Selasa, September 22, 2009

Catatan Aidilfitri





Satu perkara yang boleh membuatkan saya sedar akan hakikat bahawa saya sudah keluar daripada kepompong usia kanak-kanak adalah ketiadaan duit raya pada tahun ini.


Salam yang dihulur tidak lagi disertakan dengan sampul duit. Kosong semata-mata.


Haih.


Tidak mengapalah. Sebenarnya, di usia begini saya lebih cenderung untuk memikirkan akan hakikat sesuatu peristiwa dari sudut rohaniah, berbanding fizikal semata-mata.


Aidilfitri tahun ini disambut meriah. Pagi raya saya di blok 25, Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.


Kami tiba di rumah datuk & nenek pada malam raya. Lebih kurang jam 1 pagi, usai selesai segala urusan di kedai. Malam itu kedai ditutup lewat.


Pagi raya kami seperti tahun-tahun sebelumnya. Solat sunat Aidilfitri di masjid, diikuti dengan marhaban & ziarah sesama ahli blok.


Lazimnya ia akan habis menjelang waktu zohor.


Apa yang dapat saya perhatikan, bilangan anggota marhaban ini semakin bertambah dengan hadirnya ahli-ahli baru dalam kalangan menantu serta cucu penduduk blok.


Letih melayan adik-adik saudara yang ramai. Perjumpaan setahun sekali ini sememangnya dinantikan oleh sekalian keluarga.


Malam raya, kami pulang ke rumah. Tidak tahulah mengapa terlalu awal. Beginilah nasib kanak-kanak, tidak boleh selalu memprotes. Tiada kuasa veto.


Apa yang istimewa dengan raya di datuk & nenek saya?


Makanan?

Entahlah. Saya tak kuat makan. Antara juadah yang ada semasa hari tersebut adalah rendang, ketupat, lemang, lodeh dan kuih lopes.


Bagi saya, yang paling istimewa adalah kehadiran sekalian sanak-saudara, khususnya adik-adik saudara yang comel-comel belaka.


Sekian catatan ini.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.


marhaban di desa


menikmati juadah selepas marhaban



marhaban 2009


5 ulasan:

Dai berkata...

saya masih dpt duet raya... lalalalala~~~~


slamat hari raya. maafkan kesilapan lalu...

ABDUL LATIP berkata...

Saya pula Kalau yang masih belajar biasanya dapat juga duit raya walau sudah besar malah jumlahnya lebih dari yang kecil hehehe

Nina Mazlan berkata...

duit raya sy pun byk kak dai..hehe..org tua mmg patut tak dapat duit raya..kui3..
ermm..beznya marhaban..di besout sdh lama tak tgk org marhaban masa raya..
isk3..

Tanpa Nama berkata...

waa... ksian jeh.. sy still dapat duit raya.. haha.. awk kan dah dewasa mne boleh dpt duit raya.. haha.. ;-p

Syukri Sapuan berkata...

dai:selamat hari raya.maaf zahir dan batin

en abd latip:wah, bestnya!. mahu jadi anak buah tuan la gini.hehe.

nina: duit raya tu utk kanak2 ribena je..lalala~

selamat hari raya juga~

mastura: dewasa pun x la besar sgt...baru 18 tahun..hadei~

Related Posts with Thumbnails