1.KOS MEMBELI TANAMAN SENI MENINGKAT 470 HINGGA 880 PERATUS!
KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan membayar RM57,493 bagi membeli pokok dan tanaman seni taman secara pembelian terus daripada pembekal tempatan, termasuk bagi kerja menyelenggara, merawat dan menyiram tanaman berkenaan.
Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan perbandingan harga dilakukan Audit dengan pembekal lain di Kota Bharu bagi perkhidmatan sama mendapati kos dikenakan itu lebih tinggi iaitu 470 peratus hingga 880 peratus, berbanding harga pasaran.
Sebagai contoh, pokok Pinang Raja setinggi enam kaki dijual dengan harga RM750 sebatang, sedangkan harga sebenarnya hanya RM85, bunga raya berharga RM350 (harga pasaran RM50) dan RM350 untuk sebatang pokok Kemboja berbanding harga pasaran RM45.- Berita Harian
2.SEBUAH KOMPUTER BIMBIT BERHARGA RM42,320 – NST
Who in their right mind would pay RM42,320 for a laptop?
Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau in Penang not only paid the price but bought two units of the same brand – Acer Aspire-5052ANWXMI, at a whopping price of RM84,640, said the Auditor-General’s Report.
In addition, the college purchased 450 units of computer CAD with network card at RM3.45mil for 12 labs. Each 19-inch monitor costs RM8,500 while a 17-inch monitor costs RM7,500.
“A check with local companies showed that the market price for the latest model is between RM5,350 to RM6,500 each. Worse still the computers, Precision 390 Dell, that were supplied are no longer in the market,” it said.
Also purchased were 15 laser printers, Hewlet Packard P3005X, at the price of RM7,722 each when the market price was about RM5,000 per unit.
3.KERAJAAN MUNGKIN TANGGUNG KOS KERUGIAN RM1.14 BILION PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELETERIK -bernama
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan besar kemungkinan terpaksa menanggung sebahagian RM1.14 bilion kos kerugian, dianggarkan bagi projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh, yang tidak diuruskan dengan baik.
Pengauditan yang dijalankan antara Ogos 2008 hingga Jan 2009 mendapati beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu seperti kelewatan projek disiapkan menyebabkan kos projek meningkat, peralatan dibeli melebihi keperluan serta perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur menyebabkan infrastruktur yang dibangunkan tidak dapat digunakan sepenuhnya sebaik sahaja ia disiapkan.
"Projek ini tidak diuruskan dengan baik menyebabkan objektif pelaksanaannya tidak dapat dicapai seperti mana yang dirancang," menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 yang diedarkan di sini.
***
Kadangkala, saya terfikir bahawa seronoknya pulang menjadi kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mengerti dan tidak memahami akan sebuah kebobrokan nilai yang sarat pada negaranya. Kanak-kanak suci yang hari-hari mukanya hanya untuk bermain bersama teman, tanpa perlu menjadi dewasa yang sudah didoktrinkan dengan fahaman nilai -isme melampau.
Entahlah.
Kronisme , nepotisme dan sebagainya menghancurkan negara. Bagaimana kos barang boleh meningkat sehingga 800 peratus?
Ada duit bocor di tengah jalan.banyak tangan-tangan ghaibkah. Salah pemerintahkah?
Adakah tidak cukup dengan protes di peti undi buat pemimpin ini?
Heh! Ini sikit saja. Masih ada banyak lagi yang belum terdedah.
Masih ingat pada Laporan Ketua Audit Negara tahun lepas (2007)?
Institut Kemahiran Belia di bawah Kementerian Sukan dan Belia beli pemutar skru RM200+, satu set kamera digital 3 megapixel RM 8000, satu unit pasu plastik RM40.
Kes ini juga masih belum selesai? Adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bergigi? Hanya mahu menyelesaikan kes-kes terpilih.
Negara akan terus bankrup kalau amalan sebegini diteruskan!. Bina stadium pun runtuh, tangan-tangan ghaib mengaut untung. Biarlah projek tidak siap, asalkan duit masuk!.
Sampai sekarang laporan stadium di Kuala Terengganu yang runtuh tu masih belum dikeluarkan. Adakah cakap menteri juga tidak boleh kita percayai?
Tanpa mahu menudingkan jari kepada sesiapa, saya rasa alangkah baiknya andai duit-duit yang ‘bocor’ akibat disonglap pemimpin kita itu dikembalikan kepada rakyat. Turunkan harga minyak, PTPTN tanpa bunga yang tinggi, bantuan pada yang miskin dan mewujudkan negara berkebajikan.
Adakah mereka hanya mahu terhegeh-hegeh mendampingi rakyat tatkala Pilihanraya sahaja?
Rumah pemimpin didirikan sebesar-besarnya. Bawa anak isteri ke Disneyland. Rakyat dibiarkan kesusahan.
Heh!
Jurang miskin dan kaya kita semakin melebar. Tekanan ekonomi menyebabkan mereka melakukan jenayah.
Rakyat jugalah yang menjadi mentimun!
Penjenayah kecil diburu, penjenayah kolar putih yang menyulap berbilion-billion ringgit terus hidup senang dan selesa.
Barangkali kita terlupa bahawa masih ada orang yang hidup di bawah paras kemiskinan di Malaysia ini, walaupun sudah 52 tahun kita merdeka.
***
Saya secara peribadi menggemari buku luka rakyat tulisan Azizi hj Abdullah, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Azizi Haji Abdullah menyelami dan terus berusaha menelanjangkan reality social yang semakin tempang, yang sengaja dikekalkan oleh mereka untuk mengaut keuntungan daripada ketempangan pihak yang lemah. Luka rakyat adalah luka bagi mereka yang sedar betapa dunia reality sarat dengan cerita dan kisah luka dan duka. Adil, saksama, dan kesamarataan adalah kata-kata kosong, tiada makna bagi rakyat yang luka dek miskin dan tiada membawa erti bagi yang terus ditindas.- S.M Muhamed Idris, Presiden CAP dalam prakata buku ini.
***
Bersediakah saya menjadi dewasa yang bertanggungjawab pada negara dan agamanya?
3 ulasan:
bacalah puisi usman awang , pak utih (1) dan pak utih(2)
Pembeli yang tidak tahu menilai atau penjual yang hebat menipu?
dua2 pun bukan. cuma permainan politik.biasalah
Catat Ulasan