Isnin, Ogos 31, 2009

Corat-coret




" 10 tahun akan datang, kita akan buat re-union. Kita tengok siapa yang akan datang bawak kereta yang paling besar." bicara seorang teman bersungguh-sungguh kepada kami dalam perjalanan pulang daripada kelas.


Mata beliau yang bundar seakan mahu keluar daripada soketnya.


Saya diam-diam saja. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Cuma di sepanjang perjalanan pulang itu, fikiran saya ligat memikirkan hal tersebut.


Adakah kita selalu menjadikan ukuran material sebagai indikator penentu kejayaan hidup seseorang?


Abaikan dialog di atas. Anggap sahaja bahawa rakan saya itu sedang bergurau. Iyelah, hidup ini tidak boleh terlalu serius.


Memegang pada konsep materialisme bermakna kita tunduk pada etika ketamadunan barat, berdasarkan silibus Pengajian Islam di kolej saya memberi maksud pandangan semestanya adalah secular worldview, yakni perbezaan antara agama dan kehidupan. Berbeza dengan tamadun Islam, tamadun Barat bersumberkan Man-man-law, yakni berdasarkan kecenderungan negara atau individu. Ia beretikakan pada pendekatan humanistic, liberalisme dan materialisme.


~Ah, saya baru perasan ada istilah-istilah ni pada nota saya. Masa kuiz dalaman dulu tak terfikir pulak nak baca.


Kadangkala saya terfikir juga bahawa manusia selalu ghairah mengejar kepentingan dunia. Banyak indikator yang disandarkan bersifat kebendaan semata.


Berapa banyak duit dapat?

Berapa besar kereta? Mercedes ke Avanza?

Berapa ribu gaji ko?

Nak buat rumah berapa tingkat?


Memang banyak perkara yang boleh dilakukan apabila kita ada memiliki aset. Maka, ia mendorong kepada kita untuk mengumpul harta-harta dunia.


Saya teringat pada sebuah cerpen. Tajuknya, Di Alam Barzakh karya Sujaidi Dasuki, pemenang utama ketegori cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 yang mengangkat persoalan bahawa setiap aset itu akan diperhitungkan kelak.


Dahulu selepas SPM, ramai rakan-rakan saya yang bekerja sambilan. Kerja kilang, kedai dan sebagainya.


Antara soalan yang lazim kepada mereka adalah, 'Berapa banyak gaji dapat?'.

Entahlah. Bagi saya soalan itu kurang wajar berbanding dengan soalan ' Apa pengalaman yang ko dapat?'

Mementingkan monetary value semata-mata, tanpa mengambil kira faktor lain mungkin menjadi petanda akan kewujudan nilai masyarakat materialistik pada diri kita.


Pepatah Cina mengatakan, Give me a fish & I eat for a day. Teach me to fish and I eat for a lifetime.


Materialistik mendorong kepada kita untuk menghalalkan sebarang cara untuk mendapatkan matlamat. Ia menyuburkan rasa hasad dengki, khianat, 'ketidakikhlasan' dan sifat-sifat lain.



Tapi,

jikalau dirujuk pada dialog di awal itu tadi, rasanya ada juga kebaikannya. Ia mendorong pada semua rakan-rakan saya untuk berusaha sehabis baik. Maka, suatu hari nanti semuanya akan berjaya.

Itukan kebaikan bukan?


Haih, susah la gini. Setiap premis daripada fikiran saya akan ditentang dan dihujahbalas oleh akal sendiri. Maka,jadilah saya orang yang susah untuk buat keputusan.


Berkaitan hal ini, saya sangat suka akan entri ini, berkaitan dengan tingkat sistem pendidikan negara. Masyarakat bertamadun akan bermula dengan sistem pendidikan yang mantap.

4 aspek tingkat sistem.



Baiklah. Itu saja malam ini. Ini bukannya tulisan ilmiah yang saya tulis dengan kajian rapi. Hanya menghemburkan apa yang terlintas di fikiran.


Oh ya, mungkin saya akan naik bas ke majlis re-union itu (kalau ada inisiatif untuk diwujudkan). Bas besar kan?


Sabtu, Ogos 29, 2009

Menanti kebah.


1.

Semalam, usai selesai segala urusan-urusan berkaitan, saya segera pulang ke bilik. Bilik yang sedikit bersepah, tapi masih boleh didiami dengan aman.


Malam itu seperti kebiasaan. Sunyi dan hanya bunyi alam menjadi senandung yang mengasyikkan.


Sedang saya membaca beberapa lembaran nota-nota akademik, saya meletakkan tangan di dahi.


"Eh, apsal badan aku panas sangat ni?", monolog hati sendiri.

"Emm, tak pe lah. Esok ok la ni kot", saya membuat andaian.


Memang suhu badan saya selalu berubah-ubah. Kadang-kadang ia menjadi panas tanpa sebab, kemudian sangat sejuk pula, lebih-lebih lagi pada waktu Maghrib. Maka, saya tidak hairan dengan perubahan suhu badan ini.


Malam terus berlalu dan saya tertidur dalam kepenatan menjalani kehidupan seharian.


2.

Saya membuka mata perlahan-lahan, malas sangat sebenarnya nak bangun. Wah, 5.40 pagi!. Dah nak habis waktu sahur.

Saya menggapai telefon bimbit di sisi.

'2 missed calls'


Hua, sudah terlepas untuk bersahur di dewan makan. Telefon bimbit berbunyi kerana seorang sahabat mahu mengajak saya bangun untuk sahur juga tidak disedari.

Memang dasar tidur mati!


Sambil itu, saya merasa dahi yang semalamnya panas.


Masih panas lagi. Lebih panas daripada semalam. Tekak juga tiba-tiba rasa sakit. Kepala berpinar. Hua, apa sudah jadi ni?


Memandangkan masa bersahur kian suntuk, saya hanya mencapai sebotol air mineral di sisi katil. Beberapa teguk air masuk ke kerongkong. Itu sajalah sahur saya hari ini.


Kepala masih berpinar. Maka, saya membuat keputusan untuk menyambung tidur.


Jam 6.30 saya bangun kembali untuk solat subuh. Setelah menimbang-nimbang keadaan diri, saya mengambil keputusan untuk terus menyambung tidur dengan harapan menjelang jam 8 pagi nanti saya akan beransur pulih.


Jam 8 pagi, saya terjaga sekali lagi. hua, masih panas dan kepala masih berpinar. Kelas akan mula 15 minit lagi, namun tiada ada sebarang perubahan drastik.


Maka, saya mengambil keputusan untuk tidak ke kelas pada hari ini. Oh tidak!.


3.


Selesai berbuka dengan juadah yang dikirim dari seorang rakan yang keluar ke pekan Tanjung Malim hari ini, barulah saya dapat menelan ubat.

Barulah lega sedikit!


Agaknya, saya memang senang kena demam pada setiap hujung minggu. Dulu, masa kolej heboh dengan bilangan pesakit demam yang meningkat secara mendadak, saya juga demam pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Kemudian baru hendak semangat pergi ke kelas selepas break pada hari Isnin, para pelajar diminta berkumpul di GH dan cuti seminggu diumumkan. Alahai.


Saya harap menjelang esok demam ini akan kebah secara sepenuhnya. 2 minggu yang berikutnya ini adalah minggu yang penting. Trial & Semester Exam.


Hua!


Ahad, Ogos 23, 2009

Biasa-biasa saja.

Hujung minggu di kolej saya, biasanya tidak ramai yang sudi tinggal di rumah berbilik empat ini . Ramai yang akan pulang menemui keluarga tercinta, lebih-lebih lagi kepada mereka yang yang berstatus penduduk negeri Selangor dan KL.


Saya lebih senang duduk di bilik, walaupun semua roomate akan pulang. Bisa bukak music player kuat-kuat. Saya kadangkala obses mendengar lagu kuat-kuat. Lebih-lebih lagi lagu keroncong. Pelik bukan?


Setelah berasa terharu dengan komen-komen yang memaksa saya mengupdate blog, saya gagahkan juga diri menulis, walau dalam fikiran kini terasa kosong. Hilang nikmat menulis. Rasanya sudah lama benar Hikayat Man dan Bapanya saya tinggalkan tidak berkesudahan.


Kadangkala, saya mahu jadi seseorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. Tapi, selalu saja saya gagal. Banyak sangat perkara yang hendak dibicarakan. Secara dasarnya, saya lebih senang melihat dan memahami sesuatu perkara sebelum berbicara. Bak kata Stephen R. Covey, seek first to understand then to be understood.


Manusia mempunyai aliran pemikiran yang berbeza. Perbezaan ini datangnya daripada pelbagai faktor. Persekitaran, didikan, bacaan, pengalaman dan lain-lain.Kerana itulah manusia itu berbeza perwatakannya. Ada orang yang suka menulis, tapi ada juga yang membencinya. Banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan contoh.


Saya melihat seseorang yang mampu untuk menghormati pemikiran orang lain sebagai sesuatu perkara yang sangat harmonis. Bagaimana cara mereka untuk menangani perbezaan pemikiran tanpa dipengaruhi dengan emosi yang berlebihan-lebihan amat menimbulkan kekaguman dalam diri saya. Walaupun saya tidak kaya dengan perasaan, terkadang-kala diri ini tewas jua dengan emosi.


Namun, bagaimana kita mahu menangani sesuatu perbezaan pemikiran, yang secara dasarnya memang bercanggah dengan hukum Tuhan. Pergaulan terlampau bebas sebagai contoh. Mungkin ada yang akan mengatakan hak asasi sebagai lesen mereka melakukan perkara tersebut. Adakah pemikiran itu juga harus kita hormati?


Saya sedang berfikir.


Isnin, Ogos 10, 2009

Lebih bisa dari jelatang.




Saya kadang-kala kurang mengerti bahawa mengapa di bilik saya jarang-jarang sekali ada menerima sambungan internet, sedangkan rakan sekediaman saya yang lain dapat bermain facebook dengan riang-rianya.
*
*
*
Entahlah. Saya malas mahu fikir tentang ini.
*
*
*
Hari ini saya sedar satu perkara. Blog ini sudah bersawang kerana sudah sangat lama tidak dikemaskini. Hampa. Melihat aliran trafik yang kian susut saban hari membuatkan jiwa saya terasa kosong. (unsur hiperbola). Saya rasa bagai sudah hilang sentuhan.
*
*
*
Dahulu, kekerapan saya menulis adalah satu entri sekurang-kurangnya setiap minggu. tapi oleh kerana tool box di dashboard blog ini buat hal, saya jadi makin malas untuk menulis. Saya menulis di tempat lain pula.
*
*
Ini entri monolog kosong.
*
*
Alhamdulillah, bulan ini 2 buah karya saya tersiar di media. Moga saya terus produktif selepas
ini.
*
*
Lebih bisa dari jelatang. Saya pun tidak mengerti kenapa tajuk ini tiba-tiba terngiang di dalam fikiran. Dulu ada satu drama televisyen, tajuknya 'Lebih bisa dari jelatang'. Saya teringin nak tengok pokok jelatang.
*
*
Rasa-rasa kat hutan Lembah Beringin ni ada ke?


Related Posts with Thumbnails