmi, Encik Noorisham, Encik Zamzaidi, Encik Noorkhairi dan Encik Izani. Ada lagi ke? Maaf kalau-kalau ada yang tertinggal namanya.



14 Mei 2009 merupakan tarikh sambutan hari guru peringkat kolej saya. Ada program yang diatur selepas waktu kelas. Selamat Hari Guru buat sekalian guru-guru saya. Wajah kalian terpapar satu persatu di hadapan mata saya semasa saya mengelamun sendiri tadi. Terima kasih cikgu!



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Buat manusia sebelum jadi dewasa.
~ Petikan sajak guru oh guru
Usman Awang


5 ulasan:

serai wangi berkata...

aah kan..
teringat plak sek kat dlm hutan tu..
huhu..
dan sekalian penghuninye..
huk3..

nk ucap kat syukri, 'slamat [bakal] hari guru'..
=)

THALHAH berkata...

oii syuk...sampai hati ko lupakan cikgu aziz!

dialah manusia kat SAKTI paling giat buat roll call...

ingatkah kau peristiwa malam itu???
(p/s:keyword: malam ketiadaan imran...)

hahahaha~

Dai berkata...

slamat ari guru cg syuk...

Syukri Sapuan berkata...

serai wangi: ai, sekolah dalam hutan pun ok ape...compare than sekolah orang tu..

trimas2! =)


thalhah: haha~. lupa2. cne la bleh lupa pada beliau..guru kesayangan tu..


peristiwa malam tu? awal tahun 2003? hahaha~ sure ingat.

pembetulan: bukan malam ketiadaan imran. malam ketiadaan imran & fendi. nasib baik fendi x turun malam tu...hahaha~



dai: trimas. slmt hari guru!

mawarberduri berkata...

grrr [geram kt kaw sb da heret ak dlm lubang kngn silam]

sgguh tu la pglmn bharga y BANYAK mengajar erti kehidupan.

thnx syuk :)

or shud i say.. thnx Mr Pres? :)

thnx Head Boy :) enough said :)

Related Posts with Thumbnails