Ahad, November 16, 2008

Tangisan marhaenis.





Dalam lambakan kebejatan filem-filem cacamarba barat, mujur masih ada sutradara yang menaruh harapan untuk menerbitkan filem yang berpaksikan fitrah. Itulah kenyataan yang saya perolehi pada hujung minggu ini.

Saya berpeluang menonton filem 'Children of heaven' di Musolla As Saad pada hujung minggu ini. Tahniah kepada pihak Musolla Community ( MuscoM) yang telah mengadakan aktiviti yang menarik ini. Moga ia menjadi salah satu medium dakwah yang berkesan.

Seawal filem ini ditayangkan, saya sendiri kurang jelas akan jalan ceritanya. Melihat pada tajuknya, tiada apa yang dapat saya gambarkan. Mungkin ia hanya kisah kanak-kanak yang mencari erti sebenar kehidupan. Demikianlah taakulan ringkas saya. Filem ini merupakan sebuah filem keluaran Iran pada tahun 1997 . Ia telah dicalonkan sebagai salah satu penerima Anugerah filem asing terbaik untuk 'Acedemy Award' pada tahun 1998. Satu gambaran awal yang agak menakjubkan bagi saya.



Baiklah. Seusai menonton, barulah saya memahami mesej yang cuba dibawa oleh saudara pengarah. Tuntasnya, filem ini mengisahkan tentang 2 orang adik-beradik, Ali dan Zahra. Mereka membesar dalam keluarga yang miskin. Kesusahan hidup yang mengiringi setiap denyut nadi menyebabkan mereka cekal menghadapi hari mendatang.

Titik permulaan konflik bermula pada sepasang kasut. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Ali secara tidak sengaja telah menghilangkan kasut Zahra yang baru sahaja diperbaiki. Hal ini menyebabkan Zahra, adik perempuan kepada Ali, kesedihan. Namun mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan ibu bapa mereka. Mereka tahu bahawa bapa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli kasut baru.

Masalah timbul apabila Zahra tidak mempunyai kasut untuk ke sekolah. Penyelesaian yang diambil adalah Ali dan Zahra bergilir-gilir menggunakan kasut yang sama. Zahra menggunakan kasut Ali untuk ke sekolah, manakala Ali menunggu Zahra pulang ke rumah dahulu sebelum pergike sekolah. Zahra bersekolah pada waktu pagi manakala Ali pula pada waktu tengahari. Zahra sering kali terkejar-kejar untuk pulang ke rumah bagi menyerahkan kasut yang dipakainya kepada Ali. Jarak sekolah mereka yang agak jauh meyebabkan Ali selalu terlewat untuk ke sekolah.

Keadaan ini berterusan untuk satu jangka masa yang agak panjang , sehinggalah pada suatu hari Ali menyertai pertandingan marathon sejauh 4 kilometer. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan. Ali mahu memenangi tempat ketiga kerana hadiah yang ditawarkan pada kedudukan tersebut adalah sepasang kasut. Maka, sewaktu hari pertandingan Ali berlari dengan pantasnya. Bermula pada kedudukan di belakang, Ali memotong seorang demi seorang pencabar untuk berada di kelompok hadapan. Tanpa mengenal erti putus asa Ali terus berlari dan berlari. Biarpun pada satu masa dia telah terjatuh gara-gara ditolak pencabarnya, dia lantas bangkit dan meneruskan larian. Dia sering membayangkan adiknya yang kecewa kerana kehilangan kasut. Di garisan penamat, Ali secara tidak sengaja telah memenangi perlumbaan tersebut. Namun bukan itu hasrat hatinya kerana hadiah yang ditawarkan pada kedudukan pertama bukannya kasut yang diidam-idamkan selama ini.

Filem ini berakhir dengan kekecewaan Zahra kerana tidak dapat memiliki kasut yang dijanjikan oleh Ali. Satu pengakhiran yang agak tergantung pada kacamata saya. Namun menurut blog muscom, terdapat babak akhir di mana bapa mereka telah membelikan Ali dan Zahra dua pasang kasut baru. Entahlah, mungkin saya terlepas pandang.



Menonton filem ini memberikan pelbagai pengajaran berguna kepada khalayak umumnya dan kepada saya khususnya. Dalam keasyikan kita mengejar kemewahan dunia, kadang-kala kita terlupa pada golongan yang tidak senasib dengan kita. Bukan semua manusia dilahirkan dengan limpahan kemewahan, ada juga yang bergelut dengan kefakiran. Anda kini terhidang dengan makanan yang serba serbi mencukupi, namun di suatu tempat yang lain mereka bertarung dengan kebuluran. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Mungkin ujian kepada kita berbeza. Mereka diuji dengan kesusahan, namun kita diuji dengan kesenangan. Segala-galanya bergantung pada setiap jasad tubuh masing-masing.



Dalam keriuhan kita bersorak bergembira, pasti ada insan bergundah-gulana. Inilah fitrah kehidupan. Saya terkenang pada sepotong mutiara kata. Kurang pasti akan susunan ayat yang sebetulnya. 'Saya menangis kerana tidak memiliki kasut sehinggalah saya melihat insan lain tidak memiliki kaki'. Ya, memang benar kita ditimpa musibah, namun bersabarlah kerana di suatu tempat yang lain masih ada insan yang ditimpa musibah yang lebih teruk daripada kita. Takdir sedang berbisik. Semalang manapun kita, pasti masih ada insan yang lebih malang di luar sana.

Saya ini tidaklah pandai menghasilkan review filem. Jikalau anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang filem 'Children of heaven', gerakkan kursor tetikus anda pada link yang saya sertakan ini.

Children of heaven : wikipedia

Saya akui bahawa saya bukanlah penonton filem yang tegar. Hanya sesekali sahaja menonton apabila berkelapangan. Filem Children of Heaven ini boleh diklasifikasikan sebagai sebuah filem yang menarik. Jalan ceritanya mudah, mengangkat nilai manusiawi. Terkenang pula saya pada sebuah filem keluaran Indonesia, Kiamat sudah dekat. Saya tertarik pada nilai kemanusiaan yang diketengahkan. bagaimana kita mentafsir keikhlasan?. Keikhlasan itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang kelam. Ia ada tetapi sukar dilihat pada pandangan mata.

Menonton filem terbitan luar negara yang masih berpaksikan fitrah dan mengangkat nilai manusiawi mencetuskan keinsafan kepada diri yang kerdil ini.

Filem Malaysia bila lagi?


11 ulasan:

Hilal Asyraf berkata...

filem children of heaven ni tak tergantungla...

akhirnya ayah dia belikan kasut untuk adik dia...

filem ni bukan filem barat...

filem ini dibuat oleh orang iran

n.. kalau nta nak tau...

filem2 dari iran ni memang menyentuh hati...

dan menang banyak anugerah dunia...

file dia pun bersih dan terjaga dari perkara-perkara maksiat...

semoga ALLAH redha pada nta

Syukri Sapuan berkata...

hilal asyraf:

terima kasih atas komen anda..

ya, mungkin saya terlepas pandang scene ayah mereka belikan kasut baru untuk mereka..

saya ada tulis bhawa filem ini terbitan iran dalam ini..mungkin saudara terlepas pandang..

walaubagaimanapun, saya bersetuju dgn kata2 saudara itu..filem ini tidak menggunakan unsur2 murahan barat yang biasa..moga krew filem ini dirahmati Allah..

Semoga Allah juga redha pada perjuangan mata pena saudara..

salam dunia blogger!

Haq Mohaidin berkata...

aku pun xnmpk ending die yg ayah belikan kasut baru. aku pun tlps pandang?

mmbaca ulasan filem ko bagai membaca ulasan filem di akhbar

Syukri Sapuan berkata...

haq:

mungkin juga..semua warga KYUEM terlepas pndg..

uhuk! aq tersedak membaca kata2 akhirmu i2..

Tanpa Nama berkata...

hahaha....mcm bez je...dlu mse ak kcik2 slalu tgok cite2 mcm nie kt suria(channel singapore) mmg mnytuh hti...yg ak ingt cme filem psl jam...bdak llaki yg lkis jam kt tngn die sbb tringn nk bli jam....x bbrp ingt lh...tjuk nye "tik tok"

Tanpa Nama berkata...

aku menyokong usaha menonton filem2 yang membawa nilai2 moral.bukan filem2 yang sekadar memenuhi kesukaan penonton sahaja

Tanpa Nama berkata...

babak ayah dia belikan kasut itu aku ada lihat.
x terlepas pandang.
rasanya semua penonton pun x terlepas pandang.
cuma babak itu tidak berapa menyerlah dan penonton tidak faham bapanya belikan mereka kasut.

Syukri Sapuan berkata...

anymonous:

oh ya..terima kasih ats komen anda..saya juga ingin menontonnya kelak..

thalhah:

ya! aq menyokong kata2 mu i2..aq juga bersetuju 100 persen..sudah sampai masanya kt lari dari kandang hedonisme

ada:

haah...aq pun perasan gk scene tu sebenarnya..cume cm x phm je motifnya...namun, kini aq dh mengerti..kesimpulannya, filem ini tidak menyogokkan jalan cerita yg mudah semata-mata, namun mengajak manusia berfikir..

mafuzah.mohamed berkata...

cerita ini pernah ditayangkan di tv1 semasa aku darjah 5...(kalau tak silap)!!!

tidak perlu babak cinta, tidak perlu aksi berpegangan tangan.. cukup berkesan dengan hanya memaparkan hubungan yang erat antara dua beradik. Sob3.. (T.T)

Tanpa Nama berkata...

harap sy dapat bli kasut baru jgk.. huhu...

fatah85 berkata...

menarik filem nih.
pernah lihat pernah lihat

Related Posts with Thumbnails