Ahad, Ogos 23, 2009

Biasa-biasa saja.

Hujung minggu di kolej saya, biasanya tidak ramai yang sudi tinggal di rumah berbilik empat ini . Ramai yang akan pulang menemui keluarga tercinta, lebih-lebih lagi kepada mereka yang yang berstatus penduduk negeri Selangor dan KL.


Saya lebih senang duduk di bilik, walaupun semua roomate akan pulang. Bisa bukak music player kuat-kuat. Saya kadangkala obses mendengar lagu kuat-kuat. Lebih-lebih lagi lagu keroncong. Pelik bukan?


Setelah berasa terharu dengan komen-komen yang memaksa saya mengupdate blog, saya gagahkan juga diri menulis, walau dalam fikiran kini terasa kosong. Hilang nikmat menulis. Rasanya sudah lama benar Hikayat Man dan Bapanya saya tinggalkan tidak berkesudahan.


Kadangkala, saya mahu jadi seseorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. Tapi, selalu saja saya gagal. Banyak sangat perkara yang hendak dibicarakan. Secara dasarnya, saya lebih senang melihat dan memahami sesuatu perkara sebelum berbicara. Bak kata Stephen R. Covey, seek first to understand then to be understood.


Manusia mempunyai aliran pemikiran yang berbeza. Perbezaan ini datangnya daripada pelbagai faktor. Persekitaran, didikan, bacaan, pengalaman dan lain-lain.Kerana itulah manusia itu berbeza perwatakannya. Ada orang yang suka menulis, tapi ada juga yang membencinya. Banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan contoh.


Saya melihat seseorang yang mampu untuk menghormati pemikiran orang lain sebagai sesuatu perkara yang sangat harmonis. Bagaimana cara mereka untuk menangani perbezaan pemikiran tanpa dipengaruhi dengan emosi yang berlebihan-lebihan amat menimbulkan kekaguman dalam diri saya. Walaupun saya tidak kaya dengan perasaan, terkadang-kala diri ini tewas jua dengan emosi.


Namun, bagaimana kita mahu menangani sesuatu perbezaan pemikiran, yang secara dasarnya memang bercanggah dengan hukum Tuhan. Pergaulan terlampau bebas sebagai contoh. Mungkin ada yang akan mengatakan hak asasi sebagai lesen mereka melakukan perkara tersebut. Adakah pemikiran itu juga harus kita hormati?


Saya sedang berfikir.


6 ulasan:

Ateey berkata...

saya pun sedang berfikir..0_o

Aidil Khalid berkata...

Setiap manusia memang ada hak asasi. Tapi dalam ghairah kita mempertahankan hak tersebut, jangan pula sampai terlupa bahawa Tuhan lebih-lebih lagi mempunyai hak. Justeru kalau hak asasi buatan manusia bercanggah dengan hak Tuhan, makanya hak Tuhanlah yang harus didahulukan.

Ann berkata...

you know, that's what make up the world.
it's full of different people with different ideas.
but in the end, we're all the same

Nina Mazlan berkata...

ntah ap2 ateeqah..
haha..
bagus pet bro..akhirnya blog diupdte^^,

Nina Mazlan berkata...

ntah ap2 ateeqah..
haha..
bagus pet bro..akhirnya blog diupdte^^,

Syukri Sapuan berkata...

Ate3_y: ok,jom kita sama2 berfikir..


Aidil Khalid: Terima kasih saudara atas perkongsian. Barangkali inilah jawapan yang dicari-cari. ringkas tp penuh makna =)


http://miesachie.blogspot.com/:
yup. dalam perbezaan pasti ada juga persamaan.=)


nina: akan berusaha untuk update secara konsisten.!

Related Posts with Thumbnails