Sudah pasti ada sedikit frust di hati, setelah mengetahui bahawa puisi yang dihantar telah disiarkan oleh editor- tetapi saya tidak berpeluang untuk menatapnya.
Bahkan saya hanya mengetahui ia disiarkan apabila ibu menelefon tadi, mengatakan bahawa surat honorarium sudah sampai di rumah.
Walauapapun, terima kasih kepada editor yang menyiarkan puisi saya itu (walaupun saya yang kadangkala pesimis ini menyangka bahawa ia telah 'dibakulsampahkan')
Berikut saya tulis kembali puisi pendek tersebut (kalau layak dinamakan sebagai puisi) yang telah disiarkan dalam Berita Minggu 19 Oktober 2009.
SETELAH DEWASA
Sungguh!
hangat-hangat malam
ingin kupintal halus
membingkai gebar amal
agar esok nyenyak lenanya
kala buta segala deria kita
angkara debu dunia
yang tiba menerpa.
SYUKRI SAPUAN
Lembah Beringin, Selangor.
8 Oktober 2009.
4 ulasan:
jgn terlampau pesimis
saya pun kadang2 tak tau ada puisi yang tersiar sehinggalah cek sampai kat rumah. itupun kalau sampai. kalau tak?
boleh jadi gila tak dapat menatap karya sendiri. huhu.
shukri: ya, ya. kepuasan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata =)
takpe..byk lagi karya2 abg akan disiar nnt..
puisi puitis sungguh.tahniah!
Catat Ulasan