Isnin, Ogos 31, 2009

Corat-coret




" 10 tahun akan datang, kita akan buat re-union. Kita tengok siapa yang akan datang bawak kereta yang paling besar." bicara seorang teman bersungguh-sungguh kepada kami dalam perjalanan pulang daripada kelas.


Mata beliau yang bundar seakan mahu keluar daripada soketnya.


Saya diam-diam saja. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Cuma di sepanjang perjalanan pulang itu, fikiran saya ligat memikirkan hal tersebut.


Adakah kita selalu menjadikan ukuran material sebagai indikator penentu kejayaan hidup seseorang?


Abaikan dialog di atas. Anggap sahaja bahawa rakan saya itu sedang bergurau. Iyelah, hidup ini tidak boleh terlalu serius.


Memegang pada konsep materialisme bermakna kita tunduk pada etika ketamadunan barat, berdasarkan silibus Pengajian Islam di kolej saya memberi maksud pandangan semestanya adalah secular worldview, yakni perbezaan antara agama dan kehidupan. Berbeza dengan tamadun Islam, tamadun Barat bersumberkan Man-man-law, yakni berdasarkan kecenderungan negara atau individu. Ia beretikakan pada pendekatan humanistic, liberalisme dan materialisme.


~Ah, saya baru perasan ada istilah-istilah ni pada nota saya. Masa kuiz dalaman dulu tak terfikir pulak nak baca.


Kadangkala saya terfikir juga bahawa manusia selalu ghairah mengejar kepentingan dunia. Banyak indikator yang disandarkan bersifat kebendaan semata.


Berapa banyak duit dapat?

Berapa besar kereta? Mercedes ke Avanza?

Berapa ribu gaji ko?

Nak buat rumah berapa tingkat?


Memang banyak perkara yang boleh dilakukan apabila kita ada memiliki aset. Maka, ia mendorong kepada kita untuk mengumpul harta-harta dunia.


Saya teringat pada sebuah cerpen. Tajuknya, Di Alam Barzakh karya Sujaidi Dasuki, pemenang utama ketegori cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 yang mengangkat persoalan bahawa setiap aset itu akan diperhitungkan kelak.


Dahulu selepas SPM, ramai rakan-rakan saya yang bekerja sambilan. Kerja kilang, kedai dan sebagainya.


Antara soalan yang lazim kepada mereka adalah, 'Berapa banyak gaji dapat?'.

Entahlah. Bagi saya soalan itu kurang wajar berbanding dengan soalan ' Apa pengalaman yang ko dapat?'

Mementingkan monetary value semata-mata, tanpa mengambil kira faktor lain mungkin menjadi petanda akan kewujudan nilai masyarakat materialistik pada diri kita.


Pepatah Cina mengatakan, Give me a fish & I eat for a day. Teach me to fish and I eat for a lifetime.


Materialistik mendorong kepada kita untuk menghalalkan sebarang cara untuk mendapatkan matlamat. Ia menyuburkan rasa hasad dengki, khianat, 'ketidakikhlasan' dan sifat-sifat lain.



Tapi,

jikalau dirujuk pada dialog di awal itu tadi, rasanya ada juga kebaikannya. Ia mendorong pada semua rakan-rakan saya untuk berusaha sehabis baik. Maka, suatu hari nanti semuanya akan berjaya.

Itukan kebaikan bukan?


Haih, susah la gini. Setiap premis daripada fikiran saya akan ditentang dan dihujahbalas oleh akal sendiri. Maka,jadilah saya orang yang susah untuk buat keputusan.


Berkaitan hal ini, saya sangat suka akan entri ini, berkaitan dengan tingkat sistem pendidikan negara. Masyarakat bertamadun akan bermula dengan sistem pendidikan yang mantap.

4 aspek tingkat sistem.



Baiklah. Itu saja malam ini. Ini bukannya tulisan ilmiah yang saya tulis dengan kajian rapi. Hanya menghemburkan apa yang terlintas di fikiran.


Oh ya, mungkin saya akan naik bas ke majlis re-union itu (kalau ada inisiatif untuk diwujudkan). Bas besar kan?


10 ulasan:

serai wangi berkata...

em, teringin nak naik kapal terbang utk ke reunion..
hehe..
besar jugak kan?






~air asia pn jadila...=P~

THALHAH berkata...

harta yang kita cari kita bagi kat 3 pihak:

satu, kita bagi kat diri kita, satu lagi kat waris2 kita, satu lagi kat bencana alam.

maka xpayah cari banyak2 pun takpe. kesudahannya kita hanya mencari sepertiga untuk diri dan dua pertiga untuk perkara lain yang tidak menguntungkan perut sendiri

Nina Mazlan berkata...

naik KTM r..lg besar!

Nina Mazlan berkata...

naik KTM r..lg besar!

Nina Mazlan berkata...

naik KTM r..lg besar!

hasfyeirah berkata...

wak, nek keretapi jela..besi..besi mahal tau..hehehe

Syukri Sapuan berkata...

serai wangi:hohO..haih, besar impian anda tu..


thalhah:berfalsafah benar kata2 mu itu sahabat

nina: KTM x best..bas jugak yang best!haha~


hasfyeirah: ha, menarik2..akan dipertimbangkan kelak...tp keretapi x stylo cm bas..huhu~

nurulhusnazubir berkata...

wah kamu...haha..xsangka..dari dialog yang intentionally uttered by kwn ko, leh wt jdi post blog lak..aiseh..hebat2..pmikiran y jauh ke hdpn..

nurulhusnazubir berkata...

wah..kamu..xsgka,dri dialog kwn y sj bgurau,anda mmpu buat post sbgini..fikiran maju ke hadapan ya...huhu

Syukri Sapuan berkata...

husna: ntah la. tetiba teringat pada dialog member aq time form 5 dulu..pastu bila aq termenung sesorang, terfikir ttg benda ni semua.huhu~

Related Posts with Thumbnails