Selasa, September 23, 2008

Di jalanan Bukit Bintang...



Saya bukanlah seorang kaki shopping!

tp mungkin seorang kaki rayau....


waktu perjalanan bas ke Johor masih lama lagi...
pagi keesokan harinya...

masih ada masa utk bersiar-siar di kota besar ini...

sebaik saja bas Tg Malim menurunkan kami di Puduraya, saya terus mengikut haluan kaki bergerak membelah lautan manusia...


saya tidak biasa dgn kehidupan kota ini...maklumlah, saya orang kampung sahaja!
maka, saya bergerak bersama Fairosza, rakan kolej saya merangkap 'pemandu pelancong' tidak bertauliah..

Bermula di Puduraya, saya bergerak secara berkumpulan ke Plaza Rakyat.....tidak ada apa yg menarik di sana melainkan kumpulan2 manusia seperti kami...seterusnya, saya melangkah ke Times Square..mungkin ada sesuatu yang menarik di sana...

Wah, besarnya kompleks ini...hati saya berdetik kagum tatkala melangkah kaki ke gerbang utama...tidak pernah saya melihat bangunan sebesar ini... sudah saya perjelaskan sebentar tadi, saya hanyalah orang2 kampung shj..kota besar ini bukan padang permainan saya..


Selesai 'meronda' di Times Square, saya & Fairosza bergerak pula Low Yat...
kebosanan mengetuk dan menerjah pintu hati saya..saya bukanlah manusia yang berminat dengan perkakasan komputer...maka, berada di kawasan dikelilingi aksesori komputer & multimedia memang merimaskan saya...saya hanya menjeling sambil lewa tatkala melintasi dari satu gerai ke gerai yang lain...mungkin jika sahabat lama saya, Atif berada di Low Yat, dia akan berasa begitu teruja dan gembira dikelilingi aksesori kegemarannya..maklumlah, dia saya lihat begitu berminat dengan komputer dan gajet2...mujur kami tidak lama di Low Yat...

melangkah kaki keluar dari Low Yat, saya menghembus nafas lega...tidak sanggup rasanya berada di tempat yang membosankan itu...

seterusnya, kami mengikut gerak kaki ke Bukit Bintang...seperti biasa, tiada ada apa yang menarik perhatian saya di sana...mood saya mendatar sahaja...mungkin kebanjiran pelancong asing sahaja yang menyebabkan kawasan ini nampak berbeza dari kawasan yang saya lalui sebentar tadi..itu analisis ringkas saya tatkala pandangan melilau mencari sesuatu yang berbeza di sana...


tiba2,tatkala kaki masih melangkah deras.. mata saya terpandang sesuatu....sudah lama saya berhasrat untuk pergi ke sana...sebulan lamanya tidak keluar dari kolej menyebabkan saya tidak dapat melakukan sebarang transaksi....maka, saya pun mengubah haluan kaki ke bangunan itu..


melangkah masuk ke bangunan Maybank, saya sekali lagi disambut rasa kagum...saya tidak pernah melihat bank yang mempunyai kemudahan mesin ATM sebanyak itu..mesin ATM saja sudah ada 10..itu belum termasuk kemudahan cash deposit, cheque deposit, maybank2u dan lain2...hati saya dipana rasa teruja...maklumlah, selama ini berurusan di Maybank Kota Tinggi sahaja...penggunaan mesin ATM shj memerlukan kesabaran para pelanggan utk beratur panjang..mesin cash deposit pula sering tidak dapat digunakan..ah, bukankah sudah berulang kali saya katakan..saya hanyalah orang2 kampung sahaja..saya anak seluang yang membelah lautan...


selesai urusan di mesin ATM, saya terdetik untuk memohon maybank2u...alang2 pihak bank sudah menyediakan komputer untuk kemudahan para pelanggan, mengapa tidak saya gunakan dgn sebaik mungkin?

maka, saya sekali lagi saya berdiri di hadapan mesin ATM dgn harapan berbunga utk memohon kemudahan maybank2u..saya sebenarnya mempunyai sedikit rasa fobia apabila berurusan dgn mesin ATM...kad bank saya pernah hampir ditelan mesin ekoran kelewatan saya menariknya keluar...

jari-jemari saya pantas memilih menu yg bersesuaian dgn hasrat hati..

yes! hampir berjaya...pin 6 angka utk urusan maybank2u seperti yg diminta oleh bank telah saya masukkan..

hanya tinggal satu langkah sahaja lagi yang tinggal sebelum permohonan saya diluluskan...


'TRASAKSI ANDA SEDANG DIPROSES'


saya menanti dengan sabar...



tiba2...


'MAAF, ANDA HARUS BERUSIA SEKURANG-KURANGNYA 18 TAHUN SEKIRANYA HENDAK MEMOHON MAYBANK2U, PERMOHANAN ANDA TIDAK BERJAYA'


ah, saya terlupa yg saya masih 17 tahun!






8 ulasan:

Unknown berkata...

hekele...
ckp je r ko nk btaw yg ko x ckup umo lg...
xyh r nk mngarut pnjang2...
haha~

btw, 'org2' kampung shj..., cm plek. "org2". sjk ble ko jd org2?

Jpah berkata...

salam. Found diz blog when wandering in this KYUEM blogosphere.

Btw, I'm ur super senior I supposed. Batch 9. Saje je nak tgk perkembangan blogging dkat kolej. Quite interesting gak, coz bace bebudak kolej nye blog, aku tahu perkembangan kolej.

Truskan menulis dan semoga berjaya, enjoy ur life in KYUEM, u'll miss it, I swear.

Don't hesitate to ask me anything, salam ukhwah!

Fairosza berkata...

oh..ble masa i became ur tourist guide..huhu btw life is a travel..

"berjalan bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yg diciptakan utk
mereka yg berfikir dan bersyukur"

Tanpa Nama berkata...

saya sokong!!!
kerna saya org kampung!! huhu
bangge plak :)

Syukri Sapuan berkata...

syafiq haziq: ha3..sj je nk memanjangkan citer...

fairosza:ok, nanti kita ronda2 lagi k!

jpah:thnx to view my blog! hope to come again here..

ada: aq juga berbangga menjadi anak seluang yg gigih membelah lautan..

Unknown berkata...

Good writing...

I don't surprise with the ending there...it's just like one of my friend's situation...and what I did after that was laughing all the way from bank to hostel...what a shame!!!

Anyway Syuk...u're such a good writer...keep up the good work boy!!! Keep on writing about good stuff, who knows someday u'll be a writer or journalist rather than being a teacher/lecture? Haha...;p

Hey, one more thing...don't forget about your studies...it's good to have an attracting blog like this...but don't ever let go your studies...i'm expecting to see your face somehow in UK...hehe

Okey2...I think I'm too much here...good luck in ur future!!!

Syukri Sapuan berkata...

fhafays:

thnx bro!

moka kita akan bersua di kota UK kelak..

Tanpa Nama berkata...

alahai...
tu la.
sape suruh kluar prut mak lambat2

Related Posts with Thumbnails