Jumaat, September 11, 2009

Sinar hujung terowong




Satu hakikat yang perlu saya gumam sepanjang kehidupan ini adalah realiti bahawa langit tidak akan selalu cerah.


Terkadang pasti ada mendung yang berarak mengekori setiap gerak-geri.



Gambar dari google



Dugaan ini mesti buatkan kau jadi lebih kuat. Cabaran itu mematangkan fikiran, menjadikan emosi lebih bersedia untuk dugaan lebih besar serta melatih erti sabar & ikhlas.


Maka, jangan cepat mengalah ya?


Sabar dan tabah harus menjadi aset jiwamu. Selagi nadi masih berdenyut, selagi itulah kita akan diuji. Diuji dan terus diuji.


Dan, jikalau kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya: Surah Ibrahim-34


Jangan takut pada bayang-bayang sendiri. Teruskan melangkah dengan gagah. Usah duduk di atas masalah, tapi berusaha untuk menggerakkannya.


Soalnya bukanlah sama ada anda tewas ataupun tidak, tetapi sama ada anda mampu bangun kembali atau tidak.


Membenarkan diri mengkritik orang lain sedangkan tidak membenarkan pengkritikan berlaku pada diri sendiri adalah satu pencabulan terhadap nilai intelektual.


Jangan biarkan diri dipandu emosi. Ambil masa untuk bertenang. Jika anda bersedia untuk memulakan, maka harus juga bersedia untuk mengakhirinya.

Berani bermimpi. Tanpa keberanian, mimpi tidak akan bermakna.


Yang berlalu biarkan berlalu; yang mendatang hadapilah dengan cemerlang. Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan.


Jangan hilang rasa percaya diri. Semua orang dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan. Manfaatkan ia di jalan kebenaran.


Berjanji dengan saya ya ?

Rileks sudah~


Diwajibkan atas kamu untuk berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. : Surah Al-Baqarah-216






3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasa ada betullah... bila hidup sejak jadi remaja kehidupan akan mnejadi lebih mencabar...

Syukri Sapuan berkata...

mastura: yup. terima kasih atas perkongsian anda. inilah kehidupan namanya.

THALHAH berkata...

terngiang lagu hijaz..

hidup tidak selalunya indah..
langit xselalu cerah..
suram malam xberbintang..
itulah lukisan alam..

~mcam xmasukje..whatever~~

Related Posts with Thumbnails