Jumaat, Januari 30, 2009

.Idea untuk dibakulsampahkan.



Saya bukannya hendak mengeji.

Apatah lagi untuk mencaci mereka yang berkaitan.

Anggaplah ini sebagai luahan hati ikhlas seorang rakyat kebanyakan. ok?




Kekalahan besar pasukan bola sepak negara dalam pusingan kelayakan piala Asia 2011 bagaikan sudah dapat diduga oleh ramai pihak. Ia merupakan kegagalan kedua berturut-turut yang mengekori selepas pasukan negara gagal melangkah ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki. Perlawanan menentang UAE ini sangat penting buat jurulatih negara kerana ia merupakan 'talian hayat' kepadanya untuk membuktikan kemampuan sebenar ekoran kegagalan dalam perlawanan di peringkat Asia Tenggara.


Seperti kebiasaan, skrip usang dan lagu lama akan didendangkan setiap kali pasukan negara gagal mencapai tahap yang memuaskan. Irama-irama alasan tipikal akan dinyanyikan mengikut gendang si empunya diri. Jurulatih akan menyelar kelab negeri, FAM menyalahkan jurulatih, kelab negeri menuding kepada FAM dan bermacam-macam lagi alasan menarik lagi kreatif. Semuanya menjadi kitaran tuding-menuding yang membingungkan. Umpama lagu ' bangau oh bangau'. Mengapa sang bangau kurus?. kata sang bangau ini semua kerana ikan yang tidak mahu timbul. Ikan pula tidak mahu timbul kerana rumput terlalu panjang. Tuding-menuding ini berterusan sehinggalah ke akhirnya. Mujurlah ular mahu mengakui bahawa katak itu adalah makanannya.


Sebagai contoh, jurulatih negara menyalahkan pembangunan bolasepak negeri sebagai punca utama kemerosotan prestasi bola sepak negara. Jurulatih negeri yang berasa terasa terancam dengan dakwaan itu pula menyelar sikap badan berkaitan yang tidak prihatin. FAM pula menyalahkan pemain kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Akhirnya, siapa yang bersalah?.

Entahlah. Saya juga gagal memahami erti sebenar di sebalik fenomena ini. Biarlah mereka yang pakar dan berkaitan sahaja yang menyelesaikannya. Mungkin juga semua pihak yang bersalah. Ketidakhadiran ramai penyokong ke stadium juga dikatakan melemahkan semangat pemain untuk bermain bersungguh-sungguh. Pemain juga perlukan sokongan padu penyokong sebagai pemain keduabelas dalam pasukan. Penaikantarafan liga Malaysia ke tahap profesional seharusnya menggerakkan prestasi bola sepak negara jauh ke hadapan.


Siapalah saya untuk mengomel tentang semua perkara ini. Mungkin jika saya berada di tempat B. Santhianan, saya juga akan mengemukan pelbagai alasan yang kreatif lagi dinamik.


" Kekalahan ini berpunca daripada sistem lampu limpah yang tidak cukup terang. Pemain tidak dapat memberikan konsentrasi di atas padang".


" Dalam diet pemain saya tidak cukup kalsium. Pemain perlukan kalsium untuk membesar. Ini semua adalah salah bahagian dietari, Institut Sukan Negara".


" Jersi baru ini tidak cukup bagus pengaliran udaranya. Kita perlukan jersi yang kalis air dan kalis api".


Demikianlah sebahagian alasan yang akan saya kemukakan dalam post-mortem kegagalan dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2011 sekiranya saya menjadi jurulatih negara.
Kegagalan pasukan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Asia membuka tirai episod luka bolasepak negara bagi tahun 2009. Adalah diharapkan agar tahun 2009 menjadi tahun cemerlang buat pasukan negara bertepatan dengan slogan indah pelancaran jersi terbarunya Moga slogan "shirt on, fear off" ini tidak menjadi retorik kosong yang membingitkan semata-mata.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yup2....
post ni mmg straight to the point n telus...
sikap macam ni la yg meranapkan prestasi bola sepak negara...
bkan dlm sport je,aspek2 laen pon same jgak..dua kali lima.

blum pon smpat golongan belia nak naek,da ade la anasir2 laen nak jahanmkan ke'murnian' mereka..
apa hal??

kadang2 nak wakil daerah je pon,tu pon nak pakai kabel.gila ape?
selalunya diorang ni xpikir,mane salahnye.asek nak salahkan org laen je.find time la ntuk muhasabah diri tu sikit.peminat pon da naek loya dgan alasan sengal korang sume tuh.adeh..

so,apa kate kite stop support national team.ade bran??

Syukri Sapuan berkata...

sang penilarama:

ha, boleh gk, tp nanti xdpt la nk suppot national team lagi...isk3

Related Posts with Thumbnails