Selasa, Disember 15, 2009

Rejaman untuk penjenayah seksual?


Saya termenung panjang selepas membaca laporan akhbar pagi tadi, dan saya pasti bahawa seluruh dunia juga akan kembali berdebat rentetan peristiwa ini.


Dipetik daripada akhbar kosmo!



Penduduk lihat hukuman rejam



MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi
















***



Malaysia juga pernah terheret sama dalam kontroversi hukuman hudud baru-baru ini, rentetan penahanan saudari Kartika yang ingin dihadapkan dengan hukuman sebat.



Saya menulis ini dengan pengetahuan yang minimum tentang pelaksanaan hukuman hudud, pengetahuan tanpa satu kajian yang mendalam. Saya juga tidak memahami situasi sosial dan politik di Somalia. Maka, apa yang ingin saya tulis hanyalah perkara-perkara di permukaan sahaja.


Hukuman hudud kejam dan ganas!


Itulah prejudis sesetengah masyarakat dunia terhadap pelaksanaan hukuman hudud.


Hal yang sama diluahkan kepada kami oleh seorang zookeeper(non-muslim) yang berusia separuh abad semasa kami menjalankan khidmat kominiti di Zoo Negara baru-baru ini.


Ketika itu beliau memberikan nasihat dan buah fikiran berkenaan dengan keruntuhan institusi sosial dan masalah sosial yang berlaku secara realiti pada dunia hari ini.


Kebejatan kompas nilai dalam diri manusia bahana kurangnya ketakutan kepada hukuman ciptaan manusia itu sendiri seakan memberi tanda bahawa kita perlu beralih pada hukuman yang ditentukan Allah.


Barat tidak seharusnya mengheret dunia Islam ke ruang perdebatan kerana mereka sendiri melaksanakan hukuman suntikan maut (juga kepada penjenayah seksual!), di mana penjenayah akan mati secara perlahan-lahan dengan penuh seksa.


Soalnya sekarang, adakah kita yakin ataupun tidak?







5 ulasan:

THALHAH berkata...

aku drop komen dari tanah seberang...woha!

sebenarnya kalau dibuat kat mesia pon aku sokong. mane lagi kejam: ikut agama ke buang agamae~

ikut agama selamat, buang agama, azab diri sendiri. kubur masing2 tak dapek den nak nolong.
ho3

aku komen bangang2 je.sape nak debat debat la.nti baru aku komen
serius2.muahaha

nurulhusnazubir berkata...

Tawakkal 'ala Allah..serah lah diri anda dan takdirmu kepada Allah spt mana jnazah menyerahkan sgla urusannya kpd org y mgruskannya..kerana Dialah yang Maha Mengetahui..yakin dan percaya kepada hukum Allah kerana Dia lah yang Maha Mencipta.. :D

Syukri Sapuan berkata...

thalhah: woho~ aq ada pengunjung daripada tanah jawa seyh..weh, dah jumpa bawang putih bawang merah blom, wasiat ustzh salina tu..wakaka~


fuh, komen ko ada unsur2 bayan seyh..aq sokong =)


husna:thnks husna atas komen =)

Aidil Khalid berkata...

Saudara Syukri,

Membaca entri anda kali ini membuat saya terimbau kembali ketika masa saya mengambil A Levels di Kolej Sunway dahulu. Masih jelas di ingatan, waktu itu usia saya baru 19, dan saya duduk di ruang tamu rumah yang disediakan oleh pihak JPA, membaca majalah Times. Dan isu yang diketengahkan adalah isu yang sama - tentang hudud - dan kalau tak salah juga di Somalia. Pengarang majalah Times itu mati-matian melukiskan keadaan dan situasinya bahawa kononnya perempuan penzina itu teraniaya teruk, kerana dia melakukan hubungan seksual atas dasar cinta dan suka sama suka, maka kenapa harus dihukum sampai sedemikian teruk, dibaling dengan batu sampai bersepai berkecai habis kepala entahkan otak terkeluar entahkan tengkorak berterabur berderai. Dan saya yang membaca artikel itu menggigit geraham geram alangkah geram, tetapi tak tahu bagaimana hendak membidasnya.

Isu ini sebenarnya terlalu rumit kalau hendak dibincangkan sekadar sekali lalu di ruangan komentar seperti ini. Sebab dalam Islam, sesuatu perkara itu akan saling berkait dengan perkara lain pula. Seperti kata Syed Qutb dalam bukunya Social Justice in Islam, bahawa hal perundangan dalam Islam akan berkait pula dengan sistem sosialnya, akan berkait pula dengan sistem ekonominya, dan seterusnya berkait terus-menerus tanpa ada noktahnya. Kerana Islam itu agama yang syumul, dan tidak terpisah-pisah. Justeru kalau hendak berhujah tentang hukum hudud, maka perlu juga kita teliti permasalahan sosial dalam masyarakat yang menjadi-jadi. Masalah pelacuran, masalah eksploitasi kaum wanita -- dan ini akan berkait dengan prinsip ekonomi itu sendiri -- kerana pelacuran dijadikan sumber ekonomi black market, yang kemudiannya akan berkait dengan jenayah-jenayah lain kerana black market ini dikendalikan oleh golongan gangster dan sebagainya -- dadah, ah long, dan lain-lain yang membawa kepada jenayah pembunuhan dan penganiayaan dan perompakan. Dengan kata lain, hanya atas satu perkara sahaja, bermula dengan zina, maka akan tercetus bermacam-macam kerosakan lainnya. Justeru kita bertanya kembali, adakah hukuman rejam sampai mati itu terlalu berat dan zalim kalau hendak dinisbahkan pada kemudaratan besar yang ia tumbuhkan kalau tidak dikekang?

Syukri Sapuan berkata...

Aidil khalid:


salam saudara,

serius, saya terharu kerana saudara Aidil Khalid memberikan komentar di entri blog saya.


satu perkongsian pengalaman yang menarik & saya bersetuju dengan saudara.lebih-lebih lagi saudara adalah graduan undang-undang yang mungkin lebih memahami perbezaan antara undang2 sivil dan syariah


mungkin sudah sampai masanya kita beralih pada hukum yang ditentukan Tuhan. tapi secara realitinya, bilakah ia mampu untuk dilaksanakan?. itu persoalan yang masih tak mampu kita jawab.




mung

Related Posts with Thumbnails