Memaparkan catatan dengan label Sains Kota Tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sains Kota Tinggi. Papar semua catatan

Selasa, Mei 08, 2012

Tentang harapan


(1)

Hari ini -  tempat saya belajar dikunjungi oleh pelajar yang datang untuk temuduga Kursus Perguruan Lepasan SPM (KLSPM). Pelajar-pelajar ini saya perhatikan -  ditemani oleh keluarga masing-masing.


(2)

DALAM kehidupan yang baru hendak mendaki angka awal 20-an ini, ada beberapa kata-kata daripada orang sekeliling yang sering bersipongang di dalam jiwa saya. Kata-kata ini sering sahaja berngiang-ngiang di cuping telinga dan membuatkan saya selalu bermenung panjang.


Antaranya adalah kata-kata daripada seorang guru saya semasa mengikuti satu kem motivasi sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


“Apabila kamu sudah berkahwin dan menjadi bapa, barulah nanti kamu memahami bagaimana perasaan seorang bapa.” Tutur guru saya itu di hadapan pelajar tingkatan 5 yang sedang menghitung hari untuk menduduki SPM.


Saya yang ketika itu baru berusia 17 tahun hanya mengangguk tanpa menghadam kata-kata penuh makna tersebut. Kem motivasi anjuran pihak sekolah itu tamat setelah 3 hari dilangsungkan dan kami meneruskan rutin pembelajaran seperti biasa sehinggalah hari terakhir SPM.



Kenangan Tahun 2007


Seiring dengan pertambahan usia dan kematangan fikiran, saya mula faham bahawa sesetengah perkara yang kita pelajari pada hari ini hanya akan mampu kita fahami beberapa tahun kemudiannya. 


Saya berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di selatan tanah air. Berada di peringkat pendidikan yang lebih tinggi selepas SPM memberi saya ruang untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat yang beraneka karenah dan pandangan alam.


Semasa di IPG, saya pernah beberapa kali diamanahkan sebagai ahli jawatankuasa sambutan semasa hari pendaftaran pelajar baru. Tanggungjawab yang perlu saya laksanakan ialah menyambut pelajar dan ibu bapa yang tiba untuk mendaftar. Saya perlu untuk memastikan tetamu yang tiba berasa seronok di tempat baru dan dapat menyelesaikan segala urusan dengan lancar. 


Saya sedar bahawa ada sejalur cahaya harapan pada wajah ibu bapa ini. Mereka datang mendaftar bersama segunung pengharapan agar anak-anak mereka bisa dilentur menjadi manusia yang bermanfaat kepada masyarakat. Di penghujung hari pendaftaran, ibu bapa lazimnya akan meninggalkan anak mereka di kolej kediaman bersama kata-kata yang berbumbukan amanat dan harapan.


Misalnya, “Belajar rajin-rajin” ataupun “Solat jangan tinggal.”  


Interaksi ini walaupun ringkas namun tetap mengandungi kata-kata penuh makna. Ibu bapa sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Pada detik-detik beginilah, butir perkataan yang diucapkan oleh guru sekolah saya dahulu kembali muncul di kotak fikiran.


Seorang anak akan lebih memahami bagaimana perasaan seorang bapa apabila dia sendiri menjadi bapa. Apabila si anak memasuki fasa-fasa baharu di dalam kehidupannya, misalnya, memasuki tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi – seorang bapa akan sentiasa mengharapkan anaknya akan segera dapat menyesuaikan diri dan dapat menjadi menjadi manusia yang lebih baik.


Situasi yang hampir sama juga dapat saya rasai semasa menjadi fasilitator kem-kem motivasi cuti sekolah untuk para pelajar sekolah rendah. Ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka yang ligat-ligat kepada barisan fasilitator dengan wajah penuh harapan agar anak mereka memperolehi sesuatu yang bermanfaat dan berubah menjadi manusia yang lebih baik.




Pada wajah mereka, ada sebongkah harapan yang harus kami galas.


(3)

Kadangkala, perlu untuk kita menekan butang pause di dalam diri – berhenti sejenak, menarik nafas dalam-dalam, beristighfar dan kembali merenung harapan yang disandarkan oleh keluarga. Sebagai remaja yang darah mudanya sedang membuak-buak kepanasan, bukanlah satu kewajaran buat kita untuk bertindak semberono tanpa berfikir panjang. Nikmat usia muda harus digunakan sebaiknya dengan mempersiapkan diri untuk membina keluarga dan ummah yang bervisikan akhirat agar kelangsungan generasi yang beriman dan bertakwa akan dapat diteruskan.


Harapan paling besar ibu bapa kepada anaknya ialah anak tersebut akan dapat menghulurkan ‘talian hayat’ apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini ; sepertimana yang diungkapkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


Tepuk dada, sukat usaha. Sejauh mana kita memenuhi harapan mereka?


Khamis, September 29, 2011

Angka II


Sewaktu mula hendak menulis entri ini, saya terasa-rasa bahawa saya pernah menulis sesuatu tentang angka dan usia dalam entri sebelumnya.


Dan setelah diperiksa, ternyata telahan saya itu benar. Saya pernah menulis entri bertajuk Angka pada Januari 2011.


"Usia hanyalah angka. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita mengisi angka-angka tersebut." Kata guru sekolah menengah saya dahulu sewaktu mengiringi saya pulang daripada Pertandingan Anugerah NILAM peringkat negeri Johor 2007.


Dan Alhamdulillah, kemenangan dalam pertandingan peringkat negeri telah memberi peluangkepada saya untuk mewakili negeri Johor dalam Pertandingan Anugerah NILAM peringkat kebangsaan pada tahun 2007, bertempat di Kuala Lumpur.


Walaupun tewas dalam saingan peringkat kebangsaan, ia tetap sebuah pengalaman yang mengujakan. Dan sehingga hari ini, saya akan berasa semacam rendah diri jika menjadi alumni peserta pertandingan NILAM yang tidak terus membaca, atau sekurang-kurangnya menjadi seorang manusia yang malas berfikir, dan tidak mampu mengeluarkan pandangannya sendiri (berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai)


Dan itulah masalah saya.


Saya kadang-kadang seakan mahu bersetuju dengan teori sendiri bahawa manusia menjadi tertutup pemikiran kerana terlalu rendah tempat mereka berdiri. Oleh itu, mereka tidak melihat sesuatu daripada pada sudut pandangan yang luas. Bird view.


Kalau mereka berdiri di tempat yang lebih tinggi, menara misalnya, mereka akan dapat lihat sesuatu itu dengan lebih menyeluruh. Makanya, saya suka sekali jika kita memulakan melihat sesuatu itu daripada gambaran besar terlebih dahulu, sebelum turun ke gambaran-gambaran yang lebih kecil.


Setiap generasi ada cabarannya. Dan menurut seorang kawan, masalah kita pada hari ini adalah kemarau intelektual dalam banjiran graduan. Tentang apa itu definisi intelektual, tidaklah saya ketahui dengan sepenuhnya akan pengertiannya. Ketidakupayaan intelektual untuk mempengaruhi masyarakat adalah musibah buat kita.


Kata kawan itu lagi, kematian dan kehilangan tokoh-tokoh ilmuwan tidak diratapi dan dirasai oleh masyarakat (dan ditulis dalam ruangan yang kecil dalam akhbar), sedangkan kematian dan kehilangan figura-figura hiburan menjadi berita sensasi yang menggemparkan masyarakat (dan berita tentangnya mengisi penuh dada akhbar dan menjadi sebut-sebutan orang ramai berminggu-minggu lamanya)


Dan ketika angka-angka usia saya bertambah, apa yang perlu saya isi ke dalamnya?


Menjadi anak muda yang kurang pengalaman hidup - berdarah panas - gelojoh - tidak hemat - tidak taat - dan sering dilabel dengan pelbagai label (negatif) oleh masyarakat (warga tua) bukanlah satu rutin yang nikmat.


Dan kadang-kadang petikan kata orang Inggeris, Life Begin at 40 - selalu menari-nari di gendang telinga.


Bagaimana agaknya menjadi seorang lelaki pada usia 40 tahun? - Yang dibayangkan - emosi yang sudah stabil, kaya pengalaman, kewangan yang mulai stabil, sudah mencapai beberapa matlamat hidup dan beberapa lagi bayangan yang muluk-muluk.


Dan ketika usia sudah mendaki tangga 20, tika merenung dalam-dalam - pernahkan engkau menggeleng-geleng kepala - Istighfar - dan kemudian tergelak-gelak dan tersenyum sendirian mengenangkan kerja-kerja merepek yang pernah dilakukan - kesan daripada terlalu rendah tempat engkau berdiri dan kegagalan untuk melihat (meramal) masa depan.


Engkau selalu berada rendah diri kerana mengganggap engkau adalah seorang lelaki pengalah (loser), yang tidak punyai apa-apa bakat dan keistimewaan.


Betapa angka itu sedang engkau cuba isi sedikit demi sedikit, agar bila dewasa kelak - engkau menjadi seseorang yang memiliki.


Dan sepanjang hari ini - saya berharap (dan berdoa) agar PRU 13 diadakan lewat-lewat sedikit. 2 Januari tahun depan, saya mahu mendaftar sebagai pengundi. (1 Januari 2012 - Hari Ahad - Pejabat Pos tutup)


Ahh - lambatnya hendak mencicip angka 21 dan terlibat menentukan hala tuju negara.


Khamis, Februari 24, 2011

Kelas pertama



Adapun kali terakhir saya menjadi pelajar sekolah menengah ialah kira-kira 4 tahun yang lalu - maka tidaklah saya ketahui sangat tentang apa yang sedang berlaku di sekolah menengah saya itu ketika ini.


Cuma sewaktu tahun-tahun akhir saya di situ - pengetua kesayangan kami itu sibuk benar memperkenalkan visi menjadikan kami sebagai pelajar berminda insan kelas pertama.


Tentang apa itu definisi pelajar berminda insan kelas pertama - saya sendiri pun tidak tahu hendak menerangkan bagaimana rupa bentuknya.


Yang saya pasti - insan kelas pertama itu pastinya ada kaitan dengan yang muluk-muluk.


Cuma pagi ini ketika saya bangun hendak siapkan diri untuk kelas - apabila nampak sinki tandas kolej kediaman bertakung - saya tahu bahawa ini mesti kerja orang tidak berminda kelas pertama.


Apakah logiknya jika saki-baki nasi dicurah terus ke dalam sinki semasa rice cooker hendak dibasuh. Tersumbatlah jawapannya.


Kemudian - esok pagi tunggu cleaner datang untuk bersihkan. dan esok awal-awal pagi saya akan jumpa lagi.


Anda tentukan.


Khamis, Januari 27, 2011

Jangan tidur lagi.



Suatu hari - sekitar penghujung tahun 2007, di satu subuh yang dingin - kami dikejutkan oleh pengumuman daripada pembesar suara asrama.


Sebenarnya pengumuman itu biasa saja. Malah hampir setiap pagi - pihak warden (jika mereka rajin) akan mengejutkan warga asrama dengan mikrofon yang bunyinya akan membingitkan gegendang telinga kami.


Selalunya - mereka akan kata - saya nak tengok awak semua ada kat surau kejap lagi, yang laki saya tahu ada 5 saf setengah. Kalau tak cukup nanti saya naik asrama!


Cuma pagi itu dalam kemamaian - semasa sedang bergelut samada hendak celik atau terus lelap - saya menangkap kata-kata yang sedikit berlainan. Ada tambahan ayat.


Awak semua kena lawan rasa ngantuk tu. Awak kalau tidur sampai tengahari pun tetap rasa nak tidur lagi. Lawan la sikit perasaan tu. Sekarang semua bangun, siap-siap & pergi surau.


dan ayat ini terus menghantui saya setiap pagi sejak 3 tahun yang lalu.







Ahad, Disember 19, 2010

Selamat pengantin baru - edisi awal

Setelah sekian lama tidak membuka facebook, hari itu saya terkesima setelah menerima satu jemputan events.






Kawan setingkatan saya (Fatin Hanisah) akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari 2011. Saya pernah sekelas dengan Fatin pada tahun 2003, di kelas 1 Baiduri (gambar bawah). Selain itu dia juga pernah berada dalam organisasi Majlis Asrama SM Sains Kota Tinggi (MAJASTI) sessi 2006/2007 sebagai ketua aras.

Tahniah kepada Fatin yang akan menjadi pelajar pertama daripada batch SPM 2007 yang melangkah ke alam perkahwinan. Semoga ikatan yang bakal dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.



(Fatin Hanisah: Baris kedua hujung kanan)



Khamis, September 02, 2010

Tentang inspection

Sewaktu berada di tingkatan satu - antara perkara yang saya (baca:kami ; pelajar tingkatan 1) kurang gemar ialah pemeriksaan asrama, ataupun inspection.


Bukannya malas - cuma aktiviti ini agak memenatkan dan mendera mental. (alasan.haha)


Inspection selalunya diadakan pada pagi Sabtu - selepas sarapan, kira-kira jam 9 pagi. Pelajar akan pergi ke kelas untuk prep pagi selepas inspection. Pada waktu inilah pengawas (di sekolah saya dikenali sebagai Majlis Hal-Ehwal Pelajar - MAHER) akan memeriksa tahap kebersihan dorm-dorm di asrama.


Asrama SM Sains Kota Tinggi



Usai menikmati sarapan di Dewan Sri Balau - kami akan bergegas balik ke dorm untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.


Di asrama sekolah saya, pelajar tingkatan satu dikumpulkan di dorm yang tidak bercampur dengan senior. Semasa berada di tingkatan dua, barulah kami ditempatkan di dorm yang bercampur dengan pelajar tingkatan dua hingga lima.


Antara skop tugas yang perlu dilakukan ialah memgemas loker, sapu lantai, bersihkan tingkap, sapu aras, bersihkan bilik-bilik aras, bersihkan kipas dan yang seumpama dengan itu.


Selepas pemeriksaan dorm dijalankan, MAHER akan memberikan ulasan tentang tahap kebersihan. Mungkin kerana kami pelajar tingkatan satu yang naif, abang-abang MAHER yang memeriksa itu memang suka marah-marah. Tahan sajalah telinga.



Ini tak kena, itu tak kena. Cadar katil tak cukup string. ada habuk kat tingkap paling atas. ada kertas kat bawah loker. ada habuk lagi kat bawah tikar. keceriaan serabai. rak kasut tak bersih. dan seribu macam yang lain. Pendek kata - semua serba tak kena.


Haih. Sabar ajelah.


Pada pagi Ahad pula - kami akan bergotong-royong membersihkan surau, berselang-seli dengan pelajar tingkatan dua.



Pada tahun 2003 itu juga - sekolah saya menyertai Pertandingan Sekolah 3K (Kebersihan, keceriaan dan keselamatan - kategori Sekolah Berasrama Penuh.



Ketika hari pemeriksaan oleh panel penilai hampir menjelang tiba - setiap hari akan dijalankan gotong-royong membersihkan asrama dan sekolah. Ketika ini, kawasan angkat kelas saya ialah di kawasan ampaian lelaki. Maka setiap petang kami akan ke sana.



kelas tahun 2003 : 1 Baiduri


Pernah pada satu tengah malam itu - ahli dorm saya semuanya dikejutkan daripada tidur dan diminta untuk mengemas bilik stor aras. Dengan muka mamai itulah kami sama-sama mengemas. Seorang daripda kami belot dan sambung tidur di bawah katil. (cis.haha)



Alhamdulillah - pada tahun itu sekolah saya menang Pertandingan 3K peringkat Kebangsaan - kategori Sekolah Berasrama Penuh.



Kami ingat kerana tika itu tenaga kami dikerah bergotong-royong habis-habisan.



Masuk pertengahan tahun 2004, saya menang pilihanraya MAHER - diikuti kemenangan pada tahun 2005 dan 2006. Maka tugas saya kini ialah memeriksa dorm-dorm.



Sesetengah perkara - bila kita ulang-ulang buat akan jadi bosan juga. Demikianlah dengan saya. Jika dahulu saya lihat orang yang memeriksa dorm ini seakan seronok saja , bila saya sendiri yang perlu buat tugas tersebut - lama-kelamaan akan muak juga.

Dataran HICOM - tempat roll-cal, perhimpunan selalu diadakan
- juga tapak latihan kawad kaki :)



Dan apabila pada tahun 2006 - saya perlu mengetuai tugas memeriksa asrama bersama sahabat Majlis Tertinggi - ia menjadi semakin menarik. (dan kadang-kadang muak - oleh kerana itu saya kadang-kadang terfikir - adakah warden di asrama sekolah saya itu tidak muak menjalankan tugas mereka?)

Selepas pemeriksaan asrama - akan diadakan perhimpunan ringkas di hadapan koridor dorm masing-masing. Tika itu, saya perlu memberi sedikit ucapan, peringatan, nasihat atau apa-apa sahaja.



Dalam pertengahan tahun 2006 - berakhirlah perkhidmatan saya di dalam organisasi MAHER dan saya begitu gembira untuk tidak memeriksa dorm - dan sekadar hanya menunggu MAHER datang memeriksa - sama seperti sewaktu saya berada di tingkatan satu dahulu (sudah pasti tanpa adegan marah-marah)


SAKTIAN (2003-2007)


Isnin, April 12, 2010

Hari-hari akhir




" Never give up before you even try.

Nothing is really over until you stop trying.
Never say it's impossible before you pursue the way you think it's possible.
Never make yourself feel less worthy by comparing yourself with others.
Never allow obstacles to stop you.
COnfront and transform them to opportunities.
Believe in working hard towards your future.
Take a step at a time to reach your goals.
Always believe in yourself.
Your happiness is in your hands..for it you keep staying positive, you can make your dreams come true!"


~Quotation dari sebuah penanda buku.






Saya selalu sangka bahawa malam itu masa untuk manusia tidur.

Iyalah, memang secara fitrahnya malam memang sesuai untuk melelapkan mata. Siang tidak sesuai.


Saya mula tahu hakikat bahawa malam tidak semestinya dihabiskan dengan tidur, sewaktu berada di sekolah menengah, terutamanya semasa tahun-tahun akhir di sana.


Membuat pembetulan soalan peperiksaan chemistry sebanyak 9 kali (kerana dapat gred G9 semasa peperiksaan) merupakan pengalaman pertama saya berjaga sambil membuat kerja hingga ke subuh.


Kemudian malam juga digunakan untuk kami berlatih kawad kaki hingga jam 2 pagi (dan kemudiannya berjaya menang di peringkat kebangsaan) Esoknya kami tersengguk-sengguk beramai-ramai di kelas.


Juga malam selepas asrama light-off adalah waktu untuk saya memulakan kerja-kerja akademik, mengulangkaji apa yang patut. Iyalah masa orang lain sibuk prep, saya sibuk (ataupun buat-buat sibuk?) dengan kerja-kerja ketua pelajar.


Serius. sebenarnya saya rindu saat-saat stay up dengan kawan-kawan, terutamanya dengan Thalhah Zainal.


***



Hari ini 11 April 2010. Isnin. Tika ini jam laptop saya pukul 4.40 pagi.


Kalau menurut countdown yang saya kira, peperiksaan A-Level saya hanya tinggal genap sebulan saja lagi (30 hari). Sekarang di kolej saya musim trial. Sudah berlalu satu minggu, masih ada satu minggu yang lain.


Minggu lepas saya sudah duduki 7 papers, minggu ini mahu habiskan 6 lagi.


Serius. Saya risau sebenarnya. Sudah pasti saya mahu lakukan yang terbaik untuk peluang terakhir ini. Saya mahu ke Sheffield, ataupun Liverpool.


Oleh itu saya mesti fokus untuk hari-hari terakhir ini. Kurangkan masa tidur, fokus pada kelemahan-kelemahan. Lebihkan masa untuk mengulangkaji pelajaran, jadi lebih serius.


Yang berlalu biarkan berlalu, yang mendatang ini kita hadapilah dengan cemerlang. Jangan malu berhadapan dengan kegagalan, tetapi malulah jika tidak bangkit daripada kegagalan.


Memetik tulisan daripada sebuah buku, sekiranya anda fikir anda akan kalah, anda sebenarnya telah kalah. maka jadilah optimistik. Orang tabah memulakan perjalanan menuju kejayaan ketika orang lain sudah berputus asa.


Saya yakin saya boleh, sejarah telah membuktikan.


Semasa tingkatan 5 dahulu, ranking saya pernah jatuh teruk. Ketika itu memang musim 'sibuk', selalu tiada di sekolah & kelas. Hampir semua subjek sains gagal, dapat G9 - cikgu marah-marah.


" Ketua pelajar pun fail chemistry." Jerkah guru tersebut.


Tapi saya boleh bangkit juga bukan? Kali ini saya juga boleh bangkit. Pedulikan kata-kata orang lain. Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza-beza. Soalnya, bukan apa yang dilihat tapi bagaimana cara kita melihat.



Untuk hari-hari terakhir ini, saya yakin saya juga boleh.



.

.


.

.

.



Pure Mathematics 1 / Statistics 1 / Pure Mathematics 3 / Mechanics 1

Economics Paper 1 / Economics Paper 2 / Economics Paper 3 / Economics Paper 4

Physics Paper 1 / Physics Paper 2 / Physics Paper 3 / Physics Paper 4 / Physics Paper 5


.

.

.

nota kaki:
ada menonton sebuah filem yang menarik baru-baru ini, 3 idiots. Mengidam untuk 'membedah filem itu, tapi tidak punya kelapangan masa. Nanti selepas peperiksaan ya?

baca berkenaan filem 3 idiots di wikipedia.



Two roads diverged in a yellow wood / And sorry I could not travel both - Robert Frost, The Road Not Taken.




Selasa, April 06, 2010

SPM 2009



SPM 2009 : Rankings for Govt-funded boarding schools (SBP)



1(1) .SM SAINS SEREMBAN 0.9709(1.612)

2(2) .KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.1357(1.680)

3(6) .SBP INTEGRASI GOMBAK 1.2478(1.883)

4(3) .SM SAINS ALAM SHAH 1.2876(1.754)

5(29) .SEKOLAH TUN FATIMAH 1.2901(2.221)

6(9) .SBP INTEGRASI RAWANG 1.3176(1.951)

7(4) .SM SAINS MUAR 1.3487(1.834)

8(23) .SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.3537(2.143)

9(8) .KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.4749(1.930)

10(28) .SEKOLAH SERI PUTERI 1.4866(2.188)

11(7) .SM SAINS JOHOR 1.5394(1.906)

12(13) .SM SAINS HULU SELANGOR 1.5477(2.014)

13(30) .SBP INTEGRASI JEMPOL 1.5526(2.248)

14(32) .SM SAINS MACHANG 1.553(2.269)

15(27) .SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.5656(2.193)

16(26) .SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.6152(2.198)

17(44) .SM SAINS KUCHING 1.6201(2.438)

18(37) .SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.6248(2.307)

19(21) .SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.6622(2.135)

20(20) .SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.6629(2.108)

21(28) .SM SAINS SERI PUTERI 1.6728(2.188)

22(50) .SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.7083(2.456)

23(42) .SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK 1.7219(2.419)

24(46) .SM SAINS MIRI 1.7228(2.440)

25(49) .SM SAINS KOTA TINGGI 1.7381(2.444)

26(15) .SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.788(2.059)

27(35) .SBP INTEGRASI GOPENG 1.8159(2.277)

28(33) .SM SAINS SELANGOR 1.8219(2.289)

29(54) .SM SAINS LABUAN 1.8361(2.822)

30(11) .SM SAINS KUALA SELANGOR 1.8376(1.990)

31(38) .SBP INTEGRASI PEKAN 1.8378(2.355)

32(5) .SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.8391(1.841)

33(12) .SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.8784(2.004)

34(18) .SBP INTEGRASI SELANDAR 1.9259(2.075)

35(24) .SM SAINS TUANKU JA'AFAR 1.9278(2.171)

36(17) .SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.9283(2.084)

37(34) .SM SULTAN ABDUL HALIM 1.938(2.305)

38(16) .KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 1.9841(2.073)

39(14) .SM SAINS SULTAN ISKANDAR 2.0285(2.005)

40(19) .SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 2.0494(2.110)

41(22) .SM SAINS SULTAN MAHMUD 2.0774(2.142)

42(39) .SBP INTEGRASI KUANTAN 2.0777(2.382)

43(51) .SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.0941(2.604)

44(48) .SM SAINS TELUK INTAN 2.101(2.447)

45(45) .SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.2152(2.434)

46(36) .SM SAINS SABAH 2.2159(2.321)

47(40) .SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.236(2.409)

48(31) .SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.2551(2.266)

49(25) .SM SAINS POKOK SENA 2.3745(2.171)

50(43) .SM SAINS PASIR PUTEH 2.3834(2.437)

51(52) .SM SAINS LAHAD DATU 2.3941(2.621)

52(53) .SM SAINS DUNGUN 2.397(2.637)

53(47) .SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.4263(2.446)

54(45) .SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 2.4463(2.434)



Figure in bracket denotes previous year's ranking and grade.


sumber

Sabtu, Disember 05, 2009

Teringat

Tadi saya 'bersiar-siar' di facebook, terjumpa pula beberapa benda menarik.

Gambar diambil tanpa kebenaran daripada halaman facebook Azimah.





Teks bacaan doa untuk perhimpunan rasmi sekolah setiap hari Isnin. Saya pernah ditugaskan untuk membaca doa ini semasa Tingkatan 2 & 3. Untuk pertama kali baca kat depan semua orang, jadi memang sangat gementar melihat ratusan mata yang memandang. Kaki mengigil-gigil (haha) & bacaan tersasul-sasul. Doa ni pun panjang sangat (saja bagi alasan,haha).





Bacaan ikrar pelajar akan dibacakan setiap perhimpunan Isnin & diketuai oleh Ketua Istiadat Perhimpunan (K.I.P). Saya pernah menjadi K.I.P. semasa tingkatan 4 & 5.

Sebenarnya saya jarang (ataupun tak pernah) dapat baca ikrar ni dengan betul. K.I.P. kena hafal ikrar ni, maka saya yang gementar ni mesti ada salah sikit-sikit. tambah perkataan sendiri la, tukar susunan ayat la dan apa-apa entah lagi (haha). Setiap kali nak mula baca ikrar dan melangkah ke depan, hati saya akan berbisik, 'cool syuk, cool'. (haha)

tapi saya dapat membaca ikrar pembukaan Hari Anugerah Kecemerlangan SBP 2007 di depan Tengku Mahkota Johor dengan baik. belajar daripada kesilapan semasa perhimpunan rasmi sekolah barangkali?





Papan nama Dewan Sri Penawar, kategori pemimpin pelajar. maaf! Kamera beresolusi rendah dan jurukamera tidak profesional.


Sabtu, Oktober 31, 2009

Travelog



Lama sudah aku berfikir, mahu tulis atau tidak tentang perihal ini.


Kolej senyap sepi usai tengahari. Mungkin ramai yang pulang seperti hujung minggu yang kebiasaan. Mungkin juga saki-baki pelajar yang ada keletihan setelah bermati-matian mahu habiskan larian mini-maraton pagi tadi.


Hanya bunyi putaran kipas yang masuk ke gegendang telinga insan dilema ini.



Huh, tidak pula mahu dikata terlampau mendedahkan hal peribadi. Self-centered!



Proses menaakul solusi terbaik itulah yang aku pugar. Mempertimbangkan antara dua nilai yang kontradiktif.


Selagi engkau percaya terhadap apa yang diusahakan , maka teruskan ia saja sampai ke penghujung.


Percayalah bahawa manusia bukan objek homogen yang mudah dilentur. Perbezaan pendapat itu harus diraikan. Bukan begitu?


Diri ini bukan penulis diari yang tegar. Hanya di blog ini segala perjalanan hidup didokumentasikan. Lebih baik catatan ini ditulis, sebelum segala memori luput ditelan masa.



Maka, dengan itu travelog ini dimulakan.


***



ok. Tahun ini ku kira sebagai tahun terakhir aku terlibat dalam acara larian. Selepas ini, peluang untuk berlari & menang ku kira sudah tertutup.

Zaman pelajar kolej akan berakhir pada pertengahan tahun hadapan. Kemudian, ke menara gading pula aku menjejakkan kaki. InsyaAllah.


Maka, awal-awal lagi sudah aku menanam azam untuk mencuba yang terbaik dalam mini-maraton kolej sejauh 7.5km pada pagi ini. Tidaklah mengharap sangat untuk menang, sekadar mahu lakukan yang terbaik untuk sebuah penutup zaman kolej.


Tahun lepas aku mendapat nombor 8 kategori lelaki. Mungkin aku juga terkejut dengan pencapaian ini. Aku bukan jenis yang kuat bersukan.


Pelajar kolej aku tidak ramai. Lebih kurang 250 lelaki dan 250 perempuan saja.


Berbalik pada kisah mini maraton pagi tadi. Aku bermula dengan sedikit insiden, kaki terperosok ke dalam lubang semasa hendak mulakan larian. aduh.


Namun rasa sakit tersebut hanya terasa semasa sudah habis larian.


Sepanjang larian, aku berlari seperti kebiasaan saja. Mungkin aku susah sedikit mahu memecut, sudah lali dengan stail larian begini. Bertahan & bukan memecut. Bertahan & hanya berhenti di garisan penamat.


Jiwa aku mulai lemah apabila sorang demi seorang pelari memotong aku. Aku cuba kejar balik, tetapi aku sering gagal.


Jiwa seorang juara sudah tiada!


Aku hanya mampu mengekor dengan ekor mata tatkala seorang demi seorang memintas. Hendah kejar tapi badan sudah rasa sangat penat. mental-block!


Sudahnya aku akhiri larian itu dengan angka yang biasa-biasa saja. Dalam lingkungan giliran 30-an pada firasat aku. Aku sudah lepaskan banyak orang memintas tatkala aku rasa tiada harapan untuk mengejar mereka yang dihadapan.


Aduhai syukri, bangkitlah!


Aku rasa jiwa aku semakin lemah. Bukti? Pagi tadi bangun pagi pun lambat. Lingkungan 6.30 pagi baru bangun. Sebenarnya aku sudah sedar sekitar jam 5 pagi, tetapi tetap mahu teruskan tidur berbanding menunggu peluang untuk berjemaah solat subuh di surau. Itu pun sudah dikira awal berbanding hari-hari yang biasa.


Bukankah ini petanda jiwamu lemah?


Baiklah, ambil ini sebagai pengajaran ya? Rancang sesuatu untuk menguatkan jiwa yang lemah. Manusia itu dilahirkan dengan keupayaan untuk terbang, mengapa memilih untuk merangkak ?



Pagi ini Topaz muncul juara lagi, tapi aku tetap bangga dengan Diamond.


Tahniah kepada Topaz dan para pemenang. Anda adalah juara pada hari ini, maka selayaknya aku mengakui bahawa kalian memang hebat.


Pencapaian pemenang top 10 tahun lepas ku kira semuanya merosot. Masing-masing tidak mempertahankan takhta. Junior memang ada potensi yang lebih hebat daripada kami. Tidak mengapalah, tahun lepas kan aku dah menang medal. tahun ini rezeki orang lain pula.


Tahun lepas Diamond juara mini maraton ini ya.



Inilah travelog ringkas untuk cerita tahun ini. selepas ini perlu fokus kembali pada peperiksaan. Kemudian, aku harap permohonan untuk ke Minggu Penulis Remaja anjuran DBP diterima. Itu sahaja azam dalam masa terdekat ini.



***



Hidup aku sekitar tahun 2003 hingga 2007 banyak mengambil latar sekolah menengahku yakni Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (kependekan: SAKTI). Pelbagai pengalaman pahit, manis, lucu, seram, gerun, penat, seronok dan yang sebagainya, di situla aku teguk segala gelas jiwa.


Catatan yang ingin ditulis ini adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sukan aku sepanjang di sana.


Lebih spesifik lagi, kegiatan sukan olahraga dan merentas desa.


Bagi aku, aktiviti sukan yang melibatkan larian seperti merentas desa dan lari jarak jauh adalah sebuah sukan yang individualistik. Sama seperti menulis. Berlari jarak jauh memberikan kepuasan ( dan kepenatan). kita tidak memerlukan orang lain secara langsung untuk membantu kita berlari. Kita boleh berlatih berlari sendiri-sendiri, bukan seperti bola sepak yang memerlukan semangat setiakawan & kesefahaman yang tinggi.


Menulis juga begitu. Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu. tanpa pertolongan langsung daripada orang ramai. Individualistik bukan? Cuma jika mahu menulis ke tahap yang lebih tinggi, bimbingan orang berpengalaman tetap diperlukan.


Walaubagaimanapun, ini hanya pandangan peribadi aku yang bisa dibahaskan.


Baiklah, berbalik pada topik travelog.


Bumi SAKTI memberi jasa yang besar kepada aku dalam sukan larian jarak jauh ini. Ketika di tingkatan 1 (tahun 2003), aku menyertai buat pertama kali dalam aktiviti merentas desa ( di sekolah menengah aku dikenali sebagai Larian SAKTI).


Jarak trek bagi lelaki adalah 7km dan perempuan 5km.


Dan aku menang buat kali pertama. Tempat ke-5 kategori L13.


Tahun berikutnya, aku menyertai Larian SAKTI secara rutin. Tetapi tahun itu aku kalah. Mental block!


2005, aku berada di tingakatan 3. Tahun itu kembali bangkit. Aku berlari dan terus berlari. Hasilnya, tempat ke-4 kategori L15. Syukur kepada Tuhan!.



Apabila aku berada di tingkatan 4 ( 2006), aku perlu bertanding di kategori yang lebih tinggi yakni L18.

Aku jadi takut.

Bimbang pada saingan.

Aku ketika itu sebenarnya baru 15 tahun. ( aku lulus PTS tahun 2000, so muda setahun dari rakan-rakan yang lain)


Tapi sebenarnya mainan perasaan itu hanya bisik hati yang melemahkan jiwa. aku sedar dan aku berlari untuk mendapatkan yang terbaik.


Dan pada tahun itu aku mencapai pencapaian yang sebelum ini tidak pernah disangka.


tempat ke-2 kategori L18!


Syukur sekali lagi kepada Tuhan!


Tahun terakhir di SAKTI (2007), aku mencuba nasib sekali lagi.


Cuma untuk yang ini ada sedikit keistimewaan.



Pertandingan merentas desa peringkat daerah Pengerang diadakan lebih awal berbanding kejonanan peringkat sekolah.

maka, juara pada edisi Larian SAKTI pada tahun yang sebelumnya dipilih untuk mewakili sekolah.


8 orang bagi setiap kategori L15, P15, L18 & P18.


Sekolah aku jarang menghantar kontinjen untuk kejohanan ini. tidak tahu apa sebabnya. tahun ini dihantar pun kerana kami tuan rumah.


Aku turut berada dalam kontinjen itu.


dan aku berlari dan berlari.


Daerah Pengerang ini hanya kawasan yang kecil, serpihan daripada daerah Kota Tinggi. Pengerang bukan tergolong dalam 8 daerah di Johor. Maka, persaingan tidak begitu sengit.


Cuma aku tetap gerun melihat saingan lawan yang kelihatan memiliki susuk tubuh atlet yang perkasa.


Tetapi kami tetap berlari.


Merentas kawasan bukit.


Berlari dan terus berlari.


Dan pada tahun itu aku buat pertama kalinya dalam hidup memperoleh pingat dalam kejohanan sukan peringkat daerah.


nombor 10 kategori L18.


Pingat disediakan untuk 15 peserta setiap kategori.


Kontinjen SAKTI menang besar pada tahun itu. Selain merangkul juara keseluruhan, 30 daripada 32 orang pelari berjaya membawa pulang pingat.


Cuma aku jadi sedikit kecewa kerana gagal menempatkan diri untuk mewakili daerah ke peringat negeri.

8 yang terpantas bagi setiap kategori akan ke peringkat yang lebih tinggi. antara aku dan 2 orang di hadapanku tidaklah sejauh manapun.


Namun, aku tetap menerima kenyataan itu dengan hati yang terbuka.


syabas kepada para pemenang!


Selepas pertandingan merentas desa peringkat daerah dilakukan, barulah kejohanan peringkat sekolah diadakan. Tika itu, pelari-pelari terbaik sekolah sedang berlari untuk kejohanan peringkat negeri.

Aku harap aku boleh gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya.

Tetapi rupa-rupanya tidak begitu.


Aku cedera sewaktu sedang mendahului larian, dan hakikat yang perlu ditelan adalah ketewasan untuk Larian SAKTI pada tahun tersebut.



***


Kejohanan Olahraga SAKTI adalah acara sukan tahun sekolah selain daripada Larian SAKTI. Acara yang dipertandingkan adalah acara tipikal bagi kejohanan setiap sekolah. Acara balapan, lompat tinggi & lompat jauh.


Aku mula menyertai kejohanan pada tahun 2003. Acara 200m. Namun sekadar mampu berpuas hati di tempat ke-4 ataupun 5.


Tahun 2004 aku datang ke stadium hanya sebagai penonton.


Tahun 2005, aku bertanding untuk beberapa acara. 800m, 1500m dan 4x400m.


Aku berjaya menang pingat gangsa untuk acara 800m dan tewas dalam acara 1500m.

Kuartet kami menang pingat perak untuk 4x400m, namun aku rasa mereka berhak untuk mendapatkan emas kerana aku telah memperlahankan rentak larian bahana sudah penat berlari untuk acara-acara yang lain.


Tahun 2006, aku bertanding untuk acara 800m & 1500m.

Nasib aku sedikit baik, pingat perak untuk acara 800m namun tewas dalam acara 1500m.


Berbekalkan tiket kemenangan di peringkat sekolah, aku ke kejohanan olahraga peringat daerah. Aku bertanding mewakili sekolah untuk acara 800m dan 5000m ( atas tiket menang tempat ke-2 Larian SAKTI 2006)


Untuk kedua-dua acara ini, aku pulang dengan tangan kosong.


Aku sempat menghabiskan larian untuk acara 5000m dan melangkah ke final untuk 800m.



Tahun 2007, untuk tahun terakhir di SAKTI, aku bertanding untuk acara 800m.


Pingat perak sekali lagi.


Yang aku ingat ketika ini, pemenang pingat emas yang mendahului larian ini berjaya memecahkan rekod sekolah.


aku yang tertinggal hanya beberapa saat di belakang dia berasa begitu terkesima kerana terlepas peluang untuk meletakkan diri dalam senarai pemegang rekod peringkat sekolah.


takpelah. dah memang rezeki dia. aku berlapang dada dan bersyukur atas kurniaan.


Pada tahun itu, aku disenaraikan sekali lagi untuk mewakili sekolah dalam kejohanan peringkat daerah namun terpaksa ditolak kerana aku perlu mewakili negeri Johor dalam satu program lain.


***


Mengapa aku menulis semua ini?


Engkau pernah melalui sejarah kehidupan yang pelbagai. Jatuh, bangun, jatuh dan bangun kembali.


Maka, jikalau ditakdirkan engkau akan jatuh lagi kelak, imbaulah masa lalumu. Jiwa kental itu pernah kau miliki.


Dan engkau harus rintis perjalanan ini hingga ke penghujung. Penghujung yang abadi.


Kata pujangga, life is a jouney not a destination.


Bukankah terlalu banyak peristiwa yang bersifat untold story telah kau lalui?


Aku ingin kau belajar daripada semua sejarah ini.


Manusia bukan faktor yang homogen. Ia makhluk berjiwa.


Dan ranjau ini yang akan mematangkan jiwa.





***


Uh, travelog ini sudah menjadi begitu panjang.
berbelit.
caca marba.


cuma sekarang aku rasa aku akan bersara secara tidak rasmi dalam acara larian ini. Iyelah, selain daripada jogging petang-petang, mana ada lagi kejohanan untuk aku sertai.


haha. kau sudah besarlah. sedar diri sikit.


takpelah.

Mungkin selepas ini aku mahu latih anak-anak dan cucu-cicit aku untuk terus berlari dan berlari.

Biar kental jiwa mereka. kalah menang belakang kira.


Man, kamu sudah sedia?


Jumaat, Oktober 23, 2009

2006



2006.
Diambil tanpa kebenaran daripada blog echa.
Kontinjen SBP Selatan ke Kursus PRS SBP kebangsaan di Taiping, Perak.

Isnin, September 28, 2009

Kembali botak!


Hari ini malam kedua di kolej selepas cuti hari raya.


Petang semalam pulang ke kolej, pagi tadi sudah mula kelas seperti kelas. Kertas-kertas peperiksaan semester dan percubaan yang sudah ditanda dipulangkan kepada pelajar. Ada yang teruk, ada yang baik. Campur-campur. Ini masa untuk kami membatukan hati.



Apa perubahan yang ada di kolej?



Macam biasa saja. Cuma sejak cuti kebelakangan ini sudah tidak ada dengar berita bilik dipecah masuk. Tahniah kepada pengawal keselamatan yang bersungguh-sungguh menjaga keharmonian kolej. Tahun lepas chalet saya kena pecah. Entah apa la sangat yang berharga dalam bilik saya ini. Saya hilang syiling yang diletakkan dalam laci meja. Mungkin pencuri tu sangat haus, dia perlukan syiling untuk beli air tin dari mesin di MPH.


haih.



chalet kolej saya: sumber daripada google




Rumput di Saad Square nampak kekuningan. Perhiasan air juga nampak berlumut. Takpelah. Mungkin semua tukang kebun balik raya. Mereka juga mahu cuti.


Berbalik pada tajuk entri hari ini.


Saya sekarang sudah rasa lega. Kepala rasa lega sangat.


Kenapa?


Rambut sudah dipotong botak, seperti zaman-zaman sekolah dulu!



Sudah hampir 2 tahun tak potong rambut macam ni.


Selepas ni tak perlu fikir-fikir lagi akan rambut yang serabai.


Yang paling penting, saya tidak perlu risau semasa solat kerana tiada rambut yang akan berjuntai menutupi dahi tatkala sujud.



Biarlah apa yang orang nak kata, saya tetap suka rambut ini.



Gambar semasa zaman muda-mudi. Hari terakhir di SAKTI. Kertas terakhir SPM 2007.

Jumaat, September 18, 2009

Wonderful Alumni Weekend (WAW)



Dalam sehari dua ini, antara perkara yang sering saja bermain di fikiran saya adalah perancangan projek Wonderful Alumni Weekend (WAW).



WAW adalah projek untuk batch Esprit Caballus, alumni SM Sains Kota Tinggi untuk tahun 2003-2007.


Nama WAW ini hanyalah nama cadangan saya saja. Nama ini diplagiat daripada Wonderful Overseas Weekend (WOW). Harapnya tidak ada mana-mana pihak yang jumpa kami mahu tuntut royalti hakcipta nama.





Sejak terpisah lewat tahun 2007, kesemua daripada kami telah terpisah membawa haluan masing-masing. Begitu jugalah dengan saya yang tercampak ke dalam kolej dalam hutan persis persekitaran sekolah lama saya yang juga berada jauh dari kesibukan bandar.



Kami ingin merancang satu program yang dapat mengumpulkan semula rakan-rakan sebatch. Kebanyakan daripada kami saya kira sedang berada dalam tahun pertama Ijazah Sarjana Muda. Pasti ada banyak pengalaman baru yang boleh dikongsi bersama.



Selain daripada itu, program ini juga berperanan sebagai wadah serampang dua mata. Kami merancang untuk mengadakan sharing sessions bersama para pelajar yang ada sekarang. Kumpulan sasaran kami adalah pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada tahun depan.



Semasa kami berada di bangku persekolahan dahulu, satu hakikat yang disedari adalah kurangnya pendedahan terhadap halatuju kehidupan selepas SPM. Kami tidak mengetahui tentang biasiswa-biasiswa yang ditawarkan, serta panduan memilih bidang.



Atas dasar empati, kami merasakan satu kewajaran terhadap program sebegini. Bagai sirih pulang ganggang. Mungkin inilah masa bagi kami untuk berbakti pada alma meter.







Program yang dirancang adalah hanya pada dasar perkongsian. Kami kurang berminat untuk menggunakan nama ‘Program Motivasi SPM’ kerana itu akan meletakkan expectations pada tahap yang tinggi, sedangkan apa yang kami mahu berikan hanyalah perkongsian pengalaman hidup. Kami bukanlah motivator hebat, apa yang kami miliki hanyalah secebis pengalaman selepas SPM..3 tahun lebih tua daripada kumpulan sasaran.



Antara aktiviti yang saya kira mampu untuk dijalankan adalah talk, forum, LDK, games dan sebagainya.



Namun begitu, kejayaan program ini sememangnya bergantung pada komitmen rakan-rakan. Sekiranya WAW ini ingin diteruskan, kami memerlukan bantuan untuk membina jawatankuasa kerja & fasilitator. Untuk menjadikan program ini menarik, saya kira kami memerlukan sekurang-kurangnya 30 orang tenaga kerja.



Kejayaan program ini bergantung sepenuhnya pada komitmen kalian.



Setakat survey yang saya jalankan semalam, sudah ada 13 orang yang bersetuju dan bersedia memberikan komitmen.



Mengikut perancangan, program ini dirancang untuk dilaksanakan pada hujung minggu sekitar bulan 6, 7 atau 8 pada tahun hadapan.



Lama lagi, tapi persediaan awal adalah perlu kerana ramai yang sudah mula sibuk dengan kehidupan kampus.





Maka, saya mengharapkan agar rakan-rakan EC yang membaca entri ini untuk menghubungi saya seandainya kalian berminat. Ruang perbincangan mengenai projek ini telah saya buka di group EC di facebook. Harap dapat aktifkan diri masing-masing.



Mari kita mulakan kehidupan baru, lupakan segala perbezaan pendapat yang lalu.



Saya sendiri kurang pasti bahawa program ini mampu menjadi realiti ataupun sekadar angan-angan kosong saya sahaja. Program ini hanya akan terlaksana andai mendapat sambutan daripada pihak yang berkaitan. Setakat ini, ia hanya berada pada peringkat draf perancangan.



Mungkin masalah yang akan timbul adalah kesukaran untuk mendapatkan masa yang sesuai bagi semua IPT cuti. Masalah ini akan dibincangkan kelak.



Semua pihak dialu-alukan untuk memberi sumbangsaran. Sila hubungi saya untuk pencerahan kerana ramai daripada kalian yang telah menukar nombor telefon masing-masing.



semasa zaman muda mudi


Majlis Tertinggi Badan Kepimpinan Pelajar 06/07, harap dapat bekerja bersama kalian lagi. Di mana mereka sekarang?



Timbalan presiden:
Echa…persediaan ke Jepun. Sekarang di UNISEL..haih, dah lama x bertekak dengan beliau ni…

Naib Presiden 1 (MAHER) :
Hariz..sekarang kat IMU
Shikin: dengar khabarnya dah nak fly ke Jepun

Naib Presiden 2 (MAJASTI):
Mahlil..orang kuat UNITEN sekarang
Huda: Medic..MSU…genius dia ni..nak fly ke India

Naib Presiden 3 (TABARRU’):
Thalhah…genius math..INTEC..engineering utk ke USA.
Shakila: UIAM…beliau ni baru je buat blog..



Ni sekadar gambar hiasan je. Saya harap agar organisasi ini kelak akan diisi oleh orang-orang daripada pelbagai latar..tak kisah dari dalam BKP ataupun bukan BKP..

.

.

.

Isnin, September 07, 2009

Rawak



Cuti hujung minggu ini pasti akan menjadi sangat bermakna andai minggu depan tiada peperiksaan kan?


Ah. Monolog saja. Tiada upaya untuk saya menidakkannya.

.

.

.


Saya sebenarnya sangat suka dengan layout yang baru ni. Lebih laju dan pantas. Dulu sakit hati betul menunggu satu demi satu elemen keluar. huh.


Minggu depan (12 September), cuti kolej sempena hari raya akan bermula, selepas paper IELTS untuk senior. Tapi saya tidak akan pulang terus ke Johor. Tiket bas ke Kota Tinggi adalah pada 14 September 2009.


Maka, di manakah akan saya berpeleseran dan 'berfoya-foya'?





MYC 2009-lah. Bersama super senior lagi. Tahniah kepada Amir, Azna serta ahli jawatankuasanya yang lain atas usaha gigih kalian untuk menjadikan MYC ini satu realiti.
.

.

.

.

Pagi raya tahun ini di mana saya akan berada?. 3 Kebarangkalian utama sahaja yang ada :

Pertama: Felda Semenchu, Kota Tinggi.

Kedua : Parit Lapis Mahang, Batu Pahat.

Ketiga : Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.


Saya rasa pilihan yang pertama itu memiliki kebarangkalian paling tinggi. Tunggu dan lihat sajalah. Kebarangkalian untuk berpagi raya bersama emak, ayah dan saudara-mara kepada emak Man adalah sifar. Iyelah, emak Man masih belum wujud lagi. Haih.



Siapa itu Man?. Sila klik sini untuk lebih kepastian.


Mengarut.


Tidak sabar mahu jumpa anak-anak buah sekalian !.


eh, ni bukan anak sedare saya. ni anak pensyarah kolej saya


.

.

.


Tahun ini saya akan berpuasa selama 22 hari di kolej. Dulu masa di sekolah menengah, berhari-hari lamanya juga berpuasa di asrama . Haih, saya sudah sangat lama tidak meluangkan masa berbuka-sahur di rumah.


Apa yang saya ingat tentang bulan puasa di sekolah menengah dulu?



Bangun sahur ngantuk-ngantuk lepas warden kejut & senior bising-bising (dan bunyi siren yang menyakitkan hati). Makan mamai-mamai beramai-ramai. Terus pegi sahur lepas roll-call di dataran Hicom pukul 3-4 pagi. Sahur biskut kat bilik pasal malas nak turun tangga. Sahur bergelap, diterangi lilin je pasal blackout.


Apa lagi? Saktian kalau ada baca entri ini sila tambah ya.


Asrama putera SAKTI yang menggamit memori


Tentang berbuka pula.


Beratur panjang untuk masa amik makanan. Sakit hati bila senior potong barisan. hua, sabar je la. Bergasak untuk amik air.Orang ramai, kaunter air ada satu je. Haih. Berjual beli di gerai tabarru, maher & majasti. Hilang tray makanan masa keluar sekejap dari dewan makan. Lepak-lepak di kolam tn hj Ayob semantara tunggu buka. Dengar azan dari radio Johor FM, pastu lepas azan selalu ada nasyid-nasyid lama-lama. hua, syahdunya.


Kolam air terjun SAKTI: dalam kenangan


Hmm..kemudian apa lagi? Terawikh ramai-ramai selepas Isya'. Dulu masa di sekolah menengah, terawikh adalah wajib buat tiap pelajar. Tapi di kolej saya sekarang ia bergantung pada individu. Pasti ada kelainan di situ kan?


Lepas terawikh sambung prep di kelas. Masa saya tingkatan 5, prep malam telah diasingkan. Perempuan prep di dewan makan.


Oleh kerana kami naik agak lewat selepas terawikh, saya selalu saja tidak mengoptimumkan masa yang ada. Keadaan kelas saya yang bertikar membuatkan saya tambah terngiur.



" Zaki, ko cover line ye? Aku nak tidur jap kat bawah meja. Kalau ada warden lalu tolong kejutkan aku k. Penat la terawikh", saya memberikan alasan.


Buku biologi yang tebal saya ambil. Buat pengalas kepala.


Meja kelas saya yang beropol-ropol gara-gara kelas saya 63%-nya perempuan yang suka menghias, tambah menjadikan lokasi bawah meja itu strategik untuk lena menghilangkan lelah.


Tidak bermoral betul. Haih. Masa ni dah tukar sessi BKP. Boleh dimaafkan.


Oh, syahdu betul kalau difikirkan. Terkenang pada Sufian yang selalu mengajak saya menghabiskan masa prep di bulan Ramadhan dengan tidur. Beliau sekarang di UTM.




Selalunya selepas tamat prep malam, di bilik prep asramalah saya menghabiskan masa sepanjang malam. (ah, poyo betul).

5 Delima 2009. Semasa melawat sekolah tahun ini. Suasana kelas telah bertukar. Tapi lokasi tempat duduk lama saya masih ada.



Apa lagi selain ni?


Program Tabarru tazkirah kelas-kelas juga bermula pada bulan Ramadhan, pada tahun 2004. Ini adalah detik-detik awal untuk saya berani cakap kat depan orang ramai. Rakan kumpulan saya, Talhah saja yang banyak cakap. Saya sikit-sikit saja.


5 tahun di SAKTI. Banyak perkara yang telah saya pelajari, terutama semasa setahun di tampuk kuasa BKP. Terima kasih teman kerana mengajar saya erti bersahabat. Buat batch 8 (saktian 03-07), masing-masing dah bawak haluan sendiri. makin terpisah semuanya. hilang di mata, di hati tidak.


Tahun ini tahun terakhir saya di KYUEM. Juga ramadhan & Syawal terakhir saya sebagai pelajar di sini. Moga ia memberikan satu pengalaman indah jika dikenang-kenang pada masa akan datang.

.

.

.

.



Di astaka padang SAKTI. Merenung sesuatu yang tak pasti.





Jumaat, Jun 12, 2009

Tempat jatuh lagikan dikenang (2)



Beberapa hari yang lalu kolej saya ketiadaan bekalan elektrik. Tidak tahulah apa sebabnya.


Maka, terpaksalah kelas pada waktu petang dibatalkan.


Sebagai seorang pelajar yang selalu ingin bersenang-lenang, secara jujurnya saya gembira dengan perkhabaran pembatalan kelas tersebut.


Iyelah, tak kan kami mahu belajar di dalam kelas yang panasnya membahang. Alasan tipikal yang jelas tidak jujur.


Ketiadaan elektrik menyebabkan sekalian pelajar kolej tidak senang duduk gara-gara sistem pendingin hawa tidak berfungsi. Internet juga tidak boleh dilayari kerana sistem pemancar juga perlukan sumber elektrik untuk beroperasi.



Mengenangkan keadaan ketiadaan elektrik tersebut, ingatan saya cepat-cepat terimbau pada suasana di sekolah lama saya dahulu.


Selalu saja asrama dahulu kami mengalami ketiadaan air dan elektrik. Sangat indah jika mahu dikenangkan semula.


Saya pun tidak tahulah mengapa selalu saja kami mengalami ketiadaan air. Menurut satu versi cerita, warden sengaja menutup paip tangki agar air yang disalurkan menjadi kecil. Kesannya pelajar akan segera pulang riadah dan mandi lebih awal kerana mereka tahu air bertekanan rendah. Maka, tempoh beratur akan menjadi lebih panjang. Pelajar akan menjadi lebih berdisiplin kerana mereka akan mengatur masa dengan lebih baik.


Saya pun tidak tahulah hakikat kebenaran cerita ini. Mungkin saya juga akan menggunakan cara yang sama seandainya dilantik sebagai warden suatu hari nanti.


Mungkin juga air bertekanan rendah kerana sekolah kami di luar bandar. Mungkin juga kerana sistem penyaluran air sudah usang dan perlu diganti dengan yang baru. entahlah. saya hanya membuat andaian.

Selalu sahaja pelajar-pelajar lelaki mandi di surau dan padang.


Pernah juga suatu air di pili paip asrama benar-benar tidak keluar walau setitik pun. Maka kami perlu mandi di sekolah. Kepada yang pernah ke sekolah saya pasti akan tahu struktrur sekolah tersebut. Sekolah tinggi di atas bukit dan asrama di bawah bukit. Untuk sampai ke sekolah perlu melalui laluan pejalan kaki yang panjang. kira-kira 166 buah anak tangga. mencabar bukan?


Terpaksalah kami berbondong-bondongan naik ke sekolah untuk mandi. Jikalau hanya untuk mandi pada waktu petang sudah dikira untung. kalau untuk mandi pagi pula pasti seksa jadinya.


Pelajar perempuan bangun awal kira-kira jam 4 pagi untuk naik ke sekolah dan mandi dengan membawa bersama baldi-baldi dan perkakasan cuci. Mereka naik lebih awal untuk mengelakkan pertembungan dengan pelajar lelaki yang pastinya bangun lebih lewat.



Berkenaan dengan ketiadaan elektrik pula, ada beberapa peristiwa yang masih kekal dalam ingatan saya. Sekolah kami pernah mengalami ketiadaan elektrik yang agak panjang gara-gara manara pencawang elektrik yang berhampiran tumbang.


Pergi bersahur di dewan makan dengan bercahayakan sinar lilin. menarik sekali. ketiadaan elektrik menyebabkan kami teraba-raba mencari arah pulang ke bilik. ketiadaan elektrik pastinya menghalang kami daripada menggosok baju. pengajarannya, jaga baik-baik pakaian dan jangan renyukkannya kerana kita tidak tahu samada esok elektrik ada ataupun tidak.


Duduk di asrama pastinya menuntut ketahanan jiwa dan minda yang kreatif untuk menyelesaikan pelbagai masalah dengan sumber yang terhad. 5 tahun di SM Sains Kota Tinggi adalah begitu bermakna buat saya.


Terima kasih semua yang selalu mengajar saya menjadi dewasa!




Jumaat, Mei 15, 2009

Tempat jatuh lagikan dikenang...



Sejak beberapa hari ini, kolej saya bagaikan sebuah ketuhar yang sedang membahang. Panasnya melangit!.



Bahangnya bukan terasa pada waktu siang sahaja, malah pada waktu malam pun ada orang mengeluh kepanasan. Tidak dapat tidur tanpa pendingin hawa yang dibuka. Rasanya kalau dihitung-hitung, sudah lama juga bumi ini tidak disirami air hujan.



Syukurlah!. Baru tadi hujan renyai-renyai turun dari awan larat, membasahi sekalian bumi atma. Bebunga di pohon kembali mekar, semekar hati manusia yang sekian lama menanti dingin bumi Tuhan.



Setelah hujan berhenti , saya keluar sebentar daripada kediaman. Saya mahu menghirup udara segar selepas hujan. Aroma rumput yang terpeluwap terasa begitu segar tatkala baunya menyentuh pancaindera.


Sambil berjalan-jalan tanpa tujuan, saya mendongak memerhatikan bulan. Seingat saya, beberapa hari yang lepas bulan purnama ada di langit. Tersenyum dan bersinar semasa saya merenungnya.


Namun, langit tampak gelap malam ini. Bintang-bintang kecil juga hanya berkelip sekali-sekala. Saya tidak nampak bulan di angkasa. Barangkali terlindung dek awan larat yang bergumpal.



Sejak akhir-akhir ini saya sering kali teringat pada sekolah lama saya, sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor. Iyelah,bak kata bidalan lama, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. 5 tahun di hidup di sekolah asrama pastinya banyak meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri ini.



Bayu malam yang dinginnya terasa hingga ke tulang mengingatkan saya pada 'nikmat' tidur di atas tar semasa di asrama dahulu. Pengalaman seisi asrama dikejutkan pada tengah malam untuk roll-call dan berkumpul di dataran asrama ( daratan tersebut dikenali sebagai dataran hicom) pastinya satu peristiwa 'indah' yang sukar untuk dilupakan. Roll-call selalunya diadakan untuk mengesan pelajar-pelajar yang 'hilang', fire-drill atau apa jua sebab atas kehendak warden.



Dengan berlantaikan tar, berbumbungkan langit luas serta bertemankan bayu laut, kami berada dalam keadaan antara jaga dan lena untuk mendengar peringatan yang disampaikan oleh warden. Setiap warga asrama akan mempamerkan wajah yang mamai. Kemudian, sebaik sahaja roll-call tamat, semua orang akan berebut-rebut untuk pulang ke dorm dan menyahut seruan katil yang memanggil. Saya tiba-tiba merindu saat itu.



Apa khabar ya warden-warden saya itu?. Warden yang sangat rajin membuat roll-call tersebut. Encik Abd Aziz, Encik Azman, Encik Nazri, Encik Helmi, Encik Noorisham, Encik Zamzaidi, Encik Noorkhairi dan Encik Izani. Ada lagi ke? Maaf kalau-kalau ada yang tertinggal namanya.



14 Mei 2009 merupakan tarikh sambutan hari guru peringkat kolej saya. Ada program yang diatur selepas waktu kelas. Selamat Hari Guru buat sekalian guru-guru saya. Wajah kalian terpapar satu persatu di hadapan mata saya semasa saya mengelamun sendiri tadi. Terima kasih cikgu!



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Buat manusia sebelum jadi dewasa.
~ Petikan sajak guru oh guru
Usman Awang


Selasa, April 28, 2009

Cerita dalam kotak.



" Akhirnya selesai sudah peperiksaan semester", hati saya bersuara sendiri tatkala mulut lahiriah membungkam seribu bahasa sewaktu diri melewati pintu utama dewan besar kolej.


Semester dua semakin hampir ke penghujungnya. lebih kurang 2 bulan lagi. Kemudian naik pula ke semester tiga. masa berlalu terlalu pantas. Bagai sela masa antara dua kerdipan mata. tau-tau saja sudah hendak peperiksaan AS.


Baiklah. Bersempena dengan berakhirnya buat sementara waktu 'musim orang tarik muka masam', saya hendak bercerita sesuatu.


Dalam hidup saya ini, saya selalu terfikir-fikir akan apakah makna hakikat kegembiraan itu. Adakah orang yang gelak-gelak dan senyum-senyum selalu itu pada hakikatnya bahagia?


Bukan semua yang ketawa itu gembira, tetapi semua yang gembira itu ketawa. Kata seorang pujangga. Entahlah. Saya bukan faham sangat hakikat kehidupan ini.


Ada beberapa peristiwa sepanjang kehidupan ini yang sekiranya diimbas kembali akan mampu menyebabkan saya tergelak dan tersengih bak kerang busuk seorang diri. heh. Kalian pasti ada juga bukan?


Begini kisahnya.


Sewaktu di sekolah menengah dahulu, ada pertandingan menyanyi. Setiap kelas dan organisasi dikehendaki menghantar wakil masing-masing ke atas pentas untuk mendendangkan lagu pilihan masing-masing.


Mintak permisi untuk lari topik sebentar. Teringat pada seorang senior dahulu sewaktu menjadi ketua istiadat perhimpunan.

Versi kebiasaan: Bersama-sama kita menazamkan Asma ul Husna.

Versi senior tersebut: Bersama-sama kita mendendangkan Asma ul Husna.


Ok. Masuk topik kembali. Hendak dijadikan cerita, majlis tertinggi juga perlu menghantar wakil. Setelah melalui beberapa kerenah-kerenah birokrasi, maka saya dan Thalhah dihantar sebagai wakil organisasi tersebut.


Walaupun kurang bakat kerana tidak diasah, kami tetap cekal menghadapi pertandingan tersebut. Kami sedar bahawa kami bukannya 'permata' dalam industri seni suara. Kami bukannya M. Daud Kilau, Mawi, Jamal Abdillah, Faizal Tahir mahupun Sean Kingston. Oleh itu kami berlatih 'bersungguh-sungguh'.

Setelah berdiskusi dan memilih yang terbaik, kami mengambil keputusan untuk menyanyikan lagu nasyid. Hal ini kerana, lagu nasyid lebih mudah dan tidak perlu tarik-tarik suara sangat. Lagipun kami masuk untuk cukup syarat & hantar penyertaan sahaja.


Tiba di hari pertandingan, seperti yang dijangkakan, kami sahaja yang lain daripada yang lain. Peserta lain membawa lagu-lagu yang bergenre selain nasyid. Tidak mengapa. Kelainan itu unik.



Sewaktu giliran kami diumumkan, kami melangkah 'malu-malu kucing' ke atas pentas. Mikrofon dicapai, lagu diputar & kami mula menyanyi. Malangnya suara mikrofon tidak kedengaran di pembesar suara gara-gara nada suara kami yang terlalu rendah.


Kami meneruskan nyanyian dengan harapan juri mengangkat kad merah menandakan nyanyian perlu dihentikan. Malangnya juri terlalu baik kerana terus mengangkat kad hijau petanda persembahan harus diteruskan. cis. getus hati saya.


Sebagai pengganti kepada suara yang tidak kedengaran, kami menggayakan pelbagai gaya dan mimik muka. Haru-biru jadinya. Kecoh seisi dewan. Pada waktu ini kami berharap agar bumi tempat kami berpijak merekah, dan kami akan dapat bersembunyi di balik rekahan tersebut. Alangkah baiknya kiranya kami dapat bertukar menjadi semut yang halus agar hilang dari pandangan khalayak.



Akhirnya, kami mendendangkan lagu tersebut ke habis walaupun kami tahu bakat kami tidaklah sehebat mana. Tidak mengapalah berperwatakan 'sengal' sekali-sekala, kami sudah bosan memegang watak serius. Sebenarnya sewaktu kami melangkah masuk ke sekolah menengah dahulu, kami ini memang pemalu orangnya. Namun oleh kerana sering sahaja membuat perkara 'sengal' di khalayak ramai, perasaan itu mulai luntur.


Demikianlah adanya kisah tersebut yang masih tersimpan kemas dalam kotak hati saya. Maka, sekiranya anda melihat saya sedang tersengih-sengih seorang diri, janganlah anda menaakul saya seorang yang kurang waras., Kemungkinan besar saya sedang membuka kembali kisah-kisah yang terkandung dalam kotak hati tersebut!.


Related Posts with Thumbnails