Hari ini saya terasa macam mahu tidur lewat, mengidam berjaga sampai ke pagi. Asyik bukan?.
Peperiksaan tinggal satu subjek saja esok. IELTS. 3 jam waktu diperuntukkan untuk komponen-komponennya. Haih, lama juga kami di Great Hall.
Kadang-kadang saya memang rasa saya double-standard terhadap duniawi dan ukhrawi. Berjaga untuk belajar sampai lewat pagi boleh buat, tapi datang awal untuk subuh berjemaah liat pula. Pasti fikir banyak kali sebelum melangkah pergi. Penyakit Al-Wahan (cinta dunia, takut mati) sudah kronik barangkali.
Malam ini saya mahu kemas bilik yang bersepah umpama tongkang pecah ini terlebih dahulu sebelum pulang.
12 September 2008 adalah tarikh istimewa buat saya, khususnya untuk blog yang memuatkan tulisan saya ini. Hari ini sudah genap setahun blog 'Ranjau Dunia' diwujudkan.
1 Malaysia?? Bukanlah...
12 September 2008 adalah tarikh istimewa buat saya, khususnya untuk blog yang memuatkan tulisan saya ini. Hari ini sudah genap setahun blog 'Ranjau Dunia' diwujudkan.
Sekadar mengimbau memori lama, entri pertama pada blog ini ditulis pada jam 7.24 pagi. Usai saya pulang dari musolla. Komputer yang digunakan ketika itu adalah komputer di common room chalet saya. Kini, komputer yang berjasa itu tersadai sepi kerana sudah jarang-jarang dibuka. Kesemua chaletmate saya sudah membawa laptop masing-masing.
Komputer di common room yang sudah lama tidak digunakan. Salah satu faktor adalah komputer ini sudah uzur.
Seingat saya dahulu, saya mula menulis blog kerana tertarik dengan blogsphere di kolej saya. Ramai orang menulis blog di sini. Maka, saya juga ingin mencuba.
Mengapa 'Ranjau Dunia'?. Saya juga tidak pasti mengapa. Susah juga untuk memikirkan nama blog & url semasa mula-mula hendak mendaftar akaun . Namun, naluri saya kuat untuk menggunakan 'Ranjau Dunia". http://syukrisapuan.blogspot.com ?...saya fikir ranjaudunia itu lebih baik walaupun ia menghilangkan identiti nama saya.

Antara perkara yang sukar untuk dikendalikan pada awalnya adalah untuk menentukan tema dan gaya penulisan. Apabila saya membaca kembali tulisan-tulisan saya yang terawal, saya seakan mahu ketawa besar melihat kekekokan yang timbul kerana tiada satu gaya yang stabil. Entahlah. Saya rasa manusia perlukan masa untuk menemui gaya penulisan masing-masing. Saya juga masih mencari satu stail yang paling sesuai.
Setiap orang memiliki gaya penulisan yang berbeza. Bak kata saudara Huzaifah, perbezaan dalam setiap penulisan itulah yang menyebabkan wujudnya keunikan. Keunikan inilah yang mendorong manusia untuk membaca blog-blog yang bersesuaian dengan 'selera' mereka.
Semasa entri ini ditulis, bilangan hits adalah 9059. Jutaan terima kasih kepada para pembaca yang menyumbang kepada peningkatan angka ini. Juga kepada 59 orang followers saya. Terima kasih kepada kalian. Moga jumlah ini akan terus meningkat pada masa akan datang.
Tidak dilupakan kepada pemberi-pemberi komen yang setia. Kalian merupakan pemangkin semangat untuk saya terus mengemaskini. Juga kepada individu yang sering meninggalkan pesanan di shoutbox, petanda blog ini masih dikunjungi. (Penyebar SPAM terkecuali). Kepada silent reader, terima kasih juga kepada kalian.
Haih, dah macam ucapan penghargaan sempena Majlis Anugerah Cemerlang la pulak.

Hari Anugerah Cemerlang: Sumber dari google image
Nota kaki: Saya memang suka menulis. Semoga saya akan sentiasa dikurniakan ilham dan kudrat daripadaNYA untuk terus menulis. Mana yang baik daripada coretan-coretan saya ini moga dapat kita ambil pengajaran daripadanya. Insya-Allah.
6 ulasan:
Alhamdulilah.... dengan menulis blog... kita dapat menyampaikan pandangan kita terhadap org lain... juga boleh luahkan apa yg kita rasakan... ;)
benar ,
selamat ulang tahun ranjau dunia..semoga lepas ni blog anda lebih beranjau..hehe..
mastura: betul2. moga yang disampaikan itu ada manfaatnya pada org lain.
ain: benar.terima kasih atas komen anda dan kesudian berkunjung ke sini.
nina: trimas! moga terus lestari dalam dunia penulisan blog
ye..tahniah dan selamat maju jaya~~
selamat hari lahir ranjau dunia!
Syabas~~
Catat Ulasan