Semalam kolej saya mengadakan jamuan akhir semester.
Temanya, Kyuem Television Video Awards.
Namanya saja sudah jamuan, maka yang paling menarik pastinya makanan yang terhidang. Beraneka juadah yang tersedia malam itu. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati.
Bersama kami pada malam itu selain para guru dan staf, adalah sekumpulan pelajar British daripada University of Bath. Sudah seminggu mereka bersama kami. Selepas malam itu, pulanglah mereka daripada lawatan ke kolej kami ini.
Seperti kebiasaan, tidak lengkaplah sebuah jamuan tanpa persembahan. Ada bebarapa tarian yang dipersembahkan malam itu. Antaranya persembahan kebudayaan masyarakat Malaysia dan persembahan tarian jalanan.
Mengenai tarian jalanan, saya sendiri kurang pasti akan ketepatan penggunaan frasa saya ini. Mungkin juga namanya tarian hip-hop ataupun 'breakdance'. Entahlah. Tidak mahu merunsingkan fikiran, saya gunakan sahaja frasa tarian jalanan. Pokok pangkalnya, tarian ini tidak berakar di nusantara. Lincah mereka menari. Ligat mengikut irama lagu rancak. Bingit juga kadangkala. Seisi dewan bersorak tatkala tarian ini ditarikan. Wah!. gembira benar mereka.
Pastinya tetamu-tetamu kami daripada British itu kagum dengan persembahan ini. Tarian jalanan itu kan datangnya dari barat. Bijak benar mereka mengekploitasi budaya kami, pasti itu bisik hati mereka.
"wah, pelajar kolej ini memang berbakat. menghargai tarian kami. menciplak kesenian kami. dasar pandang barat terlaksana di sini. inilah kemajuan!. awakesome! " getus hati salah seorang daripada mereka. ( ini imaginasi saya sahaja )
Inilah kemajuan?. wah, begini rupanya bentuk kemajuan. kemajuan harus berdansa. kemajuan mengharuskan hedonisme. baru saya tahu, ah! kolotnya diri ini.
Selepas tarian jalanan, ada juga persembahan daripada pelajar British. Mereka mempersembahkan sesuatu kepada kami. Mengujakan. Mereka berbeza daripada kami. Mereka membacakan sajak William Shakespears beramai-ramai di atas pentas. Tiada muzik rancak. Tiada juga tarian jalanan. Nampaknya kita ini lebih 'inggeris' daripada orang Inggeris itu sendiri. Lantaran itu, apa sebenarnya makna kemajuan?
Entahlah.
Saya? Jiwa saya kosong....
8 ulasan:
Salam.. Syukk.. aku pon nak b'jinak2 gak arr dalam dunia blogsphere ko.. bleh tak nih?? hehe.. aku dah wat satu.. www.pain-in-agony.blogspot.com... jemput arr datang..wslm
hualamak aih...
di saat dunia hampir ditelan era kemodenisasian,
aku agak bangga mlihat seorang nasionalis muda berkarya..
cayalah bro..
keep it up..!!!
moga ko akan mjadi pengganti sulung
A.Samad Said..
aku akan trus support dari belakang tabir..
huahuahua...^_^
ahah...satu lagi entri sinis
teruskan dengan semangat nasionalisme dan patriotisme mu! inilah yang dikatakan modal insan!
cuma aku tergelak besar bila sampai kepada perkataan awakesom. apakah itu satu lontaran kata sinis ataupun sekadar tersalah eja?
nice one..
teringat kata-kata seseorang yang sangat dikagumi (owh x ingat name..),
melihat islam di negara majoriti rakyatnya bukan islam..mungkin boleh membuat kita berfikir pasal ni..sungguh, islam itu bukan pada perbuatan sudah sekarang..hanya nama..ya nama yang tiada apa-apa..
=(
Rasanya event yang bebas daripada tarian-tarian seperti ini adalah 'event' yang dianjurkan oleh MUSCOM agaknya. Pendapat aku pun sama dengan kau masa malam tu. Nampak gaya kita yang terlebih kebaratan. Hedonisme sudah pun menguasai...
hmm,nice view...
islamic or malayisme,,i'm not sure..
hehe~~
hm... nada sinis??
saya rasa, mereka mesti kagum dengan kita. kan2? haaaa
p/s : suke la video the golden cage toh..
Catat Ulasan