Rabu, September 02, 2009

Fifteen Malaysia!







15Malaysia adalah sebuah projek filem pendek yang dilancarkan sempena hari kemerdekaan pada tahun 2009. Kesemua 15 filem pendek yang disertakan dalam projek ini diselitkan isu-isu sosio-politik semasa seperti isu rasuah, hubungan kaum, inflasi, perbankan Islam, ketidakpedulian sosial, etika komersial, pedofilia, amaran kesihatan kerajaan dan lain-lain, kesemuanya berkisar tentang kehidupan rakyat Malaysia. (Sumber dari Wikipedia.)


Kepada sesiapa yang masih belum berpeluang menikmati filem-filem pendek ini, sila klik di sini.


*****

"Dah tengok 15Malaysia?", soal seorang teman kepada saya ketika kami sedang enak menikmati juadah berbuka.


Saya yang ketika itu sedang asyik mengunyah makanan hanya menggeleng. Polos.


"Tengok la weh. Siyes kelakar", dia gelak seorang diri.


" Kelakar siot Namawee berlakon Potong Saga. Aku paling tak bleh tahan bila tengok muka pakcik-pakcik tu siyes time nak suruh Namawee pegi potong," sambung beliau lagi laksana seorang pengulas filem bertauliah sedang mengulas.


"Oklah, malam nanti kita tengok k!" jawab saya ringkas, separuh teruja.


*****




15Malaysia membuktikan bahawa penggiat seni indie juga kreatif menyampaikan mesej kepada penonton. Ada sesuatu yang segar mampu diketengahkan kepada masyarakat.


Filem-filem pendek ini dikeluarkan selang 2 atau 3 kali sehari. Sehingga entri ini ditulis, sudah 8 filem yang dikeluarkan.


Saya secara peribadi mengemari kesemua karya-karya yang telah dikeluarkan. Walaupun ada sesetengah perkara yang tidak saya sokong secara total, namun ia bukan masalah yang mendomonasi.


Potong saga, chocolate, the tree, House, Halal, The Son, Lumpur & One future semuanya mengandungi pelbagai makna tersirat yang mewarnai kehidupan seharian. Saya menamakan House, Lumpur & One future sebagai 3 filem pendek terbaik dalam kelompok itu. Ada falsafah yang kuat mendasari setiap satunya.


Hari ini buat pertama kalinya saya cuba-cuba untuk upload video Lumpur di blog. Moga ia akan berfungsi sebaiknya.

Lumpur.


Saya sangat tertarik pada quotation di penghujung filem.

Tanah + Air = Lumpur - (pengkhianat + makan suap + politik kotor? + guna kuasa + pilih bulu + kronisma + gila kuasa + lupa daratan + gaji buta + penindasan + monopoli + birokrasi + janji palsu + fitnah + perkauman) = TANAH AIR




Sangat menarik berdasarkan pandangan mata saya. interesting!. Rasanya itulah kenyataannya yang sebenar. Perkara-perkara negatif seperti yang dinyatakan itulah yang menghalang kita daripada mengecapi rasa cinta tanah air.


Bagi saya, cinta tanah air itu mendalam maknanya.


Harapan saya kepada tanah air tercinta ini amat tinggi. Ingin melihat keamanan, keadilan dan kedaulatan ditegakkan pada tempatnya. Saya menolak amalan politik kotor dalam sistem demokrasi negara. Subjektif. Sangat subjektif. Politik itu subjektif. Politik itu penting untuk menentukan hala tuju negara.


Fasilitator kumpulan BTN saya kata, generasi muda hari ni suka sangat percaya dengan blog. Berita-berita kat blog itu banyak yang tak sahih. Tipu je. Tiada nilai integriti.


Hmm..betul juga kata beliau itu. Saya hormati pendirian beliau. Tapi bagaimana kami nak percaya pada media massa kalau-kalau mereka sering saja sembunyikan fakta dan selewang maklumat kepada rakyat.


Memang betul kata orang, kebanyakan blog politik ni emosi je yang lebih. Tak dinafikan. Saya pun tak suka sangat pada blog yang beremosi. Kutuk mengutuk secara keterlaluan etc. Tapi untuk hujah ini, kedua-dua belah pihak (BN & PR) ada juga blog yang begitu. So, fair & square.


Kalau dihitung-hitung, hari ini umur saya 18 tahun 9 bulan, kalaulah PRU ke-13 diadakan selepas Januari 2012 barulah saya boleh mengundi sebagai pengundi berdaftar. Agak-agak sempat ke?. Di mana kawasan parlimen saya?. Antara parlimen Tenggara(P155) atau parlimen Kota Tinggi.(P156) Kurang pastilah~


Haih, sudah lari jauh sangat dari topik.


Saya parti bebaslah. Pemerhati saja.~



Sudahnya, tidak tahu bagaimana mahu habiskan entri ini.


Saya harap kemerdekaan ini akan dapat diteruskan hingga ke akhirnya. Jauhi budaya TIDAK-PEDULIisme di dalam diri.


Tahniah kepada semua penggiat seni indie negara!


Tahniah atas kenaikan harga minyak di musim perayaan!


Salam OneMalaysia!


Saya terjumpa petikan ini semasa jalan-jalan di internet tadi.


" Wrote Zainuddin: “If 50 years of independence have given a deeper understanding of the poison sowed by Kuan Yew 40 years ago, the recent events mentioned would not have occurred.”

He added that although Singapore is more advanced than Malaysia, the Republic does not enjoy the same freedom: “Singapore sticks to a Third World democracy despite having a developed world mentality, while Malaysia has a Third World mentality but a developed world democracy.” — Straits Time "


Petikan penuh di Malaysian Insider.


Ah, siapalah saya untuk mempertikaikan kenyataan bekas Menteri Penerangan.



p/s: Tak sabar nak tunggu KJ punya filem pendek. Meter.

9 ulasan:

Nina Mazlan berkata...

saya juga 18 thn 9 bulan..
sibuk je tiru..
haha=b
jk..
adeh!bangga ada ank malaysia yg
semangat cam anda ni..
erk..klu xsempat undi pos saja('_')

Syukri Sapuan berkata...

nina: heh~ sekarang ni sape yg lahir dulu???
ape la knk2 ni~
haha
setiap undi adalah rahsia.

Syukri Sapuan berkata...

oh tambahan entri:

sejarah akan ditulis oleh pihak yang menang.

maka wajar bagi kita meneliti sesuatu perkara di kedua belah pihak.

buatlah justifikasi berdasarkan maklumat yg diperolehi.

bersifat sederhanalah.

THALHAH berkata...

gila jiniyus orang yang buat equation ala2 calculus tuh..

dalam equation ada falsafah tetrsirat tu...ahli bijak pandai matematik pun tak hebat macam tu..

saspek ar tukang bikin equation tersebut

Syukri Sapuan berkata...

thalhah: tu la..industri indie kita ni bleh tahan gk hebatnya.cme x diberi peluang je lagi untuk diketengahkan ke tahap yg lebih tinggi

Shahnizat bin Sakiran berkata...

Salam perkenalan

Shahnizat bin Sakiran berkata...

Salam perkenalan

Syukri Sapuan berkata...

encik shahnizat: salam perkenalan juga untuk tuan..

Sheikh berkata...

salam.

Tapi kan syuk, aku macam tak rasa Malaysia mempunyai sistem demokrasi kelas pertama.

Group Representative Constituency di Singapura ada persamaan objektifnya dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya pasca PRU 1999.

Penguasaan mutlak Mediacorp sungguh serupa dengan Mediaprima dan RTM.

Ha,yang ni lain sedikit,nak amankan pembangkang,Malaysia=ISA,Singapura=saman jangan tak saman sampai dia muflis.

Kesimpulan, aku tak setuju dengan kata2 Zainuddin tu.

Ps: GO CHOCOLATE!! semoga impian Yasmin untuk Malaysia menjadi realiti.

Related Posts with Thumbnails