Sabtu, November 29, 2008

.Penukaran nombor.




.JANGAN NANTI.

MASA KUAT
BUAT AMAL IBADAT
JANGAN NANTI
SAKIT SANA SINI
BARU INGAT ILAHI


MASA SIHAT
RAJIN KERJAKAN SOLAT
JANGAN NANTI
UMUR DAH NAK PERGI
BARU SEDAR DIRI


MASA MUDA
CARI SEBANYAK HARTA
JANGAN NANTI
BILA USIA SENJA
MERAYAU MEMINTA-MINTA


MASA ADA
USAH MAIN KAYU TIGA
JANGAN NANTI
YANG ADA LARI
BARU GIGIT JARI


MASA MEWAH
INGAT WAKTU SUSAH
JANGAN NANTI
HARTA YANG ADA
HABIS SEKELIP MATA.



Puisi di atas ini bukan nukilan saya. Tertarik dengan puisi ini sewaktu membaca sebuah majalah, maka saya coretkan kembali di sini.

Cuti kolej sudah hampir seminggu bermula. Rutin kehidupan saya agak memenatkan akhir-akhir ini. Ada beberapa perkara yang harus didahulukan. Maka, tidak dapatlah saya menulis blog secara kerap.

Sebenarnya saya hanya ingin memberitahu bahawa saya sudah menukar nombor telefon bimbit. Sewaktu saya ingin melangkah masuk ke Popular Bookstore Tebrau City baru-baru ini, saya telah terserempak dengan skuad promosi celcom. Mereka menawarkan saya pakej yang lebih murah kepada pelajar sekolah dan universiti, pelan University of X (UOX) & School of x (SOX). Anda pasti tahu bukan?

Saya pun memilih salah satu nombor yang ada di dalam senarai mereka. Saya hanya dapat menggunakan pelan SOX kerana usia saya masih 17 tahun. Pelan UOX hanya untuk 18 tahun dan ke atas. Aduh!. Saya menggunakan pelan untuk pelajar sekolah!. Tidak mengapalah, yang paling penting adalah penjimatan yang dapat dilakukan.

Nombor lama saya:

019-73XX357

Nombor baru saya:

013-79XX359


Tidak banyak perubahan pada nombor ini. Rimanya masih serupa. Jika anda tahu nombor lama saya, pasti anda tahu nombor yang mengisi ruangan XX. Ruangan XX masih tidak berubah.

Saya masih tidak tahu sama ada hendak menggunakan nombor yang baru ini ataupun tidak. Akan difikirkan kelak samada penggunaannya adalah kekal ataupun tidak.

Harap maklum.


4 ulasan:

mafuzah.mohamed berkata...

syuk.. ko budak lompat ye..

tahun lepas, kawan aku boleh je beli UPack walaupun umur 17.
Sebab status pelajar U kot.

Apa-apa pun, teruskan menyokong CELCOM. Memang terasa nikmat murahlah guna UPack

Tanpa Nama berkata...

MASA ADA
USAH MAIN KAYU TIGA
JANGAN NANTI
YANG ADA LARI
BARU GIGIT JARI

ni khas utk kawan aku yg bernama
***** *** ********
hehee

Tanpa Nama berkata...

eh..
haha...
eh..
errr...
ape nih....
num fon pon nk tuka2...
lala~
btw syuk..
hikayat puteri tuttt da xde...
haha...

-eea-

Syukri Sapuan berkata...

muffin:

oh. thnx for da informatin!

CELCOM: KUASA DI TANGAN ANDA

ADa:

oh..sape ye?
yg penting bkn aq kn..

tp aq cm bleh detect je sape orangnya..

EEA:

oh..mgapa dilupuskan blog itu?
ko mempunyai bakat penulisan yg besar..

Related Posts with Thumbnails