Saya selalu terfikir, di mana letaknya 'daerah' paling selamat.
Kawasan yang bisa saya lalui tanpa perlu memikirkan keselamatan diri.
Ada?
Tiada?
Hari itu, seorang kawan saya membantu memberkas seorang peragut yang meragut beg tangan seorang makcik di Masjid Jamek, KL.
Saya tabik pada beliau yang serius menjadi anggota masyarakat yang prihatin.
sumber:google
Kadang-kala, saya terfikir bahawa saya harus bersyukur kerana ditakdirkan untuk duduk di kolej dalam hutan belantara ini.
Kadar 'jenayah' tidaklah setinggi mana.
Masih boleh mempercayai antara satu sama lain.
Hari ini saya buka surat khabar, macam-macam berita menakutkan ada.
Bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun, pemerasan, ugutan, mencederakan dan lain-lain.
Haih.
Di mana letaknya 'daerah' paling selamat?
***
Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Dipetik daripada blog YB Idham Lim
Message: Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .
Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah.
Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.
Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

4 ulasan:
ape la nak jd sekarang nie .
uish... risau aku.. ni baru sekarang.. kalau 10 tahun akan datang??
hmm.. takotlah.. siyesly..
ain: entahlha. akhir zaman
mufin: betul2.byk benda boleh difikirkan. bila semua benda perlukan wang utk hidup..
ada: tau xpe..
Catat Ulasan