"Ke mana lepas ni ? Pudu ataupun Tanjung Malim?", tanya seorang teman selepas tamat program di Kalumpang Resort semalam.
"Pudu. Nak ke selatan," ringkas saja saya menjawab.
"ooo.." dia membalas dengan menyebut abjad tunggal itu.
Kami telah berkampung selama 3 hari 2 malam di sebuah pusat aktiviti tepian sungai. Alhamdulillah, Muslim Youth Camp( MYC) telah selamat dianjurkan dengan jayanya pada 12-14 September, sebaik sahaja cuti kolej bermula.
Terima kasih kepada semua super senior, ajk yang terlibat serta para peserta yang telah meluangkan masa cuti masing-masing.
Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang tentang aktiviti sepanjang MYC di dalam entri ini. Lagipun saya sedang berhutang satu entri tentang laporan MYC di dalam blog Muscom. Tidak tahu mahu tulis apa di sana.
Secara ringkasnya, program tersebut memang menarik. Rugi pada sesiapa yang tak pergi. Seharian kami menghabiskan masa bersama Ustaz Hasrizal dan ada satu slot bersama YB Nik Nazmi (ADUN Seri Setia & Alumni KYUEM). LDK bersama para super senior juga tak kurang hebatnya. Tahniah kepada JPah & krewnya atas usaha keras kalian. huhO~
MYC merupakan program ke-4 saya bersama super senior. Maka, aktiviti dalam program sudah berada dalam jangkaan saya. Awal-awal lagi kami telah diingatkan supaya meletakkan zero expectations.
Saya rasa saya tidak rajin untuk membongkar semula dapatan daripada program tersebut untuk dicoret di sini.
Baiklah, tutup topik MYC.
Usai tamat program tersebut, para peserta pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya ke Puduraya untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.
Tiket bas saya ke Kota Tinggi adalah pada jam 11.59 tengah malam, pada hari tersebut. Saya perlu naik bas di Bukit Jalil kerana semua bas ke Selatan pada musim perayaan ini akan menunggu di sana.
Kami tiba di Puduraya pada jam 4 petang. Memandangkan masih terlalu awal untuk saya mencari tempat berbuka, di samping rasa cuak untuk berjalan seorang diri memandangkan kadar jenayah yang semakin meningkat, saya mengambil keputusan untuk berbuka & lepak di rumah rakan terlebih dahulu. Terima kasih kepada Burhan dan keluarga yang begitu baik hati untuk menerima saya sebagai tetamu mereka.
Jam 6 petang, kami ke Bazar Ramadhan Setiawangsa. Ini baru kali kedua saya ke bazar Ramadhan pada tahun ini. Saya terserempak dengan skyn yang katanya tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut.
Azan berkumandang jam 7 lebih. Kami pun berbuka.
Saya berehat di rumah keluarga Burhan sehingga kira-kira pukul 9.30 malam. Kemudian pak cik beliau menghantar saya ke Bukit Jalil. Terima kasih sekali lagi pada pakcik beliau yang baik hati.
Hanya apabila di Bukit Jalil, barulah saya memulakan 'ekpedisi solo'. Jam di tangan kiri saya menunjukkan waktu masih awal. 10.30 malam. Orang tidak begitu ramai. Mungkin kerana ramai yang tidak memilih untuk pulang malam, ataupun kebanyakan IPT masih belum mula cuti. Itu cuma agakan saya saja.
"Arg..aduh...dahaganya" saya mengerang apabila tekak terasa dahaga.
Tiba-tiba saja jadi begini. Mengidam lagi agaknya.
Lantas saya mengorak langkah ke gerai air yang berhampiran. Membelek-belek air tin sejuk di dalam sebuah bekas ais. Terliur.
Setelah beberapa detik mengadakan pertimbangan ringkas, saya memilih air tin lemon.
" Berapa ringgit ni bang?"
"2 ringgit"
Dahi saya berkerut.
"ni ye duitnya bang"
Dalam perjalanan pulang ke tempat duduk, saya menyumpah-nyumpah di dalam hati. Haih, mahal betul air tin 2 ringgit. Peliknya. Ke aku yang dah lama tak keluar dari hutan tu sampai harga air tin semasa pun tak tau. haih. saya bermonolog sendiri.
Bagi meredakan rasa kepelikan, saya membuat agakan bahawa faktor sewa tapak yang mahal serta diri saya ini yang sudah terlalu lama tidak pergi ke ibu kota sampai tak tau harga air tin semasa sebagai puncanya.
Ok.fine. monolog hati saya.
Saya menyeluk poket seluar, mengambil telefon bimbit yang sudah berkali-kali rosak walaupun baru 2 tahun digunakan.
Music player dipilih.
Lebih baik saya melayan rangkaian lagu-lagu hindustan seperti Mohabbatein, Koi Mil Gaya, Kuch Kuch Hota Hai dan yang lain-lain sementara masa masih panjang.
Tangan dan bahu tiba-tiba bergerak sendiri petanda irama sangat rancak.
Sebenarnya, saya tidak pernah minat lagu-lagu hindustan sebelum ini. Hanya selepas baru-baru ini telefon bimbit saya buat hal lagi. memory card sudah diformat tanpa saya ketahui puncanya. Maka, dalam usaha untuk saya masukkan kembali lagu-lagu ke dalam telefon bimbit, saya telah terjumpa rangkaian lagu hindustan di dalam komputer riba saya. Mungkin disedut sama semasa saya mengambil lagu daripada rakan-rakan.
Entahlah.Memang sejak akhir-akhir ni saya suka buat aktiviti pelik.
Jam 11.45, saya pergi ke platform 5, iaitu platform untuk bas Transnasional. Bas ke Kota Tinggi tiada.
Setelah diselidiki, rupa-rupanya saya akan menaiki bas Johor Bahru. Nanti akan tukar bas semasa di Machap. Ni mesti pasal kes bas tak ramai penumpang. Saya pernah naik bas KL-Jb dengan hanya 3 penumpang saja. Kasihan.
Apa yang menarik tentang bas ke Johor Bahru ini adalah bas itersebut adalah bas dua tingkat. huhO~. Selama ini seorang kawan saya sering saja 'berlagak' apabila katanya berpeluang menaiki bas dua tingkat "Sani Express" ke Kuantan. Kali ini dia sudah tidak ada point.
Bas bergerak jam 12.10 malam dengan kapasiti hampir penuh. Angin malam yang dingin membuatkan ramai yang terlelap dalam dakapan lembut penghawa dingin.
Di Machap, kami bertukar bas. Kami menaiki bas untuk ke Kota Tinggi dan Kulai.
Jam 4.40 pagi, akhirnya kami tiba dengan selamat di Kota Tinggi. Hanya 4 jam 40 minit masa yang diambil. Perjalanan KT-KL saya sebelum ini pernah mengambil masa 7 jam, kerana masalah bas.Selalunya kerana tayar bas pancit .
Oleh kerana hari masih gelap, saya tidak dapat mengesan sebarang perubahan besar pada bandar Kota Tinggi.
Saya sudah lebih kurang 3 bulan tidak balik rumah.
Apa yang saya kesan pagi tadi hanyalah pembukaan sebuah pasaraya baru, Econsave.
Nantilah, saya akan ronda-ronda lagi bandar Kota Tinggi ini.
Nota kaki: Salah satu perkara yang indah untuk diingati mengenai Kalumpang Resort adalah air sungainya yang dingin serta persekitarannya yang hijau.

7 ulasan:
wa..same cam erna r..ske lagu hindustan..
sehati sejiwa tol pet family ni..hehek.
Mana sajak Kalumpang?
Atiqah: ceh,xde kaitan
anonymous: ada tp sajak itu nk dihantar ke majalah. prinsip saya adalah kalau dak tersiar baru letak kat blog. takut-takut kalau ada orang plagiat
huhu, slamat bersajak la yer...
Jgn obses ngan skolah sgt...
jpah: terima kasih
ala biasa la obses dgn sekolah..
sebenarnya perkataan yang lebih tepat adalah cintakan sekolah
tau la dia xde junior rawang,,hoho~
sebelum tu..hampeh gila atiqah..siap ko blk nnt..ngee..
k..kembali ke topik asal..
wahh..air tin pun menimbulkn kontoversi??mmg pelik..
lmbatnya sampai..masa tu da dibuai mmp..hehe..
nina:biasa la..ni semua teknik penulisan je..sja je nak ada benda utk ditulis
Catat Ulasan