Ahad, Oktober 18, 2009

Intan berlian dan kita

Dipetik daripada Digests Yahoo Group Alumni MUSCOM.
Dikirim oleh Khairul Anwar Mohamad Khairi.



Intan berlian dan kita
oleh:Yahya Shukor


Saya bukanlah pakar kaji batu, namun hanya ingin berkongsi maklumat di samping berusaha menguatkan diri sendiri. Ameen.

Pada mulanya, saya hanya mahu menukilkan ayat ini :

Batu yang keras, jika air berterusan menitik di atasnya, kelak batu itu akan berlekuk juga.

Namun, kerak bumi yang lebih dalam dan keras, perlu digerudi menggunakan intan, mineral yang paling mahal dan keras (10 skala mohs)

Disebabkan itulah, saya membaca mengenai sedikit pengetahuan berkenaan berlian.

Saya juga selalu percaya, berlian itu hanyalah sebiji arang batu yang unggul akibat dari tekanan.

(saya terpaksa bertanya kepada rakan geologi, intan dan berlian sama ke?,dan beliau kata sama kot) (biasanya orang guna intan berlian,sekiranya salah, pakar2 batu sila betulkan) =)

Arang batu, jika tidak tahan dengan tekanan, hanyalah digunakan untuk membakar satay di satay amal melbourne ataupun satay kajang haji samuri,namun, jika ia menerima tekanan yang sesuai, ia akan berubah menjadi berlian.Intan hanya terbentuk melalui kombinasi tekanan dan suhu yang sesuai, dankombinasi ini hanya dijumpai di dua tempat sahaja.

Pertama di cratons dan keduadi litosfera bumi yang terkena hentaman meteorit. Ini tidaklah begitu menghairankan kerana,tekanan yang diperlukan adalah kira2 45-60 kilobars dan suhu 900-1300 darjah celcius.

Tidak hairanlah, hanya mereka yang mampu mampu menerima tekanandan suhu yang tinggi dan sahaja yang mampu menjadi permata yang unik danberharga.

Namun, apalah maknanya, jika berlian yang berharga itu dibiarkan tinggal terbiar di bawah perut bumi. Tiada siapa yang tahu, tiada siapa yangbermanfaat darinya. Setinggi mana pun harga berlian itu,malah jika lebih tinggi dari The Millennium Star dari segi kualitinya, atau lebih
susah berbanding blood diamond dari segi pengorbanannya, ia tidak akan berguna sekiranya tidak diproses dan dibiarkan terperosok di tempat ia terhasil.

Begitulah juga dengan kita, jika sudah mampu menerima tekanan, dan sudah bertukar menjadi intan berlian, apalah maknanya jika tidak turun ke medan perjuangan. Sudah tentu kita tidak mahu diri kita menjadi arang batu hanya sebagai bahan bakar yang murah. Turunlah ke medan, sama ada menjadi matagerudi, ataupun menghiasi jari-jari manis raja sehari,mungkin juga menghiasi mahkota- mahkota diraja. Yang pasti, janganlah duduk bersendiri, ilmu setinggi melangit dan pandangan seluas lautan tidak akan bererti jika hanya dikongsi dengan rakan semineral. Bila sumber galian ini telah berjaya diketemui, lalu diproses, barulah sumber galian yang lain sedar akan hakikat bahawa diri merekaitu perlukan pencerahan dari cahaya intan berlian yang bergemerlapan ini.

Ayuh para berlian, turun ke medan! =)

Moga bermanfaat.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waahh... kita harus menerima perubahan untuk menjadi seseorang yg lebih baik sepertinya.. ;-)

nurulhusnazubir berkata...

waa...semangat2..ayuh!kita buktikan kekristalan kita..huhu

Related Posts with Thumbnails