Khamis, Oktober 01, 2009

Kempen derma darah




Beberapa hari yang lalu, kolej saya telah mengadakan program derma darah di Dewan Utama (Great Hall).


Aktiviti ini telah dianjurkan oleh pihak Musolla Community (Muscom) dengan kerjasama Hospital Slim River.


Tahniah kepada ahli jawatankuasa Muscom yang terlibat terutamanya kepada Syakir & Aqiedah yang menguruskan program ini.


Program derma darah ini bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang. Namun, memandangkan kebanyakan pelajar mempunyai jadual yang padat dan hanya tamat kelas pada jam 4.10, program ini telah berlanjutan hingga jam 6 petang.


Terima kasih kepada para kakitangan hospital yang sudi bekerja lebih masa.




Pada hari itu, saya buat kali pertamanya telah menderma darah. yeah! Rekod baru telah tercipta.


Sebenarnya, saya tak nak pun derma darah. Takut jarum.


Tapi oleh kerana Haq yang bersungguh-sungguh mengajak, akhirnya saya turutkan juga.


Seronok rupanya menderma darah ni.


Alhamdulillah, saya layak untuk menderma darah.


Tekanan darah menghampiri paras normal, rendah sikit je. 118/80 mm hg


Kandungan haemoglobin yang normal, 16.8 gm/dl


Cuma berat badan je yang perlu ditingkatkan. Masih di bawah 50 kg.


Haih.


Berdasarkan ujian yang dilaksanakan, saya merupakan pemilik darah B.


Saya menjadi orang terakhir yang menderma darah pada petang itu. Para jururawat sudah hendak kemas-kemas katil, saya masih baring-baring lagi. Mahu tunggu darah berhenti.



Sakit ke tak?


Sebenarnya tak sakit pun. Sakit sikit je. Kesimpulannya, jangan la takut untuk menderma darah selepas ini.


Seronok sangat sebenarnya.


Tak tipu.


Ada sedikit info.



14 Jun setiap tahun telah disambut sebagai Hari Menderma Darah sedunia.


Ulama dan pemikir Islam terkenal Dr. Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa menderma darah adalah salah satu bentuk sedekah yang paling utama di zaman sekarang ini. Sebabnya menjadi aktiviti menderma darah dalam konteks ini bukan sekadar membantu, tetapi sudah sampai ke taraf menyelamatkan nyawa seseorang. Jadi nilainya sangat tinggi di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:

ومن أحياها فكأنما أحيا الناس جميعًا

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya”. (Al-Maidah: 32).



Aktiviti menderma darah sangat besar ertinya dan boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Satu unit darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa seperti demam denggi, mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah terutamanya musim perayaan, ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit Talasemia, pesakit Anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia, pesakit Haemifilia dan ramai lagi.


Dipetik daripada sini




Mahu baca laporan aktiviti ini daripada blog muscom? sila klik sini


Mari jayakan Kempen Derma Darah! =)

.


.

.

4 ulasan:

Nina Mazlan berkata...

ceh..
bangga plak dapat donate darah..
adeh..jeles tul..
bagus3..
lepas ni derma byk2..
bg pihak pet sis anda..
haha..
tekanan darah terlampau rendah..
101/67 mm hg saja..
isk3..
kesian lak kat org yg dapat nanti..
haxs!;)

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

syuk!! tenkiu jajan tu. menderma jajan dan juge darah =D

THALHAH berkata...

syabas bro~~

Syukri Sapuan berkata...

nina: tu la, tenang sgt..cuba depress2kn diri skit..baru tekanan darah naik.haha

ada: sama2

talhah:trimas2! ko bile lagi?

Related Posts with Thumbnails