Sabtu, September 05, 2009

Memugar hasrat




Satu perkara yang menjadi faktor penting untuk saya lebih tekun berusaha adalah hakikat bahawa peperiksaan AS akan menjelang tiba menjelang pada bulan hadapan.


Tolak cuti raya selama 2 minggu. Hanya 2 minggu lagi masa di kolej.


Minggu depan adalah minggu terakhir trial & semester exam kami. Kemudian, beramai-ramai kami pulang cuti hari raya.



Countdown menjelang AS telah saya sertakan di dalam blog ini. Sila drag ke bahagian paling bawah untuk maklumat lanjut.


Semasa entri ini ditulis, saya hanya tinggal 1 bulan 7 hari lagi. Haih, itupun masih tidah insaf-insaf.


Hidup di bawah timbunan kerja, tugasan, teori dan peperiksaan memang tidak indah andai berbumbukan nafsu dan bersandar pada makna kehidupan duniawi semata-mata.


Baiklah. Bukan itu perkara utama yang hendak ditulis sebenarnya.



Satu perkara yang akan menimbulkan masalah besar kepada saya setiap kali hendak mengemas bilik adalah untuk menguruskan buku-buku saya yang bertimbun. Maksud saya di sini adalah buku non-academic.


Saya selalu ada perasaan hampa (istilah kolej saya:down) apabila melihat buku-buku non-academic di dalam bilik yang masih belum sempat saya tekuni.


Tugasan-tugasan akademik kolej yang datang saban hari sering membuatkan saya lupa untuk menghabiskan pembacaan dan 'membedah' apa yang patut.


Selalunya selepas pulang dari kedai buku (MPH, Popular, Kino dll.), saya akan berusaha untuk menghabiskan bahan bacaan yang dibeli. Kalau terasa 'lazat', saya akan ulang untuk beberapa kali.


Tapi sekarang, selalu saja saya jarang berbuat demikian. Jikalau ada pun, sebuah buku itu memerlukan masa lebih kurang seminggu untuk ditamatkan.


Tapi, takpelah. Put first thing's first, prioritize. Buku-buku ni semua lepas A-Level pun masih boleh baca lagi.


Ok. Saya sedang berusaha untuk 'membedah' buku-buku non-academic ini di dalam bilik saya.



A brief history of time, tulisan Stephen Hawking. Menceritakan tentang teori-teori fizik moden, lebih-lebih lagi astronomi. Ini bukan buku saya. Ia dipinjamkan oleh adik kepada Burhan tempohari. Ia masih tersadai elok di rak buku sebelah meja tanpa sempat saya khatamkan. Saya rasa buku ini agak menarik, namun saya baru membaca beberapa halaman kerana proses 'menghadam' setiap satu bait kata akan mengambil masa.



Asam Garam Gula & Kopi, tulisan Abd Jalil Ali. Pengarang merupakan pengarang anekdot kegemaran saya. Saya mula mengikuti perkembangan tulisan beliau apabila membaca hasil tulisan beliau di majalah Keluarga dan Midi. Selain A.G.G & K, beliau telah menerbitkan sederet 'trilogi' dalam genre yang sama.



Batu-batu di jalanan adalah salah satu naskhah keluaran pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. Selain daripada kumpulan cerpen, ada juga antologi sajak , novel remaja dan novel. Secara jujurnya, saya menggemari karya pemenang HSKU kerana karya-karya ini berada pada satu standard yang diiktiraf.





Falsafah Hidup tulisan Prof Dr Hamka. Buku ini dipinjam daripada Resource Centre kolej saya. Sepatutnya saya pulangkan pada 28 Ogos, tapi dah terlewat. Lupa nak pulang. Walaupun sudah dipinjam selama 6 minggu ( dah renew pinjaman 2 kali), saya masih belum sempat habis baca. Aduhai. Saya sangat suka pada satu perenggan di dalam buku ini. 'Betapa juapun kita harus percaya bahawa kebaikan jugalah yang akan menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itulah kita perlu percaya penuh dengan iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah falsafah hidup''-Hamka.



Mengemudi bahtera perubahan minda tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Walaupun ada cakap-cakap di ruangan sembang maya yang mengatakan bahawa beliau adalah wahabi, namun saya mengambil pendekatan mengambil mana yang elok selagi ia tidak membabitkan akidah. Dalam sesetengah isu, beliau mengulas sesuatu perkara itu dengan cara yang baik sekali. Realistik. Untuk pautan luar, sila klik di laman blog beliau.



Seterusnya, Luka Rakyat tulisan Azizi Hj Abdullah. Saya kira ini adalah antara buku yang berjaya menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat kepada saya. Hidup dalam kelompok keluarga berpendapatan sederhana mungkin menyebabkan saya lupa akan nasib mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan di negara ini.




Maaf dari Sorga tulisan pengarang kontroversi, Faisal Tehrani. Ini merupakan antara novel terbaru beliau di pasaran. huh, dah tak tau nak komen ape~ Faisal Tehrani adalah antara pengarang yang sering menampilkan idea-idea baru yang segar. Oh ya, tempohari saya ada membaca Tuhan Manusia, juga karya Faisal Tehrani.



Demikianlah antara buku-buku yang masih belum sempat saya nikmati sepenuhnya. Penat juga menjadi komentar. Fuh~

Kredit kepada laman web goodread yang menyediakan gambar.






Lagi satu masalah saya adalah untuk menempatkan majalah-majalah ini. Saya pun tak tahu mengapa boleh jadi sebegini banyak. Ini adalah koleksi majalah yang dibeli sepanjang setahun saya di sini. Dari Julai 2008 hingga September 2009. Ada lebih kurang 40 naskhah kesemuanya. Majalah-majalah yang ada adalah majalah Milinea Muslim, Forward, Dewan Masyarakat, Dewan Kosmik,Dewan Siswa, Apo?, Al-Islam dan lain-lain. Saya membeli majalah berdasarkan isu utama yang ditulis. Tiada majalah yang menjadi kegemaran utama. Tapi yang kurang bestnya adalah apabila majalah yang saya beli itu kelihatan sudah ada di rumah apabila saya pulang bercuti. Ini kerana, adik-adik saya sering saja 'mencilok' majalah-majalah terkini daripada kedai buku bapa saya. Alahai. takpelah. Itu hal ranting saja.



Baiklah. Mari kita memugar hasrat, ke arah cara hidup yang lebih harmonis.

.

.


9 ulasan:

THALHAH berkata...

pembaca majalah tegar~~

tak penah aku ada koleksi sebanyak tu..

lek ar syuk...ko da tua2 still bleh baca lagi

majalah anjung seri xde ke?

Syukri Sapuan berkata...

tu pasal la pasal..

nanti cm best je menghabiskan usia tua dgn membaca majalah dahulukala.

itupun kalau aq sempat tua~

ape la anjung seri plak..kalau ko tanya kat din mungkin positif jawapannya...

THALHAH berkata...

aku ni pon baru lepas beli buku literature US..to kill a mocking bird..tak tau bila nak baca.dah pencen kot baru baca..

best dok anjung seri...tengok landscape n design rumah lawa2..mengghairahkan.

apesal plak din terlibat ni?

serai wangi berkata...

boleh x nk mnx dewan siswa free dr ayh awk?? =P

Syukri Sapuan berkata...

thalhah:din kan minat bidang2 interior design & arkitek2 ni..

mesti dy baca anjung seri..

aq x masuk sgt dgn anjung seri ni..


rumah biasa2 sudah~


serai: hmm, boleh2..sila la dtg kota tinggi...=)

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

syuk ni ish3. geleng pale. :P

Syukri Sapuan berkata...

ada: gelengan kepala itu membawa makna apa??

aq x faham la.

nina mazlan berkata...

suka karya habiburrahman=)

Syukri Sapuan berkata...

nina: oh, kurang minat la tulisan beliau. x sesuai dengan jiwa barangkali.

Related Posts with Thumbnails