Ahad, September 14, 2008

Pagi yg indah...



IT IS NOT THE MOUNTAIN THAT WE CONQUER BUT OURSELVES


pagi ini segalanya ku rasakan semacam tidak kena...barangkali kerana pagi tadi aku terlewat bangun untuk mengerjakan amalan sunat di bulan puasa,bersahur...selesai solat subuh, jariku ini terus menari-nari di atas keyboard utk mencoretkan sesuatu pada blog ini..

perancanganku pada hjg minggu ini adalah menyiapkan esei sempena pertandingan mengarang esei anjuran jabatan standard Malaysia...sebenarnya, perkara utama yg membuatkanku utk memasuki pertandingan ini adalah kerana aku berjaya memperoleh hadiah saguhati pd pertandingan yg dianjurkan oleh jabatan ini pada tahun lepas..walhal, aku merasakan bahawa esei yg kukarang pd tahun lepas itu bukanlah sebuah esei yg mantap utk memenangi mana2 pertandingan..hal ini kerana, esei itu dihasilkan dalam kesibukan aku mengatur persiapan menghadapi SPM... mungkin dalam ruang masa yg lebih lapang serta kemudahan yg ada ini, aku akan dapat menghasilkan sesuatu yg lebih berkualiti..aku tidak begitu berharap utk memenangi pertandingan itu, kerana bagiku apa yg lebih penting adalah kita mesti mencuba dan melakukan yg terbaik..aku berharap aku akn dapat menyiapkan esei ini secepat mungkin agr aku dapat mengulangkaji pelajaran selepas ini...

mengikut perancangan, esei itu sepatutnya dapat ku siapkan pada mlm td...namun,secara tiba2 pd mlm td suhu badanku meningkat serta pandanganku berpinar..maka terpaksalah aku merehatkan diri..aku juga sdg giat melakukan proses 'brainstorming' agar idea2 yg diperoleh lebih mantap...kedatangan fairoza ke bilikku pd ptg smlm sedikit sbyk telah membantu utk melakukan draf kasar..terkenang pula sewaktu di sekolah dahulu, aku sering melakukan 'brainstorming' dgn talhah dan farid fauzi tatkala hendak mengatur strategi ataupun sbg persiapan utk menyampaikan tazkirah..

nampaknya, sekian sj dariku pada masa ini...



GENIUS

is one percent inspiration
and ninety-nine percent perspiration

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails